Tangisan Kubur (Astro)

Tangisan Kubur

Telefilem Tangisan Kubur akan disiarkan Sabtu ini jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD saluran 134. Dilakonkan oleh Alvin Chong, Emma Maembong, Adeline Tsen, Oktovia Manrose, Elvina Chua dan ramai lagi. 

JUDUL : TANGISAN KUBUR 
TARIKH / MASA : Sabtu, 1 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
SKRIP : Nazri M. Anuar
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Adeline Tsen, Oktovia Manrose, Elvina Chua, Farez Ridzwan, Louisa Alissa Chong

SINOPSIS TANGISAN KUBUR 
Salah seorang dari junior forensic mula didatangi oleh 'hantu' wanita mangsa bunuh. Dia dan rakan-rakan forensiknya mula membongkar rahsia wanita itu yang membawa mereka ke sebuah estet.

Pelakon Tangisan Kubur
Pelakon  telemovie Tangisan Kubur

Sakit (TV3) | DFKL 2017

Sakit TV3

Telefilem 'Sakit' arahan Jamal Khan akan ditayangkan hari Sabtu ini pukul 9 di TV3. Dibintangi oleh Syafie Naswip, Shera Aiyob, Catriona Ross dan ramai lagi. 

JUDUL : SAKIT
TARIKH / MASA : Sabtu, 1 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
IDEA ASAL : Atelia Zakaria
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Syafie Naswip, Shera Aiyob, Azhan Rani, Falisha Crossley, Amirul Faqeem, Catriona Ross

SINOPSIS SAKIT 
Walaupun sangat cemerlang di kolejnya, Adam disyaki mengidap penyakit Bipolar, yang mengakibatkan mengamuk atau panas baran secara tiba-tiba. Kakak dan pensyarah Adam cuba membantunya.

OST Cik Serba Tahu (Lagu Tema)

OST Cik Serba Tahu

Berikut senarai lagu tema dan lagu latar yang digunakan dalam drama Cik Serba Tahu. Info lanjut drama klik link disini.

LAGU TEMA / OST CIK SERBA TAHU

Tajuk : Cinta Apa Adanya
Artis : Tasha Manshahar
Lagu : DJ Fuzz
Lirik : Al Abbas / Muariffah



SENARAI LAGU DRAMA CIK SERBA TAHU 

Eleena Haris - Iya Iya
Haqiem Rusli - Segalanya
Ernie Zakri - Ini Yang Ku Mahu
Hez Hazmi - Setiaku
Tasa Manshahar - Bukan Aku
Forteen - Linangan Terakhir
Hashtag - My Crush
Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
Indah Ruhaila - Semua Untuk Cinta
Aisyah Aziz - Tanda Tanya
Hazama - Di Amaran Mama
Nina Nadira - Istana
Firman - Bohong
Ayda Jebat - Pencuri Hati
Zarul - Jangan Pernah
Sufian Suhaimi - Terakhir

Drama Shh... I Love You (TV3)

Shh I Love You

Nantikan drama adaptasi novel Shh... I Love You karya Farisya Natasha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Nizam Zakaria. Bakal menyaksikan gandingan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 3 April 2017, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3. 
  
JUDUL : SHH... I LOVE YOU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

WATAK PELAKON 
Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU
Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON
Shhh I Love You

Pelakon Shhh I Love You
Pelakon drama Shhh... I Love You
Shhh I Love You TV3
barisan pelakon

Kerongsang (TV9)

Kerongsang TV9

Telefilem DFKL 2017 iaitu Kerongsang dilakonkan oleh Syafie Naswip, Saidi Sabri, dan Jaja Iliyes. Akan ditayangkan hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : KERONGSANG
TARIKH / MASA : Isnin, 27 Mac 2017, 8.30 Malam
SIARAN : Skrin di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
IDEA ASAL : Mohamad Hazlam Che Ani
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Saidi Sabri, Sapawi Johnson, Jaja Iliyes, Sharifah Qaseh

SINOPSIS KERONGSANG 
Kisah Atan dan Fitri adalah pelajar universiti dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Untuk semesta ini, Atan dan Fitri ditugaskan untuk membuat satu kajian mengenai Puteri Cahaya Penama. Namun apa yang ditemui hanyalah suatu misteri!

Drama Menanti Februari (TV3)

Menanti Februari

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari akan mula tayangannya mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MENANTI FEBRUARI 
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
IDEA ASAL : Keyroll Kiasan
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd
PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, Dato Rahim Razali, Kirana Batrisya, Nurman Salleh, Helvera Susanti 

WATAK PELAKON 
Nur Fathia Latiff sebagai Fiza
Zul Ariffin sebagai Arie
Afiq Muiz sebagai Edi
Riz Amin sebagai Hisyam
Juedian Omar sebagai Lia
Wan Nor Azlin sebagai Pn Sofea
Dato Rahim Razali sebagai En Haris
Kirana Batrisya sebagai Intan
Nurman Salleh sebagai En Fuad
Helvera Susanti sebagai Pn Asmah

LAGU TEMA / OST MENANTI FEBRUARI 
iamNeeta - Sakit
Forteen - Apa Ini Cinta
Aiman Ismail  - Cinta Palsu
Video → LINK

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI 
Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.

GAMBAR PELAKON
Menanti Februari

Pelakon Menanti Februari
Pelakon drama Menanti Februari

Drama Cik Serba Tahu

Cik Serba Tahu Poster

Nantikan drama Cik Serba Tahu diadaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Sebuah drama terbitan Orangetree Production arahan Shuhaimi Zulkefli. Dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama sebanyak 16 episod itu akan mula ditayangkan pada 27 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

JUDUL : CIK SERBA TAHU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Mac 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Ako Mustapha, Liza Othman, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sherie Merlis, Badrul Muhayat, Sharisa Haris, Mona Allen, Idris Khan, Radhi Khalid

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Carl Adham
Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
Zarul Umbrella sebagai Azhar Bunyamin
Iedil Putra sebagai Azhar Benyamin
Ilya Buang sebagai Ismail Hitam Interpol
Aishah Ilias sebagai Dylaila
Mona Allen sebagai Maira
Isya Riana sebagai Sarah
Ako Mustapha sebagai Dato Azli
Dynas Mokhtar sebagai Kak Chaq
Syazuwan Hassan sebagai Riduan
Idris Khan sebagai Huzair
Nadia Brian sebagai Fazlin
Liza Othman sebagai Datin Harizah
Sherry Merlis sebagai Datin Azlia
Radhi Khalid sebagai Sham Interpol
Badrul Muhayat sebagai Dato Cairil
Sharisa Haris sebagai Mira 

LAGU TEMA / OST CIK SERBA TAHU
Tajuk : Cinta Apa Adanya
Artis : Tasha Manshahar
Video → LINK

SINOPSIS CIK SERBA TAHU
Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?

GAMBAR PELAKON
Cik Serba Tahu

Pelakon Cik Serba Tahu
Pelakon drama Cik Serba Tahu
Drama Cik Serba Tahu
antara pelakon lain

Jula Juli Bintang Cinta (Astro)

Jula Juli Bintang Cinta

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem Jula Juli Bintang Cinta yang dibintangi oleh Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, dan Ameerul Afendi. Telefilem arahan Osman Ali itu akan disiarkan pada 25 Mac ini di Astro Citra (saluran 131) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

JUDUL : JULA JULI BINTANG CINTA
TARIKH / MASA : Sabtu, 25 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, Ameerul Afendi

SINOPSIS JULA JULI BINTANG CINTA
Kisah dua gadis, Jula dan Juli pekerja kilang yang baru lepas dibuang kerja. Mereka telah memenangi percutian menginap di hotel mewah di Langkawi hasil daripada peraduan selfie. Disana mereka mula bergaya seperti anak orang kaya dan mengenali Dani dan Idzham.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Jula Juli Bintang Cinta
Pelakon telemovie Jula Juli Bintang Cinta
Jula Juli Bintang Cinta Astro
Jula & Dani - Juli & Idzham

Jalan Balik Surau (TV3)

Jangan Balik Surau

Jangan lupa saksikan telefilem Jalan Balik Surau lakonan Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, dan Shamsul Ghau Ghau. Tayangan sempena DFKL 2017, Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : JANGAN BALIK SURAU
TARIKH / MASA : Sabtu, 25 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Indah Emeerlda, Syamim Razi, Shamsul Ghau Ghau, Riz Amin

SINOPSIS JANGAN BALIK SURAU
Ezad dan Yana terpaksa menghabiskan cuti sekolahnya di kampung. Ketika disana mereka mendapati terdapat sesuatu di sebalik surau Kampung Kemenyan?

Pelakon Jangan Balik Surau
Pelakon telemovie Jangan Balik Surau

Tali Kasut (TV9)

Tali Kasut TV9

Saksikan telefilem arahan Pali Yahya berjudul Tali Kasut sempena DFKL 2017. Dibarisi pelakon-pelakon muda seperti Izzy Reef, Naim Daniel, Alis Mariya dan Nafiz Muaz. Akan ditayangkan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9. 

JUDUL : TALI KASUT
TARIKH / MASA : Isnin, 20 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana / ZK Hensem
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Izzy Reef, Naim Daniel, Nur Alis Mariya, Nafiz Muaz, Zamarul Hisham, Mubarak Majid, Jasmine Ashraff

SINOPSIS TALI KASUT
Mengisahkan dua sahabat baik, Raqib dan Rizqi yang membesar bersama walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.

Raqib anak kepada pasangan berada, manakala Rizqi pula tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai tukang kasut.
Bagaimanapun, satu persamaan antara dua orang sahabat itu ialah mereka pelumba lari pecut sekolah dan keduaduanya pesaing hebat.

Pemilihan akan dibuat untuk mencari wakil sekolah. Walaupun mereka berdua bersaing namun tiada apa yang menggugat persahabatan sehinggalah Sarah rapat dengan Rizqi.

Dalam diam rupanya Raqib juga menyukai Sarah. Apabila Sarah rapat dengan Rizqi, Raqib cemburu dan berasakan Rizqi sengaja merampas buah hatinya.

Pelakon Tali Kasut
barisan pelakon

Si Kijang Merah (TV3)

Si Kijang Merah

Telefilem sempena DFKL 2017 diteruskan lagi kali ini berkisarkan tentang sukan bolasepak dengan telefilem berjudul Si Kijang Merah hasil karya Rafiqa Edora Mohamed. Telefilem ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dilakonkan oleh Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3, Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : SI KIJANG MERAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 18 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Amin Shakib
IDEA ASAL : Rafiqa Edora Mohamed
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn. Bhd
PELAKON : Harris Alif, Ahmad Ezzrin Loy, Firdaus Ghufran, Alis Mariya, Izzy Reef, Luqman, Raja Atiqullah, Mustapha kamal, Laila Nasir, Zamarul Hisham 

SINOPSIS SI KIJANG MERAH 
Mengisahkan Amar merupakan seorang remaja kelahiran Kelantan dan kini mengikut keluarganya tinggal di Kuala Selangor. Dia sangat obses dengan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors. Amar boleh bercerita mengenai pemain legenda seperti Dali Omar, Nik Fauzee, Hamid Ramli dan Hashim Mustapha.

Impian Amar adalah melihat pasukan kesayangannya beraksi pada pertarungan akhir Piala AF di Bukit Jalil. Namun, hasrat itu terpaksa dipendamkan kerana tidak cukup wang untuk ke Kuala Lumpur. Amar berusaha mencari wang tambahan dengan mengambil upah bekerja di kedai Pak Atan, mengemas laman rumah orang dan mengecat.

Memandangkan tarikh perlawanan semakin hampir, Amar melipatgandakan usaha mencari wang. Amar bagaimanapun kecewa apabila duit yang dikumpulnya dicuri dua pemuda. Adakah Amar dapat merealisasikan impiannya itu? Karya ini dibintangi Harris Alif, Firdhaus Ghufran. Ezzrin Loy, Zamarul Hisham, Farouk Hussain dan Nur Alis Mariya. 

Pelakon Si Kijang Merah
Barisan pelakon dan pengarah telemovie Si Kijang Merah

Hisyam dan 3 Hantutiyers (Astro)

Hisyam dan 3 Hantutiyers

Saksikan telefilem Hisyam dan 3 Hantutiyers arahan Syed Fariz  yang akan ditayangkan Astro Citra pada Sabtu ini pukul 9 malam. Antara pelakonnya ialah Luqman Hafidz, Mark Adam, Fatiya Latif, Altimet, Zain Hamid, Namron dan ramai lagi. 

JUDUL : HISYAM DAN 3 HANTUTIYERS
TARIKH / MASA : Sabtu, 18 Mac 2017, 9.00 malam
SIARAN : Astro Citra & Astro Mustika HD
SKRIP : Hassan Abdullah
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Anomalous@Suar Channel
PELAKON : Luqman Hafidz, Mark Adam, Fatiya Latif, Altimet, Zain Hamid, Namron, Haeriyanto Hassan, Syazliana Shuhaimi, Akmal Ahmad, Juliana Evans

SINOPSIS HISYAM DAN 3 HANTUTIYERS
Tiga hantu cuba untuk membantu seorang lelaki amnesia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan. Mereka dibantu oleh seorang bomoh bernama Pak Tam.

Hisyam dan Tiga Hantutiyers
Pelakon telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers

Sape Dari Itali (TV2)

Sape Dari Itali

Drama bersiri Sape Dari Itali yang akan mula ditayangkan pada 23 Mac ini di TV2. Diterajui oleh Nadia Brian, Syafie Naswip, dan Beego. Sebah drama terbitan Bright Network Sdn Bhd arahan Hazali Haji Ramli. Disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam meneresi slot Selekta Prima saluran TV2. 

JUDUL : SAPE DARI ITALI
EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 9 Malam
SIARAN : Slot Selekta Prima TV2
PENGARAH : Hazali Haji Ramli 
TERBITAN : Bright Network Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Nadia Brian, Beego, Geoff Andre Feyaerts, Shakilla Khoriri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Liza Zain, Zarynn Minn, Puteri Adrianna, Ain Zahalan

WATAK PELAKON 
Syafie Naswip sebagai Zamani
Nadia Brian sebagai Lisandra
Beego sebagai Haris
Geoff sebagai Alexandro

SINOPSIS SAPE DARI ITALI
Mengisahkan perjalanan watak gadis dari Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yang telah berkahwin dengan lelaki dari Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tidak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro menyusulnya dengan alasan mahu memujuk Lisandra kembali kepadanya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dengan gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tidak suka kepada bapa tirinya yang seringkali mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah untuk membuang bahan toksik kilang ke dalam sungai. Zamani bersahabat dengan Haris. Haris adalah seorang lelaki yang pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yang diberikan ibunya kepada dia.

Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dalam menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dengan Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yang ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yang mirip wajah isterinya dulu.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Sape Dari Itali
Pelakon drama Sape Dari Itali

Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

Pembancuh Kopi Mr Vampire

Drama adaptasi novel Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza akan datang di HyppTV. Drama arahan Eyra Rahman ini akan menampilkan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi sebagai pelakon utama. Akan mula bersiaran pada 15 Mac ini, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam di HyppSensasi Saluran 116. Muat turun applikasi #HyppTVEverywhere di apps store atau google store untuk menonton HyppTV.

JUDUL : PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Mac 2017
HARI / MASA : Rabu-Khamis, 9.00 malam
SIARAN :  HyppSensasi 116 (HyppTV)
PENULIS NOVEL : Aii Fariza
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mangkin Prestij
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Lia Natalia, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora, Shahronizam, Ellyas Abdullah, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Fahmy Reza, Adam Shahz, Shima Anuar, Amanda Hariz, Ellyas Abdullah, Epy Kodiang, Nasir Bilal Khan, Serina Redzuawan

WATAK PELAKON 
Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Irsyad
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah
Lia Natalia sebagai Nuha Filzah
Aizat Hassan sebagai Irham
Fatin Afeefa sebagai Nurin Filzah
Amanda Hariz sebagai  Nazeera
Sharifah Shahora sebagai Puan Sri Ayuni
Shahronizam sebagai Tan Sri Jefri
Ellyas Abdullah sebagai  Safwan
Adam Shahz sebagai Saiful
Shima Anuar sebagai Laila
Serina Redzuawan sebagai Datin Maizah
Dayang Areeda seagai Irina
Fahmy Reza sebagai Megat Benjamin

SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua. 

GAMBAR PELAKON 
Pembancuh Kopi Mr Vampire
Pelakon Pembancuh Kopi Mr Vampire
Pelakon drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

Baru Nak Untung (TV2)

Baru Nak Untung

Saksikan telefilem komedi Baru Nak Untung yang akan menghiasi slot Citra di TV2 pada Selasa ini, jam 10 malam. Dijayakan oleh Arja Lee dan Anas Ridzuan, Kazar Saisi, Syawal, Raja Ema dan ramai lagi. Bagi yang ketinggalan berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : BARU NAK UNTUNG
TARIKH / MASA : Selasa, 14 Mac 2017, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Othman Basri (Man Kobena)
TERBITAN : Multilift Film Production
PELAKON : Anas Ridzuan, Arja lee, Izadin Syawal, Kazar Saisi, Raja Ema, Dayana Roza, Bella Dowanna, Halim Anuar

SINOPSIS BARU NAK UNTUNG
Mengisahkan anak muda kini yang mengambil mudah masa hadapan dan bergantung kepada ibu bapa bagi keperluan harian. Atan, Mior dan Leman Afro yang berkawan rapat sejak kecil, gembira menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti bersama serta sanggup menerima baik buruk masing-masing.

Malangnya mereka tidak berjaya dalam pekerjaan. Atan dan Afro hanya menghabiskan masa bermain muzik tanpa sebarang hala tuju. Begitu juga Mior yang menjadi pengurus syarikat tetapi dipecat.

Mereka jadi penganggur dan mengharapkan bantuan kewangan keluarga masing-masing. Situasi itu merisaukan Pak Salim, bapa Atan. Dia mahu melihat anaknya berjaya seperti anak orang lain dan mendapat pekerjaan sesuai.

Memandangkan mereka berminat dalam bidang muzik, Pak Salim mencadangkan mereka menjadi buskers atau penyanyi jalanan. Sekurang-kurangnya dapat rezeki halal dan pada masa sama jika bertuah bakat mereka dapat dilihat individu terbabit dalam bidang muzik.

Pada mulanya Atan dan Leman Afro tidak yakin dengan kebolehan mereka tetapi akhirnya Mior berjaya meyakinkan rakannya dan menubuhkan kumpulan muzik Baru Nak Untung atau BNU.

Berkat usaha keras mereka berjaya mengumpul hasil kutipan harian dari menghibur orang awam yang memadai untuk mereka berdikari. Adakah bakat mereka berjaya digilap? Bagaimana masa depan mereka dalam bidang muzik?

Pelakon Baru Nak Untung
Pelakon telemovie Baru Nak Untung

Black Belt Kaler Pink (Astro)

Black Belt Kaler Pink

Nantikan drama komedi bertajuk Black Belt Kaler Pink yang akan ditayangkan di saluran Astro. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Kamal Adli, Aiman Hakim Ridza, dan Farali Khan. Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd arahan Riza Baharudin. Akan mula bersiaran pada 15 Mac ini, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di Astro Warna saluran 132 dan Astro Mustika HD saluran 134.

JUDUL : BLACK BELT KALER PINK
EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Mac 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Kamal Adli, Farali Khan, Aiman Hakim Ridza, Mia Nasir, Shahz Jaszle, Dafi, Ekin Kamarudin, Aedy Ashraf, Kay Khydir, Ahmad Iswazir, Daniell Fiq, Ekin Kamarudin, Dian P Ramlee 

WATAK PELAKON 
Farali Khan sebagai Timora
Aaron Aziz sebagai Ash
Kamal Adli sebagai Burn
Aiman Hakim Ridza sebagai King
Shahz Jaszle sebagai Ustaz Salam
Ekin Kamarudin sebagai Farah
Dafi sebagai Rentong
Mia Nasir sebagai Tasha
Kay Khydir sebagai Adam

SINOPSIS BLACK BELT KALER PINK
Dua lelaki yang tidak sukakan keganasan menjadi pengawal keselamatan kepada seorang bintang popular, Timora Ali. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti feminin seperti memasak, menjahit dan menonton drama.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Black Belt Kaler Pink
Pelakon drama Black Belt Kaler Pink
BlackBelt Kaler Pink
barisan pelakon

Cik Misi (TV9)

Cik Misi

Saksikan telefilem Cik Misi malam ini pukul 8.30 malam di TV9. Telefilem untuk DFKL 2017 diarahkan oleh Khir Rahman. Lakonan Ruhainies, Amyza Aznan, Nadzmi Adhwa, dan Syazuwan Hassan. 

JUDUL : CIK MISI
TARIKH / MASA : Isnin, 13 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kenchana & Dr Zaini Kosnin
IDEA ASAL : Nadia MIzu
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd
PELAKON :  Ruhainies, Amyza Aznan, Nadzmi Adhwa, Syazuwan Hassan, Datin Fadilah Mansor, Shuhanty Hanafiah

SINOPSIS CIK MISI
Kisah Diana yang disuruh oleh ibunya untuk memilah kerjaya dalam bidang kejururawatan walaupun dirinya meminati untuk menjadi seoarang artis.

Pelakon Cik Misi TV9
pelakon telemovie Cik Misi

Trauma (TV3) | DFKL 2017

Trauma TV3

Jangan lupa saksikan telefilem DFKL 2017 bertajuk Trauma arahan sutradara Azman Yahya. Dibintangi pelakon terkenal tanah air seperti Janna Nick, Saharul Ridwan, Raja Afiq, Idris Khan, Zara Zya, dan Dayana Roza. Akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : TRAUMA
TARIKH / MASA : Sabtu, 11 Mac 2017, 9.00 mala,
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Sheila Rusly
IDEA ASAL : Nur Liyana Shahrudin
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Saharul Ridwan, Zara Zya, Dayana Roza, Raja Afiq, Idris Khan, Indah Emeerlda

SINOPSIS TRAUMA TV3
Mengisahkan enam sekawan iaitu Roza lakonan Janna Nick, Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza) yang saling mengenali melalui laman sosial ‘chatroom’. Mereka ada satu persamaan iaitu pernah mengalami trauma dalam hidup. Mereka memutuskan untuk bertemu dan mengambil percutian bersama dengan menyewa sebuah banglo.

Roza menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian itu. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa daripada jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit ditegur oleh jiran sama dengan pepatah yang berbeza.

Pada malam itu mereka mula berkongsi tentang perkara yang membuatkan mereka menjadi trauma. Kejadian aneh berlaku dan mereka tidak dapat keluar dari banglo itu.

Pelakon trauma tv3
pelakon telemovie Trauma

Kekasih Elektrik (Astro)

Kekasih Elektrik

Saksikan telefilem terbaru arahan Razaisyam Rashid bertajuk Kekasih Elektrik. Menampilkan ramai pelakon handalan tanah air seperti Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Beto Kusyairi, Bront Palarae, dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada Sabtu ini, 11 Mac jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 dan Astro Mustika HD saluran 134.

JUDUL : KEKASIH ELEKTRIK
TARIKH / MASA : Sabtu, 11 Mac, 9.00 Malam
SIARAN : Astro Citra 131 & Astro Mustika 134
SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Razaisyam Rashid​
TERBITAN : Playground Productions​
PELAKON : Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Beto Kusyairi, Bront Palarae, Iedil Putra, Tony Eusoff, Fahad Iman, Yuhaizah Lee, Yuyun Yuzlin, Azman Hassan, Megat Sharizal

SINOPSIS KEKASIH ELEKTRIK
Kisah Amri, seorang novelis dikunjungi oleh seorang gadis misteri yang muncul secara tiba-tiba di kedainya. Namun, hanya dia sahaja yang boleh melihat gadis tersebut yang juga kehilangan memori.

Amri seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Bagaimanapun cinta itu kemudiannya datang tanpa sengaja dalam kehidupan Amri selepas dia terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik.

Bagaikan penghubung, renjatan elektrik tersebut menghadirkan Puspa dalam kehidupan Amri.

Istimewanya, hanya Amri yang mampu memahami Puspa, melayani masalah Puspa dan mengesan aura cinta dalam perhubungan itu.

Adakah Amri akan tunduk kepada cinta yang muncul setelah kehadiran Puspa dan bagaimana nasib Puspa yang hadir bagaikan misteri itu dalam kehidupan Amri?

Mungkinkah itu sekadar imaginasi Amri dalam memahami erti sebuah cinta?

Kekasih Elektrik
Pelakon Kekasih Elektrik
barisan pelakon

Katakan Tidak Pada Cinta (TV2)

Katakan Tidak Pada Cinta

Saksikan telefilem Katakan Tidak Pada Cinta lakonan Azrel Ismail dan Ruhainies pada pukul 10 malam menerusi slot Citra saluran TV2. Sebuah telefilem arahan Manchi Akob dan skrip oleh Akhbar Hashim.

JUDUL : KATAKAN TIDAK PADA CINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 7 Mac 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Akhbar Hashim
PENGARAH : Manchi Akob
TERBITAN : Excellent Golden Touch Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Ruhainies, Shuk, Fathimah Azzahra, Rahim Omar, Feiyna Tajudin

SINOPSIS KATAKAN TIDAK PADA CINTA
Mengisahkan Diyana yang bekerja sebagai pereka dalaman berpindah kerja ke syarikat baru. Di sini Diyana telah bertemu semula dengan Zarin, pereka dalaman kanan yang pernah bergaduh dengannya sebelum ini kerana salah faham.

Sejak itu mereka sentiasa bertelagah dan tidak boleh bekerjasama dalam pekerjaan. Perkara ini merisaukan Firman, pemilik syarikat tersebut yang juga merupakan kawan Zarin. Firman mengatur rancangan supaya Zarin dan Diyana dapat berbaik dengan cara menghantar mereka berdua menjalankan projek di Melaka.

Firman juga menyuruh Latif dan Mariam ikut sebagai pembantu Zarin dan Diyana. Latif dan Mariam juga turut ditugaskan sebagai pengintip kepada Firman. Kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama menjernihkan semula hubungan Zarin dan Diyana.

Semasa di Melaka, Zarin dan Diyana masih bertelagah sehinggalah terjadi peristiwa di mana Diyana masuk ke hutan sendirian lalu diekori oleh Zarin. Apabila Diyana ketakutan kerana pokok bergoyang dia melarikan diri dan terlanggar Zarin.

Mereka berdua terus lari dan terjatuh ke dalam lubang yang gelap. Berlaku pelbagai insiden pergaduhan antara keduanya. Mereka bernasib baik kerana diselamatkan oleh dua orang pencari rotan.

Sejak itu mereka berdua mula berbaik dan kedatangan Pak Salim, ayah Diyana ke Melaka merapatkan lagi hubungan mereka. Walaupun kemudiannya hubungan mereka tidak terus stabil namun mereka cuba menyelami diri masingmasing seterusnya. Apakah kesudahannya?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Katakan Tidak Pada Cinta
barisan pelakon telemovie Katakan Tidak Pada Cinta

Telefilem Petanda (TV9)

Petanda TV9

Saksikan telefilem sempena DFKL 2017 bertajuk Petanda. Sebuah telefilem arahan Razaisyam Rashid. Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Ditayangkan hari Isnin ini, pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : PETANDA
TARIKH / MASA : Isnin,  6 Mac 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Aleza Shadan, Diana Rafar, Khalisa, Gambit Saifullah, Iswazir Ismail, Azzam Zamani, 

SINOPSIS PETANDA
Cerita tentang seorang budak yang hilang, emosi ayah dan ibunya terganggu akibat dari kehilangan anak tersayang. Cerita ini dimulakan dengan dua kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Azita dan Syikin. Kedua-duanya telah hilang pada tahun yang berbeza. Sehingga kini tidak ada seorang pun yang menjumpai mereka berdua. Kejadian ketiga berulang lagi apabila Sheeda, seorang gadis remaja yang cantik dan baik berumur 15 tahun juga turut hilang. 

Pelakon Petanda TV9
barisan pelakon

Drama Dia Bidadariku (Astro)

Dia Bidadariku

Drama Dia Bidadariku akan menggantikan drama Urusan Hati Cik Drama Queen di Astro Ria. Diarahkan oleh sutradara Aziz M .Osman. Menampilkan lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Raja Ilya dan ramai lagi. Akan mula disiarkan pada 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. 

JUDUL : DIA BIDADARIKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Mac 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Slot MegaDrama | Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
SKRIP : Ayuni Zamani
IDEA ASAL : D.Y.H
PENGARAH : Aziz M .Osman
TERBITAN : Skop Production Sdn Bhd
PELAKON : Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Wan Raja, Dian P.Ramlee, Salina Saibi, Raja Ilya, Amirah Hanim, Normah Damanhuri, Hisham Bakar

WATAK PELAKON 
Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim sebagai Ridzal
Tisha Shamsir sebagai Qaseh
Wan Raja sebagai Khalif
Raja Ilya sebagai Suzanna
Salina Saibi sebagai Rita
Dian P. Ramlee sebagai Maryam 

LAGU TEMA / OST DIA BIDADARIKU
Tajuk : Tabah
Penyanyi :Elizabeth Tan

SINOPSIS DIA BIDADARIKU
Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Dia Bidadariku
Pelakon drama Dia Bidadariku