Awak Kat Mana? (TV9)

Awak Kat Mana TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Awak Kat Mana? lakonan Raja Afiq dan Chacha Maembong. Terbitan produksi MacheAllstar United dibawah arahan Din Glamour. Telefilem romantik komedi ini akan disiarkan hari Isnin, pukul 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : AWAK KAT MANA?
TARIKH / MASA : Isnin, 27 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
IDEA ASAL : Erma Erima
PENGARAH : Din Glamour
TERBITAN : MacheAllstar United Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Chacha Maembong, Sazrin Aizul, Annie Ariffin, Bell Ngasri, Jaja Ilyes, Sulaiman Yassin, Mak Jah, Mubarak Majid

SINOPSIS AWAK KAT MANA?
Farid hadir ke majlis makan malam Azman dan Liya. Farid ternampak seorang gadis cantik bernama Fazira di majlis itu. Fazira sebenarnya hanya mengikut kakaknya, Fathia yang juga merupakan kawan kepada Liya. Farid tidak sempat untuk berkenalan dengan Fazira kerana mereka telah pulang awal. Sejak itu, Farid asyik memikurkan tentang Fazira dan pelbagai cara dilakukan untuk bertemu dengan Fazira. Adakah dia Berjaya bertemu dengan gadis pujaannya itu?

Pelakon Awak Kata Mana
Pelakon telemovie Awak Kata Mana

Senarai Pemenang Anugerah Oscars 2017

Anugerah Oscars 2017

Anugerah Akademi Ke-89 (#Oscars2017) melibatkan 62 filem yang bersaing dalam 24 kategori dipertandingkan. Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Akademi Ke-89:

SENARAI PEMENANG ANUGERAH AKADEMI (OSCARS) 2017

BEST PICUTRES
Moonlight - Adele Romanski, Dede Gardner and Jeremy Kleiner

ACTOR IN A LEADING ROLE 
Casey Affleck (Manchester by the Sea)

ACTRESS IN A LEADING ROLE 
Emma Stone (La La Land)

DIRECTING
Damien Chazelle (La La Land)

FILM EDITING
Hacksaw Ridge - John Gilbert

CINEMATOGRAPHY
La La Land - Linus Sandgren

VISUAL EFFECT 
The Jungle Book - Robert Legato, Adam Valdez, Andrew

WRITING (ADAPTED SCREENPLAY)
Moonlight by Barry Jenkins; Story by Tarell Alvin McCraney

WRITING (ORIGINAL SCREENPLAY)
Manchester by the Sea - Kenneth Lonergan

ANIMATED FEATURE FILM 
Zootopia - Byron Howard, Rich Moore and Clark Spencer

COSTUME DESIGN
Fantastic Beasts and Where to Find Them, Colleen Atwood

MAKEUP AND HAIRSTYLING
Suicide Squad, Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson

SOUND EDITING
Arrival, Sylvain Bellemare

SOUND MIXING
Hacksaw Ridge, Kevin O'Connell, Andy Wright, Robert Mackenzie and Peter Grace

MUSIC (ORIGINAL SCORE)
La La Land - Justin Hurwitz

MUSIC (ORIGINAL SONG)
City Of Stars (La La Land)

ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
Mahershala Ali (Moonlight)

ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
Viola Davis (Fences)

PRODUCTION DESIGN
La La Land - David Wasco

DOCUMENTARY FEATURE
O.J.: Made in America

DOCUMENTARY (SHORT SUBJECT)
The White Helmets - Orlando von Einsiedel and Joanna Natasegara

FOREIGN LANGUAGE FILM 
The Salesman (Iran) ; Directed by Asghar Farhadi

SHORT FILM (ANIMATED)
Piper - Alan Barillaro and Marc Sondheimer

SHORT FILM (LIVE ACTION)
Sing - Kristof Deák and Anna Udvardy

Drama Meh Sandar Pada Aku (TV3)

Meh Sandar Pada Aku

Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3. Menemukan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. Drama Meh Sandar Pada Aku kini boleh ditonton melalui laman sesawang tonton.com.my dan akan mula disiarkan di TV3 mulai 26 Februari 2017, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 malam

JUDUL : MEH, SANDAR PADA AKU!
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Februari 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Aifa Batrisya
SKRIP : Marr Mohammad
PENGARAH : Emi Suffian Abd Sabhe
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Ustaz Nazeri Md Isa, Halimah Naim, Nafiez Zaidi, Yasmien, Che Puteh, Hanis Nabilah, Amalina, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan
Jaja Iliyes sebagai Aleesya
Redza Rosli sebagai Adam Naufal
Aishah Ilias sebagai Mastura
Asyraf Aley sebagai Syed Emir
Azri iskandar sebagai Syed Azhar
Badrul Muhayat sebagai Syed Irham
Raja Ema sebagai Juhara
Fiza Halim sebagai Farah
Marr Mohamad sebagai Dr Ram
Fendi Seman sebagai Zamarul
Aidit Noh sebagai Lukhman
Haff Ridzuan sebagai Syamil
Ustaz Nazeri Md Isa sebagai Tok Wan
Halimah Naim sebagai Mak Tam
Nafiez Zaidi sebagai Aiman
Yasmien sebagai Tyra
Che Puteh sebagai Zulina
Hanis Nabilah sebagai Prof Zara
Amalina sebagai Husna
Dania Aina sebagai Syarifah Emira
Adam Darwisy sebagai Syed Nadzhan (Kecil)
Shazzy Edora sebagai Aleesya (Kecil)

LAGU TEMA / OST MEH SANDAR PADA AKU
Tajuk : Sandar Padaku
Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah
Video & Lirik → LINK

SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU
Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. 

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

GAMBAR PELAKON
Meh Sandar Pada Aku

Drama Meh Sandar Pada Aku
Syed Nadzhan dan Afnan Tasneem
Pelakon Meh Sandar Pada Aku
Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku
Meh Sandar Pada Aku 2016
antara pelakon lain

OST Meh Sandar Padaku (Lagu Tema)

ost meh sandar pada aku

Lagu tema drama Meh, Sandar Padaku! dinyanyikan sendiri pelakon utama drama tersebut iaitu  Aliff Aziz dan Mira Filzah. Lagu berjudul Sandar Padaku ditulis oleh Marr Mohamad dan komposer oleh Panji. Info lanjut drama Meh Sandar Padaku baca disini.

Tajuk Lagu : Sandar Padaku 
Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah 
Komposer : Panji 
Penulis Lirik : Marr Mohamad
Penerbita Muzik : Helen Yap 
Terbitan : Sony Muzik 

LIRIK LAGU SANDAR PADAKU - ALIFF AZIZ FEAT MIRA FILZAH
Kata orang semua wanita sama saja
Tapi tidak dengan mu
Pernah merasa jauh untuk bersama kamu
Hanya dalam khayal ku

Namun kau selalu hadir dan menganggu
Hati ku setiap waktu

Walau semua kata lelaki sama saja
Tapi tidak dengan ku
Mesti sempat benci enggan untuk bertemu
Mungkin dalam angan ku

Namun ku selalu hadir dan menganggu
Hati mu setiap waktu

Kamu, kamu, kamu saja
Jadikan ku sandaran cinta
Saat hati resah, resah, resah
Bersandarlah dibahu ku

Dulu benci tapi selalu merindu
Ku damba kita bahagia
Agar masanya tiada mampu bertahan
Bersandarlah dibahu ku


Hujan Panas Di Inderasabah (TV2)

hujan panas inderasabah

Saksikan telefilem Hujan Panas Di Inderasabah lakonan Izzue Islam dan Nad Zainal. Akan disiarkan hari Selasa ini, pukul 10.00 malam di TV2. Tonton online di myklik.rtm.gov.my 

JUDUL : HUJAN PANAS DI INDERASABAH
TARIKH / MASA : Selasa, 21 Februari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Marlin Malalin
PENGARAH : Dato Jurey Latiff Rosli
TERBITAN : World Evolustion Brain / D'Smart Borneans Production
PELAKON : Nad Zainal, Izzue Islam, Zarina Zainordin, Marlin Malalin

SINOPSIS HUJAN PANAS DI INDERA SABAH
Kehidupan, nilai cinta serta pengorbanan seorang isteri dan juga ibu demi untuk anak-anaknya setelah berpisah dengan ayahnya.

Basir dan Mastura hidup sebagai nelayan di Inderasabah. Anak bongsu mereka disahkan menghidap penyakit hati dan tidak dapat hidup lama sekiranya tiada rawatan segera. Basir tertekan lalu bercerai dengan Mastura. Usaha Cikgu Lokman mendapat sokongan penduduk kampung dengan program kutipan derma untuk membantu Mastura. Basir cemburu dan dia bertindak menculik Cikgu Lokman. Apa yang berlaku seterusnya? 

Perempuan Di Hujung Kampung (TV9)

Perempuan Di Hujung Kampung

Jangan lupa saksikan telefilem Perempuan Di Hujung Kampung yang dilakonkan oleh Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Akan disiarkan di TV9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam.

JUDUL : PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG
TARIKH / MASA : Isnin, 20 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
IDEA ASAL : Adza Irdawati Adenan
PENGARAH : Jetlee Nazir Juhan
TERBITAN : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marisa Yasmin, Fadilah Mansor, Esma Danial, Zalfa Zin 

SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG
Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan juga merudum, kini beliau dipaksa untuk mencari sebuah kisah atau artikel.

Perempuan Di Hujung Kampung
barisan pelakon

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Maharaja Lawak Mega 2017

Program Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk untuk musim keenam. Menyaksikan 15 kumpulan bakal berentap dan tiga daripadanya adalah pelawak solo. MLM2017 kali ini turut menampilkan pelawak dari negara jiran Singapura dan Indonesia seperti iaitu kumpulan Masin, Abioso dan Dzawin,

MLM 2017 masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus dihakimi juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi manakala naib juara menerima RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima.

MLM 2017 bakal bersiaran selama 12 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 17 Februari ini dan disiarkan secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

MAHARAJA LAWAK MEGA 2017
TARIKH / MASA : Setiap Jumaat, 10.00 malam 
SIARAN : Astro Warna & Astro Mustika HD 
HOS : AC Mizal

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 
BOCEY – Abam, Fad dan Achey
ZERO – Atu, Shariff dan Syaiful
SHIRO – Sharol dan Ajak
NICE – Ropie, Acong dan Tauke
JORAS – Syuk, Joey dan Rahim
XOXO – Wan, Wan Gegau dan Chot
MAMU – Ajo dan Abu
PISTOL – AG Hafiz dan Raja Azri
PUTEH – Mamak dan Ali
ABIOSO – Amin, Sarip dan Mamad (Indonesia)
HOBIT – Amir, Bocil dan Dinn (Malaysia, Indonesia, Singapura)
MASIN – Mamat, Vicha dan Jiggy (Malaysia, Indonesia, Singapura)
DANIEL (Solo Malaysia)
DZAWIN (Solo Indonesia)
MAD SABAH (Solo Malaysia)

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017
Gambar peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Sinopsis Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

Surga Yang Tak Dirindukan 2

Filem Indonesia, Surga Yang Tak Rindukan kembali dengan filem sekuelnya, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (#SYTD2) tahun ini. Filem yang diangkat dari novel popular karya novelis Asma Nadia ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017 dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon popular Malaysia Nora Danish.

TAJUK : SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2017
Genre : Drama
Novelis : Asma Nadia
Skrip : Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramantyo
Pengarah : Hanung Bramantyo
Produksi : MD Productions

BARISAN PELAKON
Fedi Nuril sebagai Prasetya
Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini
Raline Shah sebagai Meirose
Reza Rahadian sebagai Doktor Syarief
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Nadia
Nora Danish sebagai Sheila
Kemal Palevi sebagai Amran
Tanta Ginting sebagai Hartono
Keefe Bazli Ardiansyah sebagai Akhbar
David Chalik sebagai Ustaz Yusuf
Tasya Nur Medina sebagai Medina
Vitta Mariana sebagai Lia

SINOPSIS SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2
Mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.

OFFICIAL TRAILER 


Drama Nahu Rindu (TV3)

Nahu Rindu

Drama terbaru arahan Eoon Shuhaini berjudul Nahu Rindu akan mengisi slot Zehra TV3. Diterajui oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. Turut membintangi Syazwan Zulkifly, Zulin Aziz, Shuhanty, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Drama Nahu Rindu akan mula bersiaran 16 Februari ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3. Episod penuh boleh ditonton melalui portal tonton.com.my.  

JUDUL : NAHU RINDU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Februari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Shahriman Wahap
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd & Electrovation Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Syazuwan Hassan, Putra Amaris, Zulin Aziz, Fauziah Nawi, Marisa Yasmin, Zulkifli Ismail, Amirul Faqeem, Afique Hussain, Dinie Juri

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Fateh & Kasyaf
Ummi Nazeera sebagai Nazira
Syazwan Zulkifly sebagai Zamani
Syazuwan Hassan sebagai Bukhari
Shuhanty sebagai Hilma
Zulin Aziz sebagai Dina
Marisa Yasmin sebagai Sofea
Fauziah Nawi sebagai Nek Som
Putra Amaris sebagai Doctor Iqbal

LAGU TEMA / OST NAHU RINDU
Tajuk Lagu : Mencintai Kamu
Artis : Aepul Roza (Drama Band)
Komposer & Lirik : Ammar Habir, Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Halim

SINOPSIS NAHU RINDU
Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas.

Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga
GAMBAR PELAKON
Nahu Rindu

Pelakon Nahu Rindu
watak utama
Nahu Rindu TV3
Pelakon drama Nahu Rindu

Sekali Kulafazkan Cinta (TV2)

Sekali Kulafazkan Cinta

Jangan lupa saksikan telefilem Sekali Ku Lafazkan Cinta diterajui oleh Arja Lee dan Sari Yanti. Akan ditayangkan di slot Citra di TV2 pada 14 Februari ini, Selasa pukul 10.00 malam. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : SEKALI KU LAFAZKAN CINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 14 Februari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Mazelan Manan & Siti Hawa Ibrahim
PENGARAH : Haris Kadir
TERBITAN : MRT Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Arja Lee, Sari Yanti, Lia Natalia, Hafeez Mikail, Leeza Zain, Mak Wan, Khairil Anwar Aman, Ghazali, Dzariff, Barra Shah Mirza

SINOPSIS SEKALI KULAFAZKAN CINTA
Mengisahkan Hakimi berkahwin dengan Nurlisa setelah bersetuju dengan desakan ibu bapa masing-masing yang risau mengenai jodoh anak mereka setelah usia semakin meningkat. Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqil.

Satu hari berlaku kejadian yang tidak terduga bila Nurlisa jatuh akibat diragut ketika bertemu Alia dan beliau koma untuk tempoh yang panjang. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.

Alia merasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu serta mertuanya untuk menjodohkannya dengan Alia.

Setelah 6 bulan, Nurlisa sedar daripada koma dan diberitahu tentang pengorbanan dan kesetiaan suaminya. Beliau meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum beliau meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Hakimi tetap setia dengan cintanya sehingga ke tua namun mengahwinkan anaknya Aqil dengan anak Alia sebagai ganti permintaan arwah isterinya Nurlisa.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Sekali Kulafazkan Cinta
Hakimi dan Nurlisa
Sekali Ku Lafazkan Cinta
barisan pelakon

OST Suamiku Paling Sweet (Lagu Tema)

Ippo Hafiz Cool Love

Ippo Hafiz sekali lagi menyanyikan lagu tema untuk drama slot Akasia dengan lagunya diberi judul Cool Love. Info lanjut drama Suamiku Paling Sweet klik disini

Tajuk Lagu : Cool Love
Penyanyi : Ippo Hafiz

Tajuk Lagu : Ku Ingin Kamu
Penyanyi : IppoHafiz

LIRIK LAGU COOL LOVE - IPPO HAFIZ

Saat kau biarkan aku 
Terus menemani dirimu
Tetap indah tetap indah
Ketika ku bersamamu

Kau permata permaisuriku
Kau menghiasi jiwa ini 
Penuh rasa penuh rasa
Cintaku kepadamu 

Walau hanya rintangan mendatang 
Cintaku tak akan berubah
Kepadamu lagi akan ku pertahankan 

Saat cinta kita bersatu 
Tetapkanlah di sisiku 
Oh sayang 
Kan menjadi milik kita



Drama Misteri Wan Peah (TV3)

Misteri Wan Peah

Nantikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod arahan Azman Yahya itu akan ditayangkan mulai 13 Februari, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di slot baharu TV3 iaitu Seramedi.

JUDUL : MISTERI WAN PEAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Seramedi TV3
SKRIP : Syed MOhamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Normah Damanhuri, Zee Zainal, Acap Jamludin, Faiz Tapaw, Usop Wilcha, Dalimawati, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda, Ariff Aziz, Sherry Alhadad, Cat Farish, Zarina Zainuddin

WATAK PELAKON
Normah Damanhuri sebagai Wan Peah
Zee Zainal sebagai Lie Kelubi
Acap Jamaluddin sebagai Yeh kumbang
Faiz Tapaw as Ghani Gagap
Usop Wilcha sebagai Tok Hashim
Dalimawati sebagai Mak Timah
Sasqia Dahuri sebagai Cikgu Siti
Sweet Qismina sebagai Nurin
Indah Emeerlda sebagai Aishah
Ariff Aziz sebagai Cikgu Farhan
Sherry Alhadad sebagai Cikgu Zaiton
Zarina Zainuddin sebagai Puan Hajah

LAGU TEMA / OST MISTERI WAN PEAH
Tajuk Lagu : Seram Dik Seram 
Penyanyi : Eddie G feat Cat Farish

SINOPSIS MISTERI WAN PEAH
Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.

Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.

Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.

Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.

Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat

Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.

Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?

GAMBAR PELAKON
Misteri Wan Peah
Pelakon Misteri Wan Peah
Pelakon drama Misteri Wan Peah
Pelakon Misteri Wan Peah TV3
barisan pelakon

Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)

Suamiku Paling Sweet

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Ditunjangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet bakal mengisi slot Akasia bermula 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang.

JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Natasya Mahyan, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Lia Natalia, Aida Othman, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah
Natasya Mahyan sebagai Maya
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Lia Natalia sebagai Deena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sanisah
Manan sebagai Manaf
Amirul Faqeem sebagai Ikram
Khairul Bahri sebagai Khalid
Chomel Farhana sebagai Shuk
Remy Maghrib sebagai Danny
Elvina Mohamad sebagai Hanna
Aida Othman sebagai Hanum
Zulkifli Salleh sebagai Pak Tam 

LAGU TEMA / OST SUAMIKU PALING SWEET
Tajuk Lagu : Cool Love
Penyanyi : Ippo Hafiz
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET
Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

GAMBAR PELAKON
Suamiku Paling Sweet

Pelakon Suamiku Paling Sweet
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet
Drama Suamiku Paling Sweet
barisan pelakon

Drama Cinta Samar TV1

Cinta Samar

Drama Cinta Samar akan mengisi slot Widuri di TV1 menggantikan drama 2000KM Ke A-Haram. Drama arahan Malek Rahman itu menampilkan Amar Asyraf dan Syatilla Melvin sebagai pelakon utama. Akan menemui penonton mulai 11 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 petang di TV1. Dram ini juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : CINTA SAMAR
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Februari 2017
HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM) 
PENGARAH : Malek Rahman 
PELAKON : Amar Asyraf, Syatilla Melvin, Erry Putra, Shahrol Nizam, Marissa Yasmin, Hafizuddin Fazil, Khaty Azean, Rahim Jailani, Rosnah Johari, Norazifah Abidin, Mimi Lana, Aedy Ashraf, Along Eyzendy, Zulkifli Ismail, 

WATAK PELAKON 
Amar Asyraf sebagai Azli
Syatilla Melvin sebagai Juliana

SINOPSIS CINTA SAMAR
Mengisahkan perjalanan hidup watak Azli yang tidak tamat pengajian dalam jurusan perancang bandar kerana masalah kewangan. Di sebabkan terlalu minat dengan kereta mewah, dia sanggup untuk menjadi pemandu peribadi kepada seorang kontraktor, Hisham. Dua bulan bertugas dia telah menyamar sebagai Pengarah Urusan syarikat ketika Hisham bercuti dan berkenalan dengan Juliana, anak kepada Tan Sri Malik.

Setelah masing-masing jatuh cinta dan berjanji untuk sehidup semati serta dikenalkan kepada Tan Sri Malik, Azli mula rasa bersalah dan menyesal dengan perbuatannya. Dia telah mengaku kepada Juliana yang dia sebenarnya hanya seorang pemandu yang menyamar sebagai ahli perniagaan.

Juliana tidak percaya dan menuduh Azli menipunya dan cuba lari daripada dia. Tan Sri Malik juga tidak percaya berdasarkan penampilan, memandu kereta mewah dan mengetahui banyak perkara selok belok perniagaan hartanah. Malah Juliana jatuh sakit kerana terlalu kecewa rindukan Azli.

Azli memberitahu Hisham yang dia hendak berhenti kerana rasa bersalah menyamar dan sekarang Juliana anak Tan Sri Malik terlalu mempercayainya. Hisham tidak membenarkan Azli berhenti malah meminta dia terus menyamar kerana syarikat Hisham sedang melobi kontrak dari syarikat Tan Sri Malik. Malah Hisham sanggup menjadi pemandu kepada Azli.

Akhirnya, Azli dan Hisham saling bertukar-tukar penyamaran bagi mencapai misi mereka. Hisham berjanji akan memberi syer kepada Azli dalam syarikatnya sekiranya berjaya memperolehi kontrak dari Tan Sri Malik.

Tan Sri Malik tetap mahu menyerah projek tersebut kepada Azli. Juliana membantah. Di masa yang sama Tan Sri bersama rakan kongsinya telah merancang untuk menjodohkan Juliana dengan anak saudara Tan Sri Johar. Azli adalah anak saudara Tan Sri Johar. Namun adakah
rancangan Tan Sri Malik dan Tan Sri Johar berjaya?

Kamal Kamalia (TV2)

Kamal Kamalia

Jangan lupa saksikan telefilem Kamal Kamalia lakonan Aiman Hakim dan Zara Zya. Sebuah telefilem terbitan Global Station arahan Amie Maziah. Akan disiarkan pada 7 Februari ini, jam 10 malam menerusi slot Citra TV2. 

JUDUL : KAMAL KAMALIA
TARIKH / MASA : Selasa, 7 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Redza, Zara Zya, Kuza, Arash Mohamad

SINOPSIS KAMAL KAMALIA
Memaparkan kisah Shah yang tidak mempunyai kekasih telah di desak oleh keluarga untuk cepat mencari jodoh dan Shah akhirnya telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah Cafe.

Peah Singa (TV9)

Peah Singa

Jangan lupakan saksikan telefilem komedi Peah Singa arahan Zamri Zakaria. Dilakonkan oleh Miera Liyana, Izzue Islam, Najwa P Ramlee dan Azzahra Ahmad. Akan ditayangkan di TV9 pada hari Isnin 6 Februari ini pukual 9 malam.

JUDUL : PEAH SINGA
TARIKH / MASA : Isnin, 6 Februari 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : 2606 Skyline Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Miera Leyana,  Ilya Buang, Azzahra Ahmad, Najua Pramlee, Aren Yunus

SINOPSIS PEAH SINGA 
Mengisahkan Peah, anak dara awal 30an masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu garang sehingga ditakuti ramai. Berbeza dengan Aifan yang berperwatakan lembut dan berhati sensitif. Peah sering membebel. Baginya ada saja benda tidak kena. Pak Ngah kepada Peah berjanji akan menolong Peah dengan menemukan Peah dengan Aifan. Peah dan Aifan telah disatukan selepas masing-masing tidak kisah untuk berkahwin dengan sesiapa pun.

Bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka tidak berjalan dengan normal dan sering bergolak kerana perbezaan karakter. Bahkan perkahwinan mereka turut menjadi bahan umpatan orang kampung. Namun satu peristiwa berlaku telah mengubah kehidupan mereka.

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
TARIKH TAYANGAN : 6 Februari 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Areila Sahimi
SKRIP : Nazri M.Anuar
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Isyariana, Ozlynn, Ungku Hariz, Ziha Salleh, Sheila Mambo, Nazrief Nazri, Sharul Kamal, Dato Khadijah Ibrahim , Dato Ahmad Tamimi Siregar 

WATAK PELAKON 
Scha Alyahya sebagai Syazlin
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
Randy Pangalila sebagai Faris
Shalma Ainaa sebagai Farissa
Adriana Adnan sebagai Zehra
Isyariana sebagai Hanissa
Ozlynn sebagai Husna
Ungku Hariz sebagai Yeop
Ziha Salleh sebagai Fasha
Nazrief Nazri sebagai Edy

LAGU TEMA / OST URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny
Video & Lirik → LINK

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.

Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.

Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.

Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?

GAMBAR PELAKON
Urusan Hati Cik Drama Queen

Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen
Pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen
Urusan Hati Cik Drama Queen drama
barisan pelakon

Mentor Milenia 2017 TV3 (Senarai Peserta)

Mentor Milenia 2017

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni. 

Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

Tiga bakal protege kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran protégé. Hanya dua orang protégé akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia

SENARAI PROTEGE

MENTOR : TOMOK
1. ALONG | Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
2. QALISYA | Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
3. ADAM MALEK | Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

MENTOR : BLACK
1. NUZUL | Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
2. SYEERA | Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor)
3. AFIF | Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)

MENTOR : AKIM
1. ANNA | Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
2. ELICA | Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah)
3. FARHAN | Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)

MENTOR : HAZAMA
1. USOP | Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (20 tahun, Lunas, Kedah)
2. BALQIS | Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu)
3. SERRA | Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

MentorMilenia2017
Sesi uji bakat Mentor Milenia 2017

OST Urusan Hati Cik Drama Queen (Lagu Tema)

OST Urusan Hati Cik Drama Queen

Lagu tema drama Urusan Hati Cik Drama Queen dinyanyikan oleh Sarah Fazny dengan lagu berjudul Urusan Hati. Info lanjut drama klik disini.

Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny
Komposer : Ammar Habir
OST : Urusan Hati Cik Drama Queen

LIRIK LAGU URUSAN HATI - SARAH FAZNY

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Puas sudah aku mencuba
Mengharap datangnya cinta
Yang membuat aku bahagia

Dia yang selalu aku puja
Rupanya hanya berpura-pura
Mencintai diriku

Walaupun berkali..hati disakiti
Namun aku tak mungkinkan berputus asa

Percayalah jaga itu
Ada pada urusan hati
Tuhan bawa dia kepadaku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Akan ku tunggu
Kekasih hati
Hadir mu terus mendakap ku

Disulam angan perih indah
Untuk nikmati erti bahagia
Ku yakin pasti nanti akan ku temui
Dia yang benar mencintaiku
Dan menyayangi aku sepenuh hati.. hati

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Engkau ku mahu (Engkau ku mahu )
Tidak ketemu (Pasti ku temu)
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Hadir mu terus menggegam ku
Hadir mu terus mendakap ku
Hadir mu terus memeluk ku



Dengar lagu di Spotify

SENARAI LAGU DRAMA URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Katakan Maumu - Randy Pangalila
Mencinta Kamu - Drama Band
Menghilang Saja - Katahati
Khalisya - Zarif Kamil
Jangan Pernah - Zarul
Pamit - Tulus

Telefilem Saling (TV1)

Saling TV1

Saksikan telefilem untuk slot Tribute P.Ramlee berjudul 'Saling' arahan Wan Afzam Wan Daud. Dibarisi pelakon seperti Khir Rahman, Aisya Hasnaa, Bell Ngasri, Kazar, Amerul Affendi, Amyza Adnan dan ramai lagi. Bersiaran pada Sabtu 4 Februari, pukul 9.00 malam di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : SALING 
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 Februari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Khir Rahman (Rawan), Aisya Hasnaa (Melur), Bell Ngasri (Ajun), Raif Irfan (Umar), Tan Mei Ling (Ma Mailee) Thor Kar Hong (Kim), Kazar (Daman), Amerul Affendi (Suffian), Amyza Adnan (Mahira), Hushairi Husin (Pali)

SINOPSIS SALING (TV1)
Rawan, seorang bapa tunggal anak satu yang menyara hidup sebagai penarik beca. Rawan sangat menyayangi anaknya Umar hingga segala-gala tentang Umar adalah betul. Menjadi bapa tunggal, merapatkan lagi Rawan dengan Umar. Umar petah bercakap. Agak nakal di belakang ayahnya, namun hakikatnya dia sangat sayang ayahnya.

Rawan menghantar Umar ke sekolah menaiki beca. Rawan bekerja sebagai penarik beca di tengah bandar Melaka. Hanya mereka berdua usaha hidup sebaik mungkin. Rawan disenangi ramai dan dia kenal dengan ramai orang terutama yang sering menaiki beca. Rawan berkawan dengan Abang Daman dan Sufian.

Suatu hari bekas isteri Rawan iaitu Mahira datang mahu bawa Umar ke Kuala Lumpur. Rawan pertahankan Umar dan Umar juga tidak mahu mengikuti ibunya. Hidup Mahira tidak menentu, tinggal dengan bukan suaminya, namun Mahira mendapatkan surat mahkamah dan akan cuba mendapat hak menjaga Umar. Rawan tidak faham mengapa bekas isterinya begitu berdendam sedangkan dia sendiri yang paksa Rawan menceraikannya dahulu untuk hidup senang di Kuala Lumpur.

Umar cuba pujuk Mahira tetapi Mahira beri pula syarat yang dia mahu RM20 ribu jika Rawan tidak mahu kes jagaan anak berpanjangan. Rawan resah terpaksa usaha mencari wang dalam tempoh 2 bulan yang diberikan.

Saling TV1
pelakon telefilem Saling
Sementara itu Melur pula bekerja di sebuah kedai sulaman milik Ma Mailee bersama suami iaitu Kim. Ma Mailee tegas orangnya. Kim bantu isterinya menguruskan kedai dan rajin bersenam berjalan sekitar kawasan kedai kedai. Ma Mailee juga tegas dengan suaminya. Mereka mudah bertelagah namun sebenarnya itulah yang mengikat makna kasih sayang semasa mereka. Melur sudah faham dengan pasangan suami isteri yang baginya baik hati ini.

Ma Mailee mengajar Melur cara membuat sulam yang paling baik. Melur tinggal di belakang kedai yang diberi oleh Ma Mailee yang menyelamatkan Melur daripada abang tirinya yang tidak bertanggungjawab, Pali. Dalam pada itu Ma Mailee selalu menjadi pelindung kepada Melur yang diganggu oleh Pali.

Kisah Ajun pula, pemiik kedai gunting rambut lelaki baru dapat berita kematian kekasihnya. Ajun cuba melupakan kesedihannya, Surya. Kedai Ajun tidak jauh dengan kedai Ma Mailee. Ma Mailee dan Kim lebih tahu latar kisah kecewa Ajun tetapi sentiasa tegaskan Ajun lelaki dan lelaki harus kuat hati. Ma Mailee selalu minta Melur hantarkan kuih putu piring kepada Ajun. Ajun selalu mahu cuba cungkil rahsia siapa sebenarnya Melur itu tetapi Melur pandai mengelak namun mereka baik sesama mereka.

Ketiga-tiga mereka ini punya latar masalah yang menghimpit menduga. Mereka saling bertemu tanpa tahu latar masalah masing-masing namun mendapat penawar tanpa mereka sedari.

Namaku Bedah (TV9)

Namaku Bedah

Drama terbaru arahan Shuhaimi Lua berjudul Namaku Bedah diadaptasi daripada novel karya Mohd Shahremy Ikmal. Dibintangi oleh Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Shuhaimi, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod itu akan ditayangkan mulai 5 Februari ini, setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam di slot Kelakarama TV9. 

JUDUL : NAMAKU BEDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Februari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Aida, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Feiyna Tajudin, Kamal Bakar, Hanif Safuan, Radhi Khalib, Ferth Jasni, Zahir

WATAK PELAKON
Aishah Azman sebagai Bedah
Nadzmi Adhwa sebagai Zuhairi
Syainie Aida sebagai Tasha
Ardell Aryana sebagai Umairah
Niezam Zaidi sebagai Sood
Rashidah Jaafar sebagai Hamidah
Rosnah Mat Aris sebagai Rokiah
Razak Ahmad sebagai Pak Halim
Feiyna Tajudin sebagai Izzah
Hanif Safuan sebagai Iskandar
Farouk Hussain sebagai Dr.Asri
Kamal Bakar sebagai Tok penghulu

LAGU TEMA NAMAKU BEDAH 
Lagu : Namaku Bedah
Penyanyi : Syafeek Ikhwan

SINOPSIS NAMAKU BEDAH 
Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul.

Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis.

Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya.

Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.

Dapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah? 

GAMBAR PELAKON
Namaku Bedah

Pelakon Namaku Bedah
barisan pelakon drama Namaku Bedah
Namaku Bedah 2017
teraju utama drama Namaku Bedah

Sinopsis Kanang Anak Langkau The Iban Warrior

Kanang Anak Langkau The Iban Warrior

Filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior arahan Bade Haji Azmi akan ditayangkan di pawagam pada 16 Mac 2017. Filem ini memaparkan kisah tentang seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70an. Dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pelakon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi.

TAJUK : KANANG ANAK LANGKAU THE IBAN WARRIOR
Tarikh Tayangan : 16 Mac 2017
Bahasa: Melayu / Iban
Genre : Aksi
Pengarah : Bade Haji Azmi
Terbitan : Tangan Seni Sdn Bhd
Pelakon : Langgi Anak Kanang, Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Jay Izwazir 

SINOPSIS KANANG ANAK LANGKAU
Berkisar tentang Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok. 

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis. 

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983. 
Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis.

VIDEO TRAILER 


LAGU TEMA / OST
Tajuk : Agi Idup Agi Ngelaban
Penyanyi : Hazama
Komposer : Anuar AB Razak
Lirik: Azlan And the Typewriter