Yam Melaram (TV9)

Yam Melaram

Saksikan telefilem Yam Melaram arahan Emi Suffian. Dibintangi oleh Sherry Alhadad, Nadzmi Adhwa, Azhan Rani, Nonny Nadirah dan ramai lagi. Disiarkan di TV9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : YAM MELARAM
TARIKH / MASA : Isnin, 1 Mei 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Timore Niaga Sdn Bhd
PELAKON : Sherry Alhadad, Nadzmi Adhwa, Nonny Nadirah, Azhan Rani, Ropie,  Ain Sufia, Zila Bakarin

SINOPSIS YAM MELARAM 
Mariam yang juga dikenali sebagai Yam gagal menjadi seorang pelakon kerana fizikalnya gempal. Dengan perasaan kecewa dia membawa diri pulang ke kampung dan di sana lebih banyak waktunya diisi dengan menonton filem hebat. Namun aktiviti hariannya itu tidak disenangi emaknya, Cik Leha, seorang penjual jamu yang berjaya di kampung itu.

Suatu hari, terdapat produksi penggambaran di kawasan rumah mereka yang mahu mencari pelakon. Mereka mengadakan uji bakat berlakon dan Yam tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Siapa sangka impian Yam untuk berlakon akhirnya menjadi kenyataan. Dia tidak sangka usahanya selama ini berjaya dan baginya kelainan fizikal tidak menjadi penghalang buatnya.

Drama Di Sebalik Wajah

Di Sebalik Wajah

Drama bersiri ‘Di Sebalik Wajah’ terbitan akan ditayangkan di saluran HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) bermula 1 Mei 2017, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam. Drama bersiri selama 30 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Patrick Lim. Menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan dan ramai lagi.

JUDUL : DI SEBALIK WAJAH
JUMLAH EPISOD : 30 episod 
TARIKH MULA TAYANGAN : 1 Mei 2017
HARI / WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 9.00 malam
SALURAN : HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) & HyppTV Everywhere 
SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Farah Bani
PENGARAH : Patrick Lim
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan, Haeriyanto Hassan, Marissa Yasmin, 

WATAK PELAKON
Diana Danielle sebagai Nadia
Aliff Aziz sebagai Amir Hisyam
Hefny Sahad sebagai Fared Hanafi
Zarina Zainoordi sebagai Elisa
Anwar Khan sebagai Ryan 

SINOPSIS DI SEBALIK WAJAH
Mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang tersedar dari koma selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri dan kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yang sebenar, Nadia dihantui dengan ilusi dan panggilan telefon daripada satu suara misteri yang menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yang merupakan seorang pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. Nadia terus menjadi keliru apabila beliau mula mengenali seorang lelaki bernama Fared Hanafi atau dikenali sebagai Red (Hefny Sahad), seorang wartawan penyiasat yang mempunyai seorang teman wanita dan rakan sekerja bernama Elisa (Zarina Zainoordin) yang telah hilang pada hari yang sama semasa Nadia mengalami kemalangan. Perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan ini menjadikan Red lebih bersemangat untuk menjalankan penyiasatan beliau secara lebih terperinci, dan dengan bantuan Nadia, mereka terus mencari petunjuk sehinggalah membawa kepada perkara-perkara yang tidak dijangka dan membongkar rahsia sebenar. Maklumat-maklumat yang ditemui, mungkin dapat membantu Nadia untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu untuk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dalam ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia untuk merungkai misteri di sekelilingnya. Plot penceritaan yang menarik ini nyata mampu membuat penonton tidak berganjak dan terus menonton drama bersiri ini.

GAMBAR PELAKON
Di Sebalik Wajah
barisan pelakon

Isteriku Cikguku (TV3)

Isteriku Cikguku

Saksikan telefilem Isteriku Cikguku lakonan Syafiq Kyle dan Izara Aisyah yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : ISTERIKU CIKGUKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A Aida Production
PELAKON : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sabhi saddi

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU
Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Cerita Seram Paya Hitam (Astro)

Cerita Seram Paya Hitam

Saksikan telefilem Cerita Seram Paya Hitam lakonan Faizal Hussein dan Nonny Nadirah di slot Citra Exclusive, Sabtu, 29 April 2017 jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 & Mustika HD saluran 134.

JUDUL : CERITA SERAM PAYA HITAM
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PEULIS NOVEL : Jarr Nadjmuddean
SKRIP : Nazri M.Anuar, Amar Amir
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Million Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Nonny Nadirah, Ain Sufia, Raja Afiq, Ryan Iskandar, Faizul Syaharin

SINOPSIS CERITA SERAM PAYA HITAM
Mengisahkan hubungan adik-beradik yang dihantui sejarah hitam. Jaja menyambut ulang tahun ke-30, mula didatangi entiti misteri yang mahu meragut nyawanya. Keluarganya juga mula dibayangi entiti terbabit.

Si anak mula melihat kelibat dan menimbulkan rasa takut. Pelbagai kejadian aneh mula terjadi. Mereka mula hidup dalam tekanan. Keadaan itu mengakibatkan si suami meninggal dunia.

Selepas kematian suami, si wanita menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Dia tidak tahu bahawa kejadian yang menimpa dirinya ada kaitan dengan perjanjian yang dimeterai abangnya 30 tahun lalu.

Mengetahui kebenaran, wanita itu kecewa dan marah dengan perkara yang dilakukan abangnya. Bagaimanapun, kasih sayang antara dua beradik itu masih kuat. Namun, seorang daripada mereka meninggal dunia.


OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Lagu Tema)

Syamel dan Ernie Zakri

Berikut senarai lagu yang dimainkan dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Info lanjut drama baca disini.

LAGU TEMA / OST HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI 

Tajuk Lagu : Aku Cinta
Penyanyi : Syamel & Ernie Zakri
Lagu : Syamel
Lirik : Syamel Aqmal


Tajuk Lagu : Oh Cinta
Penyanyi : Bella Nazari
Komposer : Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong

Tajuk Lagu : Jangan Menangis
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong

Tajuk Lagu : Tabahkanlah
Penyanyi : Twinnies
Lagi : DJ Fuzz
Lirik : Adi Viral

Tajuk Lagu : Tetap Ada Kamu
Penyanyi : Putera Muhammad
Lagu : Awi Rafael & Faizal Tahir
Lirik : Awi Rafael & Yasin

Tajuk Lagu : Kumbang Dan Bunga
Penyanyi : Wanie Kayrie feat Viral
Lagu & Lirik : DJ Fuzz

Tajuk Lagu : Sabar
Penyanyi : Ismail Izzani
Lagu & Lirik : Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izani, Zyn

Siapa Tak Sayang Laki (TV2)


JUDUL : SIAPA TAK SAYANG LAKI
TARIKH / MASA : Selasa, 25 April 2017, 10.00 malam, 
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Global Flagship Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Ozlynn Watie, Kazar Saisi, Fariz Isqandar, Gya Natasya

SINOPSIS SIAPA TAK SAYANG LAKI
Mngisahkan Yunus bekerja sebagai akauntan syarikat manakala isterinya Liza sebagai seorang ejen hartanah dan mereka memiliki dua orang anak. Yunus terpaksa mengikat perut demi untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga manakala isterinya bersikap boros dan sentiasa melancong ke luar negara sendirian.

Sementara itu rakan sekerja Yunus iaitu Ghani dan Aziz melakukan pecah amanah duit syarikat sebanyak RM1 juta. Mereka cuba untuk menyogok Yunus tetapi gagal akibat sikap Yunus yang jujur. Yunus bertemu dengan rakannya, Osman dan berkongsi masalahnya.

Atas nasihat temannya itu, Yunus hilang hampir seminggu dan Liza yang mula panik, membuat laporan polis. Bersusah payah dia cuba untuk mencari suaminya itu ke mana sahaja. Namun
usahanya tetap gagal. Yunus hilang tanpa jejak dan sebarang pesan.

Dalam pada itu kemudiannya kegiatan pecah amanah terbongkar apabila Ghani mengaku bersalah. Yunus ingin kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya. Namun adakah Liza sedia untuk berubah membantu Yunus menguruskan keluarga mereka?

Pelakon Siapa Tak Sayang Laki
Pelakon telemovie Siapa Tak Sayang Laki

Sinar Cinta (TV9)

Sinar Cinta

Saksikan telefilem Sinar Cinta arahan Sabri Yunus. Karya diinspirasikan menerusi kisah hidup Siti Khadijah dan Rasullah SAW. Dibintangi oleh Johan Asa'ri, Vanidah Imran, Jaja Iliyes serta Sabri Yunus. Ditayangkan di TV9 hari Isnin, 24 April jam 8.30 malam.

JUDUL : SINAR CINTA
TARIKH / MASA : Isnin, 24 April 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Johan Asari, Vanidah Imran, Jaja Iliyes, Sabri Yunus

SINOPSIS SINAR CINTA
Kisah Faridah seorang janda yang mewarisi perniagaan arwah suaminya mendapat desakan daripada Kamal yang ingin mengahwini Faridah atas niat nak merampas. Adakah Faridah terpedaya atau sebaliknya?

Pelakon Sinar Cinta
Pelakon telemovie Sinar Cinta

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2017

AME 2017

Malam kemuncak Anugerah MeleTOP ERA (AME 2017) akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada hari Ahad, 23 April 2017, 9.00 malam melalui saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sebanyak 17 buah ketegori yang dipertandingkan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital. AME 2017 yang memasuki edisi keempat itu bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan (Raja Lawak).

Lagu Tema Anugerah Meletop 2017
Penyanyi : Syamel / Komposer : DJ Fuzz


SENARAI PEMENANG & CALON ANUGERAH MELETOP ERA 2017


ARTIS TOP TOP MELETOP WANITA
Neelofa 

ARTIS TOP TOP MELETOP LELAKI
Fattah Amin

LAGU MELETOP 
Pencuri Hati (Ayda Jebat) (Pemenang)
Hidup Dalam Mati (Syamel)
Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof)
Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
Sejati (Faizal Tahir)

FILEM MELETOP
Munafik (pemenang)
Aliff Dalam 7 Dimensi
Boboiboy
Langit Cinta
Ola Bola

HOS MELETOP 
Neelofa (pemenang)
Aliff Satar
Datuk AC Mizal
Johan (Raja Lawak)
Nabil Ahmad

FESYEN MELETOP 
Fattah Amin (Pemenang)
Neelofa
Nur Fazura
Scha Alyahya
Vivy Yusof

PENYANYI MELETOP
Siti Nordiana (pemenang)
Aizat Amdan
Ayda Jebat
Datuk Siti Nurhaliza
Khai Bahar

BINTANG FILEM MELETOP 
Fasha Sandha (pemenang)
Alif Satar
Nabila Huda
Nur Fazura
Syamsul Yusof

BINTANG ONLINE MELETOP 
Fattah Amin (pemenang)
Datuk Siti Nurhaliza
Jep Sepahtu
Neelofa
Zizan Razak

SI CILIK MELETOP 
Yusof Iskandar (pemenang)
Aaira Ameena
Aaisyah Dhia Rana
Lara Alana
Seri Aileen Marissa

PELAKON TV MELETOP 
Fattah Amin (pemenang)
Ayda Jebat
Neelofa
Shukri Yahaya
Siti Nordiana

PROGRAM MELETOP 
Taste Selebriti (episod Neelofa) (pemenang)
Gegar Vaganza S3
Maharaja Lawak Mega 2016
Manisnya Cinta DUKE
Super Spontan All Star (episod Datuk Siti Nurhaliza)

ARTIS BAHARU MELETOP 
Khai Bahar (pemenang)
Aiman Tino
Alvin Chong
Mat Dan
Nadya Syahera

COUPLE MELETOP 
Akim Ahmad & Stacy (pemenang)
Amar Baharin & Amyra Rosli
Jihan Muse & Ungku Hariz
Saharul Ridzwan & Deena Emir
Shukri Yahya & Tya Adnan

ARTIS LAWAK MELETOP 
Johan (pemenang)
Abam Bocey
Achey Bocey
Ajak Shiro
Kamal Adli

GROUP / DUO MELETOP 
Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (pemenang)
Akim & The Majistret
Caliph Buskers
Hafiz & Misha Omar
Syamsul Yusof & Mawi

DRAMA MELETOP 
Suri Hati Mr. Pilot (pemenang)
7 Hari Mencintaiku
Dia Semanis Honey
Lara Aishah
Menongkah Kasih

PROGRAM RADIO MELETOP 
JoHaRa Pagi Era (pemenang)
Sembang Sinar
Sepahtu Sinar
Super 40 Era Bersama Radin
Suria Cinta

PENYAMPAI RADIO MELETOP
Johan (pemenang)
DJ Lin
Haniff
Jep
Shuib (Sepahtu)

Misteri Sofa Lama (Astro)

Misteri Sofa Lama

Saksikan gandingan Zarul Umbrella dan Intan Sarafina dalam telefilem Misteri Sofa Lama di slot Citra Exclusive, Sabtu, 22 April ni jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 & Mustika HD saluran 134. 

JUDUL : MISTERI SOFA LAMA 
TARIKH / MASA : Sabtu, 22 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Umbrella, Intan Sarafina, Lisdawati, Amylia Nastasha, Along Eyzendy

SINOPSIS MISTERI SOFA LAMA 
Kisah sepasang suami isteri yang membeli sebuah sofa lama di kedai barangan terpakai. Sofa tersebut membawa rezeki kepada mereka namun perwatakan suaminya mula berubah dan mula obses terhadap sofa tersebut.

Pelakon Misteri Sofa Lama
Pelakon telemovie Misteri Sofa Lama

Mak Cun 3 (TV3)

Mak Cun 2017

Drama siri Mak Cun musim ketiga akan menemui penonton di slot Zehra TV3. Menampilkan barisan pelakon seperti Erma Fatima, Datin Umie Aida, Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, dan Balkish Semundur Khan. Saksikan telatah lucu mereka bermula 20 April ini, bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3

JUDUL : MAK CUN 3
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 April 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
PELAKON : Erma Fatima, Datin Umie Aida, Balkish Semundur Khan, Dato Rahim Razali, Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Azizah Mahzan, Betty Rahmad, Nadia Brian, Dafi, Fazlina Ahmad Daud, Kamal Ibrahim

WATAK PELAKON
Erma Fatima sebagai Mok Cun
Umie Aida sebagai Zennat Manisah
Balkisyh Samundur Khan sebagai Atul
Betty Rahmad sebagai Maya
Ezzaty Abdullah sebagai Ayuni
Nadia Brian sebagai Puteri
Azwan Kombos sebagai Kamarul
Dafi sebagai Pian
Fazlina Ahmad Daud sebagai Normah
Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob

SINOPSIS MAK CUN 3 
Mengisahkan perjuangan Mak Cun memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia sukar untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya.

GAMBAR PELAKON
Mak Cun 3

Mak Cun Mart
Mak Cun Mart

Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi akan menggantikan drama Cik Serba Tahu di slot Mega Drama (Astro Ria). Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Razali. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Shalini Balasundaram. Bakal menemui penonton bermula 24 April, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD 135.

JUDUL : HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI 
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : E-Man Sufi
PENGARAH : Shalini Balasundaram
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiq M. Nazri, Rykarl Iskandar, Yaya Zahir, Aneesa Sofea, Naseem Hafiy, Nur Iman Elweena, Zila Bakarin, Ruminah Sidek

WATAK PELAKON  
Alif Satar sebagai Rayyan Rayqarl
Nur Nabila Mohd Razali sebagai Wafeen Wardah Awaluddin
Hafreez Adam sebagai Daniel Elhan
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn
Yaya Zahir sebagai Valqis Aulia
Syafiq M. Nazri sebagai Uwais
Aien Zahalan sebagai Hanna
Rykarl Iskandar sebagai Firdaus
Zila Bakarin sebagai Datin Ann

SINOPSIS HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI
Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl. 

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. 

Sementara itu, Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.  
   
GAMBAR PELAKON 
Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Janjikan Aku Bahagia (TV2)

Janjikan Aku Bahagia

Saksikan kisah percintaan lakonan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dalam telefilem Janjikan Aku Bahagia. Akan disiarkan di slot Citra TV2 hari Selasa 18 April 2017, pukul 10 malam. 

JUDUL : JANJIKAN AKU BAHAGIA 
TARIKH / MASA : Selasa, 18 April 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Shirin Khuzaimi
TERBITAN : HADIR DINAMIK SDN. BHD
PELAKON : Zain Saidin, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Azuan Mazlan, Amirah Azmi, Mimi Ernida

SINOPSIS JANJIKAN AKU BAHAGIA 
Mengisahkan Nora adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.

Sementara itu Malique, seorang pemuda yang tampan, jatuh cinta dengan Nora yang jauh berusia darinya. Malique yakin dan jujur dengan cintanya terhadap Nora tanpa menghiraukan tanggapan orang terhadap jarak umur mereka.

Sungguh pun Nora telah menolak lamaran Malique, namun Malique terus memujuk dan meyakinkan Nora. Nora yang pada mulanya sukar menerima kehadiran Malique akhirnya mengalah dan bersetuju menerima lamaran Malique. Mereka akhirnya berkahwin.

Namun berlaku konflik yang tidak diduga apabila hubungan mereka ditentang oleh Ameera, anak Nora. Dia ternyata menentang keras dan tidak merestui perkahwinan mereka. Pelbagai cara digunakan Ameera dalam menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

Dalam pada itu, setelah berkahwin, Nora dan Malique ternyata masing-masing menghadapi masalah kesihatan. Nora menghidap kanser servik manakala Malique pula menghidap sakit jantung.

Namun masing-masing merahsiakan masalah kesihatan dari pasangannya. Nora khuatir beliau tidak dapat membahagiakan suami mudanya dan ini memisahkan mereka berdua. Begitu juga Malique yang seboleh-bolehnya tidak mahu Nora simpati terhadapnya.

Dalam pada itu, mereka berdua menjalankan rawatan bagi memulihkan masalah kesihatan masing-masing dengan harapan mereka dapat bersama untuk tempoh yang panjang. Mereka berusaha meyakinkan diri untuk sembuh seperti sediakala.

Masih terbukakah peluang untuk mereka kembali bersama? Bagaimana pula penerimaan Ameera bila mengetahui ibu dan bapa tirinya di ambang kematian? Saksikan kesudahan teemovie menarik ini.  

Drama Joyah (TV9) 2017

Joyah 2017

ZK Creative Production akan mempersembahkan drama siri komedi bertajuk Joyah (Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah) arahan Nazir Jamaluddin. Membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Dottie dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod itu akan ditayangkan bermula 19 April, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : JOYAH DULU SUSAH SEKARANG ALHAMDULILLAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 APril 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Syuhaida Abraz (Dottie), Issey Fazlisham, Azlee Senario, Ieda Moin, Ika Nabila, Fathil Dani, Amyza Aznan, Joey, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Kathy Azian, Ucop Cecupak, A.Galak, Amai Kamarudin

WATAK PELAKON 
Jasmin Hamid sebagai oyah
Kazar Saisi sebagai Daud
Bell Ngasri sebagai Syak
Dottie sebagai Mbam
Issey Fazlisham sebagai Abdul Majid
Ika Nabila sebagai Syima
Ieda Moin sebagai Senah
Amyza Aznan sebagai Bibik
Fathil Dani sebagai Pak Imam
Roy Azman sebagai Kamarul
Ucop Cecupak sebagai Ustaz Jidin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Joriah
Khaty Azian sebagai Jonah
Joey sebagai Ucop

SINOPSIS JOYAH DULU SUSAH SEKARANG ALHAMDULILLAH
Mengisahkan keluarga Joyah yang penuh ragam bersama suaminya, Daud dan dua anak mereka yang nakal, Syak dan Dotie. Joyah tidaklah sekaya usahawan lain, tetapi semuaya berada dalam keadaan yang terkawal. Berkat perniagaan kerepek pisangnya yang terkenal hingga dieksport ke Korea dan Perancis, dia kini mempunyai banyak tanah kebun, ladang sawit dan kilang kerepek.

Anaknya, Syak selalu menyusahkan Joyah, manakala Dotie pula sangat manja dan pemalas. Begitu juga dengan watak Daud yang takut bini dan sentiasa tunduk kepada Joyah. Pelbagai rencah dan masalah yang melanda Joyah sekeluarga.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Joyah Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah
Pelakon drama Joyah Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah

Joyah Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah

Telefilem M4TI (Astro Citra)

M4TI

Saksikan telefilem M4ti lakonan Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Ditayangkan pada 15 April, di Astro Citra 131 dan Mustika HD 134 jam 9 malam.

JUDUL : M4TI
TARIKH / MASA : Sabtu, 15 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENULIS : Hadith & Tommy
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Ikhlas Jalil, Raf Yaakob, Duerra Mitilda, Zeika Khamis, Azhar Amir

SINOPSIS M4TI
Kisah Rahim seorang pembuat nisan, akan mendapat mimpi tentang seseorang yang akan meninggal dunia. Sikap misterinya membuatkan orang mengesyaki dia ada kaitan dengan kematian yang belaku di kampung tersebut.

Pelakon M4TI
Pelakon telefilem M4TI

Usung Putih (TV1)

Usung Putih

Saksikan telefilem Usung Putih karya Siti Jasmina Ibrahim. Lakonan Syafie Naswip, Qiestina Hazali, Zul Handy Black, Azza Suaymi,dan ramai lagi. Bersiaran pada hari Sabtu 15 April, pukul 9.00 malam di TV1. Tonton secara online di portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : USUNG PUTIH
TARIKH / MASA : Sabtu, 15 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri TV1 (RTM)
PENGARAH : Bakri Al Harith
TERBITAN : Ardwerk Production Sdn Bhd 
PELAKON : Shafie Naswip, Qistina Shafiah Hazali, Kamisah Hj Manaf, Ramansundram Azah Suaymi, Zul Handy Balck, Roslan Madun, Eliza Mustafa 

SINOPSIS USUNG PUTIH
Setelah ibunya meninggal, Ayie mengambil tanggungjawab menjaga adiknya Aina. Mereka hidup berdikari dan tinggal di rumah peninggalan ibunya. Ayie bekerja sebagai tukang sapu untuk menyara mereka berdua. Kak Azah dan Abang Zul pula merupakan jiran yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka adik beradik. Namun semenjak kejadian Aina dilanggar lari dan lumpuh separuh badan, kehidupan mereka adik-beradik menjadi semakin susah. Kak Azah dan Abang Zul menghulurkan bantuan untuk menjaga Aina, tetapi Abang Zul pula gagal mengawal diri dan cuba mengambil kesempatan ke atas Aina. Sejak itu, Aina hilang tanpa dikesan, ke manakah perginya Aina?

Drama Cucu Tauke Beras (TV3)

Cucu Tauke Beras

Drama terbaru terbitan A.Aida Production Sdn Bhd berjudul Cucu Tauke Beras akan mula disiarkan di slot Dahlia TV3 mulai 15 April 2017. Drama arahan Khalid Nadzri. Dibintangi oleh Azrel Ismail, Zahirah Macwilson, Tania Hudson, Idris Mat Diah, Catriona Ross dan ramai lagi. Saksikan drama Cucu Tauke Beras sebanyak 20 episod, ditayangkan setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : CUCU TAUKE BERAS
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 April 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A.Rahman, Idris Mat Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Aneez Arifin, Qazem Nor, Kay Maria

WATAK PELAKON
Zahirah Macwilson sebagai Irsya
Azrel Ismail sebagai Harris
Tania Hudson sebagai Atikah
Ariff Aziz sebagai Ardi
Afzan A.Rahman sebagai Azran
Idris Mat Diah sebagai Tuan hazali
Catriona Ross sebagai Davini
Zizan Nin sebagai Irfan
Farisha Irwayu sebagai Yanti
Aneez Arifin sebagai Kaka 

SINOPSIS CUCU TAUKE BERAS
KIsah Irsha, gadis cantik dan sombong dihantar pulang ke kampung ketika cuti semester untuk tinggal bersama atuknya demi mendapatkan duit untuk membayar yuran pelajaran. Dia terkejut apabila mendapati bahawa atuknya merupakan pemilik syarikat beras dan menyangka semuanya akan menjadi mudah. Tetapi indah khabar dari rupa apabila dia harus membuat kerja menanam padi. Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Harris. .

GAMBAR PELAKON
Cucu Tauke Beras

Pelakon Cucu Tauke Beras
Pelakon drama Cucu Tauke Beras bersama pengarah
Cucu Tauke Beras TV3
Irysa dan Harris

Nurseri Sado (TV2)

Nurseri Sado

Saksikan  telefilem Nurseri Sado  lakonan Nas T, Luqman Hafidz, Shima Anuar dan Norlia Ghani. Disiarkan di slot Citra TV2 pukul 10.00 malam ini. Juga boleh menontonnya menerusi portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : NURSERI SADO 
TARIKH / MASA : Selasa, 11 April 2017, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM) 
PENGARAH : Waan Hafiz
TERBITAN : KRU Studio Sdn Bhd 
PELAKON : Nas T, Luqman Hafidz, Shima Anuar, Norlia Ghani, Sam Rayzan Khan, Erni Amanina

SINOPSIS NURSERI SADO 
Kisah Pitt yang bekerja sebagai pembantu di pusat gimnasium kepunyaan Sadat. Sementara itu ibu Pitt pula turut menjalankan perniagaan membuka nurseri menjaga kanak-kanak di rumahnya.

Satu hati Sadat telah mempelawa Pitt menjadi rakan kongsi dan melabur dalam perniagaannya. Pitt bersetuju namun kemudiannya barulah beliau sedar yang dirinya ditipu Sadat dan duit pelaburannya lesap.

Setelah ditipu oleh rakan baiknya, Pitt bercadang membuka sebuah gimnasium di kawasan nurseri ibunya. Apabila semakin maju, perniagaan Pitt pula disabotaj.

Musafir Lalu (TV9)

Musafir Lalu

Saksikan telefilem Musafir Lalu arahan Murali Abdullah. Lakonan Fizz Fairuz, Syazwan Zulkifli, Dato Jalaludin Hasan dan ramai lagi.  Disiarkan di TV9 Isnin ini jam 8.30 malam.

JUDUL : MUSAFIR LALU
TARIKH / MASA : Isnin, 10 April 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : ZH Emdee
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : 2606 Skyline Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Fizz Fairuz, Syazwan Zulkifli, Dato' Jalaludin Hasan, Rahim Omar, Dalimawati Ismail, Suraya Ghani, Neera Azizi, Feiyna Tajudin

SINOPSIS MUSAFIR LALU
Kisah Chon insan  lurus bendul yang sering mendapat tohmahan dan juga rungutan orang kampung tentang kambing-kambing peliharaannya. Chong sering dibuli wan anak ketua kampung bersama rakan-rakannya.



Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL)

DFKL 2017

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 diadakan bagi mengiktiraf drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2016. DFKL tahun ini mengangkat tema “#CeritaKita”. Tema ini lebih memberikan impak secara langsung kerana pengisiannya adalah refleksi kepada kehidupan seharian kita. Malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akan diadakan secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 9 April 2017, jam 9 malam di TV3. Berikut senarai calon bagi setiap kategori dipertandingakan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.dfkl.com.my.

Pengacara : Sherry Alhadad, Ag Azmeer, Rita Rudaini

SENARAI CALON DAN PEMENANG ANUGERAH DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2017

AKTOR PILIHAN
1. Shukri Yahaya(7 hari Mencintaiku) (Pemenang)
2. Aeril Zafrel(Patahnya Sebelah Sayap)
3. Fadlan Hazim(Kahwin Muda)
4. Nazrief Nazri(Nasi Minyak Kuah Cinta)
5. Hafidz Roshdi(Mr Donat Karamel)
6. Shukri Yahaya(Surah Buat Maisarah)
7. Ben Laden(Amsyar)
8. Amar Asyraf(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Dato' Rahim Razali(Mak Cun 2)
10. Adi Putra(Lambaian Ramadan)
11. Amirul Faqeem DFKL(Love You Mr. Arang)
12. Azrel Ismail(Menantu Ting Tong)
13. Nazim Othman(Cinta Teruna Kimchi)
14. Adi Putra(Cinta Si Wedding Planner)

AKTRES PILIHAN
1. Mira Filzah(Cinta Si Wedding Planner) (Pemenang)
2. Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
3. Ummi Nazeera(Patahnya Sebelah Sayap)
4. Chacha Maembong(Kahwin Muda)
5. Emma Maembong(Nasi Minyak Kuah Cinta)
6. Azira Shafinaz(Mr Donat Karamel)
7. Elly Mazlein(Amsyar)
8. Nina Iskandar(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Eirma Fatima(Mak Cun 2)
10. Elizad Sharifuddin(Lambaian Ramadan)
11. Hanna Aqeela(Love You Mr Arang)
12. Ruhainies(Menantu Ting Tong)
13. Niena Baharun(Cinta Teruna Kimchi)
14. Syatilla Melvin(Surah Buat Maisarah)

PENGARAH PILIHAN
1. Jamal Khan(7 Hari Mencintaiku) (Pemenang)
2. Ayie Mustafa(Patahnya Sebelah Sayap)
3. Pali Yahya(Kahwin Muda)
4. Eoon Shuhaini(Nasi Minyak Kuah Cinta)
5. Azman Hj Yahya(Mr Donat Karamel)
6. Khalid Nadzri(Surah Buat Maisarah)
7. Murali Abdullah(Amsyar)
8. Ismail Yaacob(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Bade Hj Azmi(Mak Cun 2)
10. Along Kamaludin(Lambaian Ramadan)
11. Along Kamaludin(Love You Mr Arang)
12. Nazri Jamaluddin(Menantu Ting Tong)
13. Heykal Hanifah(Cinta Teruna Kimchi)
14. Along Kamaludin(Cinta Si Wedding Planner)

SKRIP PILIHAN
1. PGRs Team(7 Hari Mencintaiku) (Pemenang)
2. Marziah Manaf(Patahnya Sebelah Sayap)
3. Eirma Fatima(Kahwin Muda)
4. Azmy Arif(Nasi Minyak Kuah Cinta)
5. Rehal Nuharis(Mr Donat Karamel)
6. Rina Khan(Surah Buat Maisarah)
7. Mufid Shuhaimi(Amsyar)
8. Zuraidah Ismail(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Eirma Fatima(Mak Cun 2)
10. Wan Mahani Wan Hassan(Lambaian Ramadan)
11. Mufid Shuhaimi(Love You Mr. Arang)
12. Eja Lorena(Menantu Ting Tong)
13. Ummi Hani(Cinta Teruna Kimchi)
14. Mufid Shuhaimi(Cinta Si Wedding Planner)

LAGU TEMA PILIHAN
1. Lelaki Teragung(Dayang Nurfaizah) (Pemenang)
2. Hancur Aku(Estranged)
3. Rasa Sayang(Hanie Soraya)
4. Hanya Dirimu(Eleena Harris ft. Mark Adam)
5. Jangan Kecam Cintaku(Bahrain Rahman)
6. Hanya Namamu(Caliph Buskers)
7. Percuma(Sabhi Saddi)
8. Mengapa(Anis Al- Idrus)
9. Mak Cun(Betty Rahmad ft. Eirma Fatima)
10. Ingatkan Dia(Wings)
11. Wanita Setia(Qanda)
12. Keliru(Sissy Iman)
13. Cinta(Asmara Band)
14. Kekal Bahagia(Ippo Hafiz)

ANTAGONIS PILIHAN 
1. Izzue Islam(Patahnya Sebelah Sayap)
2. Faye Kusairi(7 Hari Mencintaiku)
3. Azizah Mahzan(Kahwin Muda)
4. Idzham Ismail(Nasi Minyak Kuah Cinta)
5. Idris Khan(Mr Donat Karamel)
6. Beego(Surah Buat Maisarah)
7. Juedian Omar(Amsyar)
8. Atikah Suhaime(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Datin Seri Umie Aida(Mak Cun 2)
10. Reen Rahim(Lambaian Ramadan)
11. Maria Farida(Love You Mr.Arang)
12. Amyza Aznan(Menantu Ting Tong)
13. Risteena Munim(Cinta Teruna Kimchi)
14. Shiqin Kamal(Cinta Si Wedding Planner)

DRAMA PILIHAN 
1. 7 Hari Mencintaiku(Pena Creative)
2. Patahnya Sebelah Sayap(Creative Skill Solution)
3. Kahwin Muda(Rumah Karya Citra)
4. Nasi Minyak Kuah Cinta(Orangetree Production)
5. Mr Donat Karamel(JS Pictures)
6. Surah Buat Maisarah(Layar Consult)
7. Amsyar(Zeel Production)
8. Terlarang Sudah Rinduku(Wiranusa)
9. Mak Cun 2(Rumah Karya Citra)
10. Lambaian Ramadan(A.Aida Production)
11. Love You Mr. Arang(Primeworks Studios)
12. Menantu Ting Tong(Enuja Production)
13. Cinta Teruna Kimchi(Layar Consult)
14. Cinta Si Wedding Planner(Primeworks Studios)

PASANGAN PILIHAN 
1. Shukri Yahaya & Siti Saleha(7 Hari Mencintaiku) (Pemenang)
2. Aeril Zafrel & Ummi Nazeera(Patahnya Sebelah Sayap)
3. Fadlan Hazim & Chacha Maembong(Kahwin Muda)
4. Nazrief Nazri & Emma Maembong(Nasi Minyak Kuah Cinta)
5. Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz(Mr Donat Karamel)
6. Shukri Yahaya & Syatilla Melvin(Surah Buat Maisarah)
7. Ben Laden & Elly Mazlein(Amsyar)
8. Amar Asyraf & Nina Iskandar(Terlarang Sudah Rinduku)
9. Dato' Rahim Razali & Eirma Fatima(Mak Cun 2)
10. Adi Putra & Elizad Sharifuddin(Lambaian Ramadan)
11. Amirul Faqeem DFKL & Hanna Aqeela(Love You Mr. Arang)
12. Azrel Ismail & Ruhainies(Menantu Ting Tong)
13. Nazim Othman & Niena Baharun(Cinta Teruna Kimchi)
14. Adi Putra & Mira Filzah(Cinta Si Wedding Planner)

TONTON PILIHAN 
1. Meh Sandar Pada Aku(Zeel Production) (Pemenang)
2. Kahwin Muda(Rumah Karya Citra)
3. Lara Terindah(Orangetree Production)
4. Cinta Masam Manis(Orangetree Production)
5. Cinta Roller Coaster(Suhan Movies)
6. Hantu Punya Bos(MIG)
7. Nahu Rindu(Country & Universal)
8. Surah Buat Maisarah(Layar Consult)

DRAMA PENDEK
Kongsi Kalau Malu (Pemenang)


Gema Gegar Vaganza 2017

Gema Gegar Vaganza

Program nyanyian Gema Gegar Vaganza bakal bersiaran di Astro Oasis berkonsepkan pertandingan realiti dan berbentuk kerohanian. Mengangkat tema Gema Irama Terindah, program realiti yang diinspirasikan daripada Gegar Vaganza bakal manampilkan 10 peserta yang terdiri daripada berkumpulan dan solo yang mana mereka akan menyampaikan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan mengandungi mesej-mesej positif. 

Barisan artis yang terlibat ialah kumpulan Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC, manakala bagi peserta solo pula Hafiz Hamidun, Ana Rafali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan penyanyi muda, Wani.

Gema Gegar Vaganza’ yang akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu mulai 8 April 2017, jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Ia juga boleh dinikmati di platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.

Peserta Gema Gegar Vaganza
Peserta Gema Gegar Vaganza

SENARAI PESERTA GEMA GEGAR VAGANZA 2017
1. Mirwarna 
2. Azmi Caliph Busker 
3. Hafiz Hamidun
4. Wani 
5. UNIC 
6. Hijjaz
7. Ana Raffali 
8. Saujana 
9. Bienda 
10. Izam EYE

Telefilem Beringin (Astro)

Beringin Astro

Saksikan telefilem seram terbaru di Citra Exclusive bertajuk Beringin. Lakonan Sara Ali, Niezam Zaidi dan Nik Mathilda. Ditayangkan hari Sabtu ini, pukul 9 malam di Astro Citra saluran 131 & Mustika HD saluran 134.

JUDUL : BERINGIN
TARIKH / MASA : Sabtu, 8 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Eksklusif (Astro Citra & Mustika HD) 
PENGARAH : Dhojee, Hazo Mahayuddin
TERBITAN : The R&D Studio | Yelo Pictures
PELAKON : Sara Ali, Niezam Zaidi, Nik Mathilda, Zarina Zainuddin

SINOPSIS BERINGIN
Nisa yang baru sedar dari koma dihantar ke sebuah sekolah berasrama oleh makciknya. Disitu dia sering mengalami kejadian aneh dan kejadian itu ada kaitan dengan sebuah pohon beringin misteri di sekolah itu

Beringin 2017
poster telefilem Beringin

OST Shh I Love You (Lagu Tema)

Kisah Cinta Asfan

Berikut lagu tema yang dimainkan dalam drama  Shh I Love You. Info lanjut drama baca disini.

Lagu : Kisah Cinta
Penyanyi : Asfan Shah
Lirik & Komposer : Asfan Shah


Lagu : Bukan Untukku
Penyanyi : Hyper Act
Lirik : Frozen
Komposer : Hyper Act

OST Menanti Februari (Lagu Tema)

Forteen Apa Ini Cinta

Berikut senarai lagi drama Menanti Februari yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Info lanjut drama klik disini.

Tajuk : Sakit 
Artis : iamNEETA
Lirik : Patrick Anohada
Komposer : Patrick Anohada
Youtube : https://youtu.be/y3Xsnjl2NZU


Tajuk : Apa Ini Cinta
Artis : Forteen
Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim
Youtube : https://youtu.be/1fEPnk384wM

Alamak (TV9) | DFKL 2017

Alamak TV9

Saksikan telefilem DFKL 2017 bertajuk Alamak!!! arahan Along Kamaludin. Dilakonkan oleh Amirul Faqeem, Sabhi Saddi dan Niena Baharun. Akan disiarkan pada Isnin, 3 April ini pukul 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : ALAMAK!!!
TARIKH / MASA : Isnin, 3 April 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Azlina Din
IDEA ASAL : Ahmad Hamdan Abdullah Tawadi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Niena Baharun, Amirul Faqeem, Sabhi Saddi, Zulin Aziz

SINOPSIS ALAMAK!!!
Tuah mencintai anak Mak Tam, Laila dan ingin menjadikannya sebagai isteri. Namun hajatnya itu terpaksa ditangguh buat sementara kerana Mak Tam meminta Tuah untuk memberi hantaran sebanyak 20 ribu ringgit. Tuah yang baru sahaja kerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat selama dua tahun masih mempunyai hutang dengn PTPTN dan juga hutang dengan Kak Leha. Untuk dapatkan duit cepat, Din menyuruh Tuah bermain nombor ekor. Adakah Tuah akan melakukannya?

Drama Jadikan Aku Yang Kedua (Astro)

Jadikan Aku Yang Kedua

Opera Klasik Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua nukilan Siti Khadijah. Menampilkan gandingan pasangan suami isteri iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli serta Yana Samsudin. Drama bersiri sebanyak 18 episod itu diarahkan oleh Rashid Sibir. Akan ditayangkan mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9.00 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Astro Maya HD saluran 135.

JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135 (Slot #Raihana)
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Fahrin Ahmad, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad, Jesh Thiam, Nadia Khils, Jasmin Hamid

WATAK PELAKON 
Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad
Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena
Yana Samsudin sebagai Wawa /  Wazirah
Fahrin Ahmad sebagai Cikgu Rashid
Adibah Noor sebagai Hajah Latifah
Rahim Omar sebagai Haji Lokman
Nadia Khils sebagai Nurin

SINOPSIS JADIKAN AKU YANG KEDUA
“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

GAMBAR PELAKON
Jadikan Aku Yang Kedua
barisan pelakon

Tangisan Kubur (Astro)

Tangisan Kubur

Telefilem Tangisan Kubur akan disiarkan Sabtu ini jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD saluran 134. Dilakonkan oleh Alvin Chong, Emma Maembong, Adeline Tsen, Oktovia Manrose, Elvina Chua dan ramai lagi. 

JUDUL : TANGISAN KUBUR 
TARIKH / MASA : Sabtu, 1 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
SKRIP : Nazri M. Anuar
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Adeline Tsen, Oktovia Manrose, Elvina Chua, Farez Ridzwan, Louisa Alissa Chong

SINOPSIS TANGISAN KUBUR 
Salah seorang dari junior forensic mula didatangi oleh 'hantu' wanita mangsa bunuh. Dia dan rakan-rakan forensiknya mula membongkar rahsia wanita itu yang membawa mereka ke sebuah estet.

Pelakon Tangisan Kubur
Pelakon  telemovie Tangisan Kubur

Sakit (TV3) | DFKL 2017

Sakit TV3

Telefilem 'Sakit' arahan Jamal Khan akan ditayangkan hari Sabtu ini pukul 9 di TV3. Dibintangi oleh Syafie Naswip, Shera Aiyob, Catriona Ross dan ramai lagi. 

JUDUL : SAKIT
TARIKH / MASA : Sabtu, 1 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
IDEA ASAL : Atelia Zakaria
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Syafie Naswip, Shera Aiyob, Azhan Rani, Falisha Crossley, Amirul Faqeem, Catriona Ross

SINOPSIS SAKIT 
Walaupun sangat cemerlang di kolejnya, Adam disyaki mengidap penyakit Bipolar, yang mengakibatkan mengamuk atau panas baran secara tiba-tiba. Kakak dan pensyarah Adam cuba membantunya.

OST Cik Serba Tahu (Lagu Tema)

OST Cik Serba Tahu

Berikut senarai lagu tema dan lagu latar yang digunakan dalam drama Cik Serba Tahu. Info lanjut drama klik link disini.

LAGU TEMA / OST CIK SERBA TAHU

Tajuk : Cinta Apa Adanya
Artis : Tasha Manshahar
Lagu : DJ Fuzz
Lirik : Al Abbas / Muariffah



SENARAI LAGU DRAMA CIK SERBA TAHU 

Eleena Haris - Iya Iya
Haqiem Rusli - Segalanya
Ernie Zakri - Ini Yang Ku Mahu
Hez Hazmi - Setiaku
Tasa Manshahar - Bukan Aku
Forteen - Linangan Terakhir
Hashtag - My Crush
Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
Indah Ruhaila - Semua Untuk Cinta
Aisyah Aziz - Tanda Tanya
Hazama - Di Amaran Mama
Nina Nadira - Istana
Firman - Bohong
Ayda Jebat - Pencuri Hati
Zarul - Jangan Pernah
Sufian Suhaimi - Terakhir

Drama Shh... I Love You (TV3)

Shh I Love You

Nantikan drama adaptasi novel Shh... I Love You karya Farisya Natasha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Nizam Zakaria. Bakal menyaksikan gandingan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 3 April 2017, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3. 
  
JUDUL : SHH... I LOVE YOU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

WATAK PELAKON 
Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU
Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON
Shhh I Love You

Pelakon Shhh I Love You
Pelakon drama Shhh... I Love You
Shhh I Love You TV3
barisan pelakon

Kerongsang (TV9)

Kerongsang TV9

Telefilem DFKL 2017 iaitu Kerongsang dilakonkan oleh Syafie Naswip, Saidi Sabri, dan Jaja Iliyes. Akan ditayangkan hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : KERONGSANG
TARIKH / MASA : Isnin, 27 Mac 2017, 8.30 Malam
SIARAN : Skrin di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
IDEA ASAL : Mohamad Hazlam Che Ani
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Saidi Sabri, Sapawi Johnson, Jaja Iliyes, Sharifah Qaseh

SINOPSIS KERONGSANG 
Kisah Atan dan Fitri adalah pelajar universiti dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Untuk semesta ini, Atan dan Fitri ditugaskan untuk membuat satu kajian mengenai Puteri Cahaya Penama. Namun apa yang ditemui hanyalah suatu misteri!