Drama Lara Cinta Ameena (TV3)

Lara Cinta Ameena

Nantikan drama terbaharu arahan Shuhaimi Lua berjudul Lara Cinta Ameena. Bakal menyaksikan gandingan baru Tiz Zaqyah bersama Raja Afiq. Turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi dan ramai lagi. Drama bersiri 15 episod, terbitan Tanah Beris Film Production itu bakal mengisi slot Samarinda TV3. Bersiaran mulai 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.

JUDUL : LARA CINTA AMEENA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, Ayuna Yusof, Wan Syafek, Jessica Kueh, Zamri, Zalfa Zin, Izzmad Harun, Ferth Jasni, Nazirul Mubin, Izzmad Harun, Ikhwan Ibrahim, Feiyna Tajudin, Mathni Razak, Iswan Ismail, Nazirul Mubin

WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Radhuan
Tiz Zaqyah sebagai Ameena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana
Zarina Zainoordin sebagai Ezaty
Lia Natalia sebagai Rosita
Fazren Rafi sebagai Syamil
Danish Hazriq sebagai Jeffrey
Wilma Muhammad sebagai Atikah
Ayuna Yusof sebagai Nora
Wan Syafek sebagai Haris
Ferth Jasni sebagai Imran
Feiyna Tajudin sebagai Lyana

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Segalanya
Penyanyi : Haqiem Rusli
Video & Lirik → Link

SINOPSIS LARA CINTA AMEENA
Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

GAMBAR PELAKON
Lara Cinta Ameena

Pelakon Lara Cinta Ameena
Pelakon drama Lara Cinta Ameena
Lara Cinta Ameena TV3
konflik rumah tangga antara radhuan & ameena 

Satu Tahun Lagi (Astro Ria)

Satu Tahun Lagi

Cube Film mempersembahkan telefilem Satu Tahun Lagi arahan Michael Ang dan Hadith Omar. Dibintangi oleh Azizul Ammar, Emma Maembong, Adam Lee dan Ieka Simon. Disiarkan pada hari Sabtu ini jam 9.30 malam di Astro Ria. 

JUDUL : SATU TAHUN LAGI
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.30 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Azizul Ammar, Emma Maembong, Ieka Simon, Adam Lee, Nadya Syahera, Aman Aziz

SINOPSIS SATU TAHUN LAGI 
Kisah Tina yang sedang melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang telah menyelamatkan Adli dari cubaan bunuh diri. Dari situ Tina berjanji dengan Adli yang dia akan cuba satukan kembali Adli dengan Sarah.

pelakon satu tahun lagi
pelakon telemovie satu tahun lagi

Drama Love You Mr Arang (TV3)

Love You Mr Arang

Nantikan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Iris berjudul Love You Mr Arang. Menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Ryzal Jaafar, Maria Farida dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, arahan daripada Along Kamaludin. Saksikan drama Love You, Mr Arang yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 23 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

JUDUL : LOVE YOU MR. ARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
IDEA ASAL : Seelan Paul
SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni, Muntazar Ghufran, Alif Rusydi, Amelia, Aisyah, Nik Harraz Danish

WATAK PELAKON
Amirul Faqeem sebagai Fariz
Hanna Aqeela sebagai Irma
Maria Farida sebagai Datuk Sherry
Dazrin Kamarudin sebagai Haziq
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Ieda Moin sebagai Nina
Zalif Sidek sebagai Fairus
Mustapha Kamal sebagai En Zainal
Zarina Zainuddin sebagai Mak Tom
Ikhlas Jalil sebagai Adam
Ani Maiyuni sebagai Sunarti
Muntazar Ghufran sebagai Afiq
Alif Rusydi sebagai Nazmi
Amelia sebagai Aisyah
Aisyah sebagai Nisya
Al Rusydi sebagai Nazmi
Fendi Amat sebagai Pak Prik
Siti sebagai Kengsom

LAGU TEMA / OST LOVE YOU MR.ARANG
Tajuk Lagu : Wanita Setia
Penyanyi : Qanda

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG
Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya.

Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.

Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

GAMBAR PELAKON
Love You Mr Arang
Pelakon Love You Mr Arang
barisan pelakon
Love You Mr Arang TV3
pelakon dram Love You Mr. Arang

Jenaka Kampung Kalut | J.K.K Musim 2 (TV3)

Jenaka Kampung Kalut

Sitkom komedi J.K.K kembali untuk musim kedua kini dikenali sebagai Jenaka Kampung Kalut akan mula bersiaran bermula 20 November 2016, setiap Ahad pukul 11.30 malam di TV3. Lakonan Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi dan beberapa pelakon undangan. Siri baharu kali ini membawakan sedikit kelainan dengan penampilan watak baru berbangsa Jepun iaitu Mikan Nakamura. Mereka juga akan merantau ke beberapa tempat negara Jepun seperti di Ehime, Nagano dan Tokyo.

JUDUL : J.K.K. (JENAKA KAMPUNG KALUT) MUSIM 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 November 2016 - 21 Februaru 2017
HARI / MASA : Ahad, 10.00 malam
SIARAN : TV3
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Ebby Yus, Ropie, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi
PELAKON UNDAGAN : Tauke Jambu, Zara Zya, Mira Filzah, Izreen Azminda, Mat Dan (Daniel Tyler)

SINOPSIS PROGRAM J.K.K MUSIM KE-2
Mikan adalah seorang gadis Jepun yang bekerja di Isetan di Kuala Lumpur. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri yang menjual barangan ekslusif produk Jepun. Sahabat baiknya, Bijan mengajaknya untuk membuka kedai bersama-sama di J.K.K. Akhirnya Mikan membuat keputusan membuka kedai impiannya itu dinamakan sebagai 'The Japan Store'. Kedai itu menjual buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai barangan harian, kosmetik dan produk Jepun yang lain. Perniagaan yang pada mulanya baik, bertukar menjadi huru-hara dipenuhi masalah yang tidak berkesudahan dan dia dibantu oleh penduduk kampung memikirkan jalan penyelesaian. 

Suatu hari, Mika mendapat tahu bahawa ibu bapanya sakit dan dia perlu segera pulang ke Jepun. Mikan meminta penduduk kampung J.K.K untuk menghantar ubat dari Malaysia. Bimbang akan keadaan Mikan, mereka penduduk J.K.K membuat keputusan untuk terbang ke Jepun bersama-sama membawa ubat diperlukan. Sampainya mereka di Jepun, pelbagai telatah aneh berlaku ketika berada di Ehime serta Nagano. Dapatkah mereka menyampaikan ubat tersebut kepada Mikan?

J.K.K Musim 2
J.K.K sampai ke Jepun

Dalam Kasut (TV3)

Dalam Kasut

Saksikan telefilem Dalam Kasut arahan Khir Rahman. Lakonan Zamarul Hisyam, Azizul Ammar dan Watie Sadali. Disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9.00 malam.

JUDUL : DALAM KASUT
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Didi Wahida
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Khir Rahman, Zamarul Hisyam, Azizul Ammar, Watie Sadali, Miera Sheikh

SINOPSIS DALAM KASUT
Mengisahkan Azhar yang baru gagal dalam perniagaannya. Dia terjumpa dengan Salleh, seorang tukang kasut dan ingin belajar dan bekerja dengan Salleh.

Drama Ainur Mardhiyah (TV9)

Ainur Mardhiyah

Drama bersiri terbaharu Ainur Mardhiyah bakal menghiasi slot Azalea. Membariskan pelakon-pelakon seperti Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi dan Neera Azizi. Drama terbitan produksi Creative Skill Solution itu akan hadir sebanyak 20 episod hasil nukilan Nhazz Ayunie dan diarahkan oleh Zamri Zakaria. Nantikan kemunculan mereka bermula 22 November ini, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : AINUR MARDHIYAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 November 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
IDEA ASAL : Nhazz Ayunie
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Khaty Azean, Niezam Zaidi, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zarynn Zarynn, Ramli Salleh, Islah Abdul, Fatihah Baharum, Siti Ruwivani

WATAK PELAKON
Sura Sojangi sebagai Dhiya (Ainur Mardhiyah)
Sura Sojangi sebagai Dhiya
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Niezam Zaidi sebagai Keifli
Neera Azizi sebagai Aina Safiyyah
Khaty Azean sebagai Mar (Ainul Mardhiyah)
Fara Mendoza sebagai Maya
Delimawati  sebagai Che Yam
Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Ramli Salleh sebagai Malim
Bella Nazari sebagai Kak Lin
Siti Ruwivani sebagai Tok Lang
Ahya Rosli sebagai Miki

LAGU TEMA / OST AINUR MARDHIYAH
Andai Ku Bisa - Iskandar
Biar - Najwa Latif
Luar Biasa - Diana Danielle
Menatap Dalam Mimpi - Dato Siti Nurhaliza
Video & Lirik ➔ Link

SINOPSIS AINUR MARDHIYAH
Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung.

Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.

Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.

Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Dhiya juga bertemu semula dengan Saiful dan Kiflie. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie?

GAMBAR PELAKON
Ainur Mardhiyah

Pelakon Ainur Mardhiyah
Pelakon utama drama Ainur Mardhiyah
Ainur Mardhiyah tv9
"Aku Bukan Yang Terbaik Tapi Aku Tak Jahat "

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

Anugerah Skrin 2016

Kemuncak Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) bakal berlangsung pada 18 November ini untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Acara tahunan itu akan memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, serta para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung ASK 2016, dihoskan oleh Alif Satar yang bakal berlangsung pada 18 November ini, jam 9.00 malam di TV3. UPDATE : Berikut senarai calon dan pemenang

SENARAI KATEGORI, CALON & PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2016 #ASK2016

KATEGORI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK
Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)
Bila Tiba Saatnya (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
Cermin Kasih (Arie Zaharie Sdn Bhd)
Hujan Malam Itu (Saujana Media Sdn Bhd)
Rekah (Unit Drama TV RTM)

2. PENGARAH TERBAIK DRAMA
Razaisyam Rashid - Fatin
Murali Abdullah (Cermin Kasih)
Sabri Yunus (Hujan Malam Itu)
Wan Afzam Wan Daud (Rekah)

3. VIDEOGRAFI TERBAIK DRAMA
Idham Mad Din (Fatin)
Asri Baq'u Tajuddin (Bila Tiba Saatnya)
Rashyddean Abdul Samad (Calon Syurga)
Mohd Noor Mohd Kassim (Cermin Kasih)
MOhd Azrul Bin Amir Hamzah (Rekah)

4. LAKON TV TERBAIK 
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
KIP. Noradli Abdul Raub (Cermin Kasih)
Nazri M Anuar (Fatin)
Mazelan Manan (Ramadan Berteduh Syawal)
Amor Rizan (Selamat Hari Jadi Abah)

5. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA 
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)
Johan As'ari (Anak Ibu Buangan Ibu)
Nazim Othman (Bila Tiba Saatnya)
Khir Rahman (Rekah)
Dato Aziz Singah (Selamat Hari Jadi Abah)

6. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
Norlia Ghani (Calon Syurga)
Sharifah Amani (Fatin)
Syatilla Melvin (Khilaf Seorang Isteri)
Vanidah Imran (Rekah)

7. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Jalil Hamid (Calon Syurga)
Azri Iskandar (Anak Ibu Buangan Ibu)
Syazwan Zulkifli (Ku Haramkan Susu Itu)
Saidi Sabri (Hujan Malam Itu)
Fauzi Sulaiman (Rekah)

8. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
Aida Aris (Anak Ibu Buangan Ibu)
Nadia Aqilah (Fatin)
Amyza Aznan (Ku Haramkan Susu Itu)
Ku Faridah (Ramadan Berteduh Syawal)

9. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
Lambaian Ramadan (A.Aida Production Sdn Bhd)
Maria Terindah (Filmscape Sdn Bhd)
Seindah Takdir Cinta (Zeel Production Sdn Bhd)
Sesal Separuh Nyawa (Darkwave Pictures Sdn Bhd)

10. PENYUNTING TERBAIK DRAMA
Rekah - Izham Masuri
Zaidi Malek (Bila Tiba Saatnya)
Adlan Azemi (Calon Syurga)
Technica Post (Fatin)
Raja Fazli Azmell (Selamat Hari Jadi Abah)

11. DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL TERBAIK
Kau, Aku, Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Menongkah Kasih (Sha's Media Sdn Bhd)
Satu Cinta (JS Pictures Sdn Bhd)

12. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mak Cun 2 (Rumah Karya Citra)
Jom Kahwin (Filmscape Sdn Bhd)
Rajuk (Tanah Beris Film Production Sdn Bhd)
Si Montel (A.Aida Production Sdn Bhd)
Ahli Mesyuarat Tingkap (JS Pictures Sdn Bhd)

13. PELAKON KOMEDI TERBAIK DRAMA
Erma Fatima (Mak Cun 2)
Reen Rahim (Jom Kahwin)
Sherry Alhadad (Ahli Mesyuarat Tingkap)
Syamsul Ghau Ghau (Rajuk)
Dottie (Si Montel)

KATEGORI FILEM

1. FILEM TERBAIK
Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
Munafik (Skop Production Sdn Bhd)
Polis Evo (Astro Shaw Sdn Bhd)
Love Supermoon (Primeworks Studios Sdn Bhd)
Nota (42nd Pictures Sdn Bhd)

2. PENGARAH TERBAIK FILEM
Syamsul Yusof (Munafik)
Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
Tunku Mona Riza (Redha)
Wan Hasliza (Love Supermoon)
Pekin Ibrahim (Mat Moto : Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)

3. LAKON LAYAR TERBAIK FILEM
Love Supermoon (Wan Hasliza)
Nota (Bea Tanaka)
Redha (Tunku Mona Riza)
Munafik (Syamsul Yusof)
Polis Evo (Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Adib Zaini)

4. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Namron (Redha)
Syamsul Yusof (Munafik)
Zizan Razak (Polis Evo)
Pekin Ibrahim (Mat Moto)
Shaheizy Sam (Polis Evo)

5. PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Maya Karin (Nota)
Nabila Huda (Munafik)
June Lojong (Redha)
Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
Falisha Crossley (Mat Moto)

6. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Hushairi Hussain (Polis Evo)
Datuk Rahim Razali (Munafik)
Ramli Hassan (Nota)
Azad Jazmin (Girlfriend Kontrak)
Beto Kusyairy (Bravo 5)

7. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Fauziah Ahmad Daud (Langir Cinta)
Anne Ngasri (Love Supermoon)
Cristina Suzanne (Jwanita)
Sabrina Ali (Munafik)
Nadiya Nisaa (Redha)

KATEGORI BUKAN DRAMA

1. RANCANGAN DOKUMENTARI & MAJALAH TERBAIK
Majalah 3: Wira Beret Semerah Hati
Panorama - Jaguh Laut
Xplorasi Memori Pondok Kuroyuri
Bolly Hunter
Best In The World Japan

2. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Halaqah 2016 (Penerbit : Ahmad Noor Sulaiman) 
Ruang Bicara (Penerbit : Roslan Ariffin)
Autozone (Penerbit : Hairul Nizwan)
Wanita Hari Ini (Penerbit : Mohd Rose Abdullah)
Malaysia Hari Ini (Penerbit : Dian Maisarah Jasri)

3. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Buskestra (TV9) - Nurhidayah Sohan
Konsert Gema Tujuh Petala
Muzik-muzik Separuh Akhir
Muzika Ekstravaganza
YeKe?

4. LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK
Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
Berita Mandarin TV2 (Kasih Antara Manusia dan Beruk)
Berita Nasional 5 (Nenek Jurutera Solar Kampung Sonsogon)
Buletin Utama (Ambulan Lorong Kecemasan)
Berita TV9 (Perit Derita Si Miskin Bandar)

5. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Let's Cycle Musim 2 (8TV)
I Wanna Be A Model 2016
Da'i Musim 3
Mentor Milenia
Clever Girl Malaysia


6. RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 30 2015
Anugerah Skrin 2015
Drama Festival Kuala Lumpur 2016

KATEGORI TEKNIKAL

1. REKABENTUK SET TERBAIK
Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016 (Siti Nur Binti Mat Arip)

2. MONTAJ TERBAIK
Ariff Suzaidy Azmi (Anugerah Juara Lagu 30)

3. SUNTINGAN TERBAIK
Syahadah 2016 - The Rise of Islam (Mohd Hapis Ismail & Umi Raihana Hj Marjikan)
Jejak Rasul As Salam (TV3)
Menjadi Diriku Azmil (TV3)
Projek Da’I (TV3)
Sounds Of Muslims: Komotini, Greece (TV9)
Ramadan Sana Sini: Oman (TV9)
Ke Indonesia Ke Kita (TV9)

4. VIDEOGRAFI TERBAIK
Sounds Of Muslims: Komotini, Greece (TV9)
Menjadi Diriku Azmil (TV3)
Majalah 3 Ep 25: Surat Dari Banding/ Ramadan Di Samudera/Ramadan Di Ruang Angkasa (TV3)
Jejak Rasul As Salam ( Ukhuwah Muslim Tanah Tinggi) (TV3)
Ke Indonesia Ke Kita (TV9)
Ramadan Sana Sini: Oman (TV9)

5. PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 30 (Mohd Razi Ramli)
Anugerah Bintang Popular 29
Mentor Milenia Final

6. PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 30 (Mohd Zaidi Mohd Taib)
Anugerah Bintang Popular 29
Konsert Festival AJL 30


Drama Cinta Roller Coaster (TV3)

Cinta Roller Coaster

Syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd akan membawakan drama komedi romantik berjudul Cinta Roller Coaster. Drama genre komedi romantik arahan Amor Rizan itu menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Nas-T, Nadzmi Adhwa, Arissa Afrina dan ramai lagi. Drama bersiri Cinta Roller Coaster bakal muncul di kaca televisyen di slot Dahlia TV3 bermula 26 November 2016, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang.

JUDUL : CINTA ROLLER COASTER
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Yus Paul & Izan Aris
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas Muammar Zar, Natasha Elyzza, Julia Farhana, Ruminah Sidek, Eyra Hazali, Rashid Jaafar, Hashimah Zaki, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, Natasya Mahyan, Halimah Naim, Haneesya Hanee, Nur Qaireen Medyna, Haszriq Syakirin

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Ziany
Syazwan Zulkifly sebagai Syakir
Arissa Afrina sebagai Zara
Nas T (Nas Muammar Zar) sebagai Izzat
Nadzmi Adhwa sebagai Muzammil
Natasha Elyzza sebagai Athirah
Julia Farhana Marin sebagai Batrisya
Ruminah Sidek sebagai Nek Mah
Eyra Hazali sebagai Nana
Rashid Jaafar sebagai Mokhtar
Hashimah Zaki sebagai Asfarina
Lan Siro (Azlan Mokhtar) sebagai Hykal
Syafiq M.Nazri sebagai Ryzal
Natasya Mahyan sebagai Mariam
Halimah Naim sebagai Mak Muna
Haneesya Hanee sebagai Fariza
Nur Qaireen Medyna sebagai Baby Zara
Haszriq Syakirin sebagai Syakir

LAGU TEMA / OST CINTA ROLLER COASTER
Sakura Band - Polaroid
Nadzmi Adhwa - Kamulah Wanita
Ir Radzi - Stay

SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER
Berkisar tentang percintaan Syakir(Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.

Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Syakir dan Ziany berkahwin pada usia muda. Pasangan suami isteri muda ini melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kedua mereka mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak. Akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zara.

Walaupun mereka amat cinta dengan satu sama lain, mereka sentiasa bergaduh lalu membawa kepada perceraian. Tetapi mereka takut untuk memberitahu ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahun dan tinggal bersebelahan rumah masing-masing. 

Dalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri.
 
Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany?

GAMBAR PELAKON
Cinta Roller Coaster

Pelakon Cinta Roller Coaster
watak utama
Drama Cinta Roller Coaster tv3
Pelakon drama Cinta Roller Coaster

Sinopsis Filem Interchange (2016)

Filem Interchange

Filem Interchange arahan pengarah terbaik FFM25 (Festival Filem Malaysia) iaitu Dain Iskandar Said bakal menemui peminat di pawagam mulai 1 Disember 2016. Filem ini menggandingkan pelakon-pelakon ternama dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa. Filem terbitkan Apparat Sdn Bhd ini dikatakan menelan perbelanjaan RM3.5 juta dan telah menyertai beberapa sirkit festival filem di serata dunia antaranya Locarno International Film Festival, Toronto International Film Festival, √Čtrange Paris Film Festival, Vladivostok International Film Festival, BFI London International Film Festival, Sitges International Fantastic Film Festival dan Singapore International Film Festival.

TAJUK : INTERCHANGE
Tarikh Tayangan : 1 Disember 2016
Genre : Seram, Mistik, Fiksyen,  Fantasi, Ngeri, 
Pengarah : Dain Iskandar Said
Terbitan : Apparat Sdn Bhd
Pelakon : Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya NisSa, Alvin Wong, Chew Kin Wah, 

SINOPSIS INTERCHANGE
Mengisahkan tentang Adam (Iedil Putra) seorang jurufoto forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man (Shaheizy Sam) untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia.

Kes itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya.

Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman Iva (Prisia Nasution), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam. Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampau.

Adam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya menemukan seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian (Nicholas Saputra) yang muncul dari tahyul kuno.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.  

VIDEO TRAILER

Kalau Jodoh Tak Ke Mana (TV1)

Kalau Jodoh Tak Kemana TV1

Saksikan telefilem Kalau Jodoh Tak Ke Mana karya Raja Ahmad Alauddin dan Azean H.K. Dibintangi oleh Qi Razali, Diana Danielle, Adeline Tsen, dan Noor Khiriah. Ditayangkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menontonya menerusi laman portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : KALAU JODOH TAK KE MANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamad Redzuan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Qi Razali, Diana Danielle, Wan Sharmila, Adeline Tsen, Noor Khiriah, Akmal Ahmad

SINOPSIS KALAU JODOH TAK KE MANA
Mengisahkan Amer pengusaha kilang kain jatuh hati dengan Susan, wanita kacukan Cina - India yang merupakan seorang pereka pakaian. Namun, hasratnya terpendam kerana Susan telah bertunang dengan jejaka Inggeris. Selepas kematian tunang Susan, Amer dan Susan mula rapat dan akhirnya saling mencintai dan percintaan mereka disokong adik Susan iaitu Shania walaupun mereka berlainan agama serta jarak umur yang jauh.

Pelakon Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Pelakon telemovie Kalau Jodoh Tak Ke Mana