Daffodil Lara (TV2)

Daffodil Lara

Saksikan telefilem arahan Rahila Ali bertajuk Daffodil Lara yang dibintangi oleh Amyra Rosli, Hafeez Mikail, dan Amar Baharin. Akan bersiaran pada Jumaat ini pukul 9:30 malam menerusi slot Citra di TV2.

JUDUL : DAFFODIL LARA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 1 Jun 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Citra (TV2 RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Pena Creative Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Hafeez Mikail, Amar Baharin, Nabihan, Marissa Yasmin

WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Lara
Hafeez Mikail sebagai Ilham
Amar Baharin sebagai Hairi
Marisa Yasmin sebagai Jane

SINOPSIS DAFFODIL LARA
Mengisahkan Lara yang menguruskan sebuah kafe milik ibunya, Jane di Cardiff. Sementara itu Hairi yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti juga bekerja sambilan di tempat yang sama.

Berada jauh di negara orang membuatkan dua sahabat ini, Hairi dan Lara banyak meluangkan masa bersama dan saling memahami. Apa sahaja dikongsikan bersama keduanya termasuk suka dan duka. Lara sentiasa memerlukan Hairi dan begitu juga sebaliknya.

Keakraban itu membuatkan dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara. Dia berharap Lara sudi menerima dirinya sebagai kekasih. Namun sebaliknya pula bagi Lara. Lara sering mengelak apabila Hairi berbicara tentang hati kerana sejarah sedih kematian kekasih serta ayahnya. Kesedihan itu membuatkan dia belum sedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.

Namun segalanya berubah selepas itu apabila perkenalan Lara dengan Ilham mula membuka pintu hatinya. Lara dengan mudah membuka hati untuk menerima Ilham yang jatuh hati kepadanya.

Pertemuan dengan Jane telah merungkai rahsia besar yang tidk diketahui dan dirahsiakan selama ini. Ilham merupakan anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur 2 tahun. Begitu pun keluarga mereka terputus hubungan dan Ilham berkongsi kisah keluarganya. Dari situlah Jane dapat kembali mengingati dia pernah menjadi ibu susuan Ilham.

Masing-masing kecewa dengan berita tersebut. Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat mereka saudara susuan. Begitu juga dengan Jane yang terpaksa menerangkan kebenaran. Mengecewakan Lara bermakna dia turut sama kecewa kerana menyedari perubahan positif Lara sepanjang menjalin hubungan dengan Ilham.

Lalu apakah penyudahnya? Bagaimana pula dengan Hairi yang sentiasa berharap hubungannya dengan Lara akan bersatu?

Drama Air Mata Di Bumi Matador (TV2)

Air Mata Di Bumi Matador

Drama bersiri Air Mata Di Bumi Matador menampilkan gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana. Drama arahan Rahila Ali ini akan bersiaran sebanyak 26 episod bermula 30 Mei 2018, setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam di TV2.

JUDUL : AIR MATA DI BUMI MATADOR
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Selekta Prima (TV2 RTM)
PENULIS SKRIP : Amy Aimi, Wira Hijau, Amin Shakib
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Nafalia Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, PU Riz, Shakilla Khoriri, Affique Hussain, Habib Lopez, Ieda Moin, Dalimawati, Laila Nasir, Arash Mohamad, Mustapha Kamal, Marisa Yasmin, Ungku Hariz

WATAK PELAKON 
Ben Amir sebagai Iskandar
Puteri Aishah sebagai Qaisara
Nazrief Nazri sebagai Adib
Eyka Farhana sebagai Paloma

LAGU TEMA / OST 
Nurfatima - Mawar 
youtu.be/GKIvb1-wxLw

SINOPSIS AIR MATA DI BUMI MATADOR
Memaparkan kisah seorang gadis yatim piatu bernama Qaisara yang terpaksa membatalkan perkahwinan dengan Iskandar, kekasihnya semenjak dari sekolah.

Kecewa dengan peristiwa itu, dia kemudiannya membawa hatinya yang kecewa ke Sepanyol. Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang diyakini dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.

Sementara itu seorang penuntut Malaysia bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara. Meskipun sukar untuk dirinya kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu. Baginya keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayang.

Namun konflik berlaku apabila cinta baru antara Qisara dan Adib mula berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali. Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar. Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar. Baginya ia peluang kedua yang tidak seharusnya dipersiakan. Dia mahu membina semula bersama lelaki dicintai sepenuh hatinya itu.

Akan tetapi jodoh sememangnya di tangan tuhan. Kali ini juga impiannya membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian. Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Sekali lagi Qaisara jatuh terduduk. Impiannya musnah sama sekali. Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali membawa diri ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib. Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya sekali lagi, Adib terus melamar Qaisara. Namun malangnya Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodah yang tidak kesampaian. Rakan-rakan di sekelilingnya cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya.

Adakah hubungan mereka kembali bersatu? 

GAMBAR PELAKON
Air Mata Di Bumi Matador
barisan pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador

Ghahim Takut Nak Azan (TV3)


Saksikan telefilem arahan Al Jafree Md Yusop bertajuk Ghahim Takut Nak Azan. Dibarisi pelakon Armand Erza, Alyssa Dezek, Aqasha, Nadia Aqilah dan Kazar Saisi. Akan disiarkan pada hari Ahad ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : GRAHIM TAKUT NAK AZAN 
WAKTU SIARAN : Ahad, 3 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad TV3
SKRIP : Zuli Ismail
IDEA ASAL : Ctna Marzuki & Dayak
PENGARAH : Al Jafree Md Yusop
TERBITAN : AB Roll Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Nadia Aqila, Armand Erza, Kazar Saisi

SINOPSIS GRAHIM TAKUT NAK AZAN 
Kisah Ghahim mempunyai masalah sebutan huruf ‘r’. Oleh itu dia sering menjadi bahan ketawa rakan-rakanya di sekolah. Setiap kali tiba ujian untuk mengalunkan azan, Ghahim akan melarikan diri kerana gementar dan malu ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pelbagai cara dan teknik telah dilakukan untuk memperbaiki sebutannya namun tetap tidak berjaya


OST Halalkan Hati Yang Ku Curi (Lagu Tema)

Halalkan Hati Yang Ku Curi

Senarai lagu dalam drama Halalkan Hati Yang Ku Curi yang disiarkan di slot Akasia TV3. Info lanjut drama baca dipautan ini → link

LAGU TEMA / OST HALALKAN HATI YANG KU CURI

Lagu : Semakin
Penyanyi : Siti Sarah 
Lirik : Mera Utama
Dengar di Spotify | iTunes


Lagu : Aku Kamu
Penyanyi : Janna Nick & Alvin Chong
Dengar di Spotify | iTunes


Lagu : Nafas Ini
Penyanyi : Deen Asimi
Dengar di Spotify | iTunes


Lagu : Pergi
Penyanyi : Ariz Lufias
Dengar di Spotify



Lagu : Harus Bagaimana
Penyanyi : Fahd Ezuan
Dengar di Spotify

Ramadan dan Hamdan (TV3)

Ramadan dan Hamdan

Nantikan drama istimewa sempena Ramadan berjudul 'Ramadan dan Hamdan' yang menampilkan lakonan Shuk dan Fikree Aznan. Turut dibintangi oleh Vanidah Imran, Ropie, Azlee Senario dan Ucop Cecupak. Drama arahan Nazir Jamaludin ini akan bersiaran bermula 28 Mei ini, setiap hari Isnin jam 6.30 petang di TV3.

JUDUL : RAMADAN DAN HAMDAN
EPISOD : 6 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Mei 2018 - 2 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris (TV3)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Shuk, Cef Fikree Aznan, Vanidah Imran, Ropie, Azlee Senario, Ucop Cecupak

SINOPSIS RAMADAN DAN HAMDAN 
Kisah dua sahabat iaitu Ramadan dan Hamdan yang sudah lama tidak balik beraya. Meraka ingin pulang beraya pada tahun ini tetapi tiba-tiba diberhentikan kerja di atas suatu insiden yang berlaku. Kebetulan ada perompak yang lari dikejar polis dan mencampakkan wang tunai sebanyak RM100 ribu.  Mereka berdua mula berangan dan tidak mahu memulangkan wang tersebut. Bermulalah perjalanan mereka balik beraya. Di sepanjang perjalanan pulang ke kampung, pelbagai peristiwa yang membawa iktibar mereka dapat daripada penjual lemang, penjual lepat dan penjual kuih raya yang mereka temui di setiap perhentian. Apakah yang terjadi seterusnya?

Ramadan dan Hamdan

Cik Shopaholic (ntv7)

Cik Shopaholic
Saksikan gandingan Ungku Ismail Aziz dan Puteri Aisyah dalam telefilem Cik Shopaholic yang akan ditayangkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

JUDUL : CIK SHOPAHOLIC
WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Mei 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif

SINOSIS CIK SHOPAHOLIC
Razi, seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah. Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. . Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.


Demi Hati Arjuna (TV3)

Demi Hati Arjuna

Saksikan telefilem istimewa ramadan berjudul 'Demi Hati Arjuna' yang dibintangi oleh Nad Zainal, Danish Hazriq, Emelda Rosemila dan Zul Huzaimy. Akan bersiaran pada hari Ahad jam 9 malam di TV3.

JUDUL : DEMI HATI ARJUNA
WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Mei 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot CerekaAhad TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Zul Huzaimy
PELAKON : Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Zul Huzaimy, Adiba Yunus

SINOPSIS DEMI HATI ARJUNA
Alia disahkan menghidap penyakit hati Cirrhosis. Alia teringat masa silamnya memang liar. Bagi merawat penyakitnya, dia disaran melakukan transplan. Namun. Alia yang sebatang kara sukar untuk dia mendapatkan penderma. Dia kemudian teringat akan Arjuna, anak yang dia lahirkan 12 tahun dahulu bersama Zafran. Zafran tidak mahu bertanggungjawab. Anak itu diserahkan kepada orang lain selepas dinamakan sebagai Arjuna. Timbul rasa kesal dan sayang terhadap anaknya, akhirnya Alia minta maaf pada Arjuna dan dia tidak akan dapat mengambil hati Arjuna untuk kepentingan dia.

A post shared by Danishhazriq (@danishhazriq) on

Hari Terakhir Seorang Pengurus (Astro Citra)

Hari Terakhir Seorang Pengurus

Saksikan gandingan Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi dan Nadiya Nisaa dalam telefilem komedi 'Hari Terakhir Seorang Pengurus' yang akan disiarkan di slot Citra Exclusive pada Sabtu ini jam 9 malam di saluran Astro Citra 131 dan Mustika 134.

JUDUL : HARI TERAKHIR SEORANG PENGURUS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Mei 2018, 9:00
SIARAN TV : Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)
PENULIS SKRIP : Fairul Nizam Ablah
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Anomalous Films & Suar Channel
PELAKON : Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis

SINOPSIS HARI TERAKHIR SEORANG PENGURUS
Kisah seorang pengurus yang tertekan dengan bebanan kerja mengambil keputusan untuk membunuh diri untuk memberi pengajaran kepada majikannya


Iman Ke Syurga (TV3)

Iman Ke Syurga

Saksikan telefilem 'Iman Ke Syurga' arahan Waan Hafiz. Menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Syeira Ayob dan Harith Haziq. Akan bersiaran pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : IMAN KE SYURGA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Mei 2018, 9:00
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Sham Hashim
PENGARAH : Waan Hafiz
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Harith Haziq, Zahiril Adzim, Syeira Ayob, Dato Rahim Razali, Rosnah Johari

SINOPSIS IMAN KE SYURGA
Alif dan Ina terpaksa menghadapi hari-hari terakhir di bulan Ramdan bersama anak mereka setelah doktor meramalkan anak mereka hanya mampu bertahan sebulan sahaja. Mereka akhirnya redha dan menerima hikmah disebalik pemergian Iman, Alif kembali rapat dengan ibu bapanya dan Ina juga disahkan mengandung.


Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3)

Halalkan Hati Yang Ku Curi

Nantikan drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Akan menemui penonton mulai 23 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : HALALKAN HATI YANG KU CURI
JUMLAH EPISOD : 27 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENULIS NOVEL : Mia Kiff
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin, Azhan Rani, Lia Asmizza

WATAK PELAKON 
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal 
Mimi Lana sebagai Salima
Normah Damanhuri sebagai Nenda Rosnah
Jasmin Hamid sebagai Dalina
Azri Iskandar sebagai Daud
Afique Hussain sebagai Ustaz Azali
Azhan Rani sebagai Abang Ali
Anne Abdullah sebagai Fazira

LAGU TEMA / OST 
Siti Sarah - Semakin
Video → LINK

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI
Kisah pasangan muda suami isteri, Faiq dan Delisha yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka.

Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula.

Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju.

GAMBAR PELAKON
Halalkan Hati Yang Kucuri

Pelakon Halalkan Hati Yang Kucuri
Pelakon drama Halalkan Hati Yang Kucuri

Drama Doa Ku Mohon (TV3)

Doa Ku Mohon

Nantikan drama bersiri 'Doa Ku Mohon' arahan Rusdi Ramli yang akan mengisi slot Iris di TV3. Antara pelakonnya ialah Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Niena Baharun dan ramai lagi. Akan menemui penonton pada bulan ramadan nanti.

JUDUL : DOA KU MOHON
JUMLAH EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis & Ctna Marzuki
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Jutaan Ringit Sdn Bhd
PELAKON : Muntazar Ghufran, Eina Azman, Sweet Qismina, Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Safwan Syafiq, Niena Baharun, Julia Farhana Marin, Neera Azizi, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Azrel Ismail, Annie Arifin, Sherry Ibrahim, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Syafi Danish Suhaimi, Armand Ezra, Qazem Nor

WATAK PELAKON 
Muntazar Ghufran sebagai Boy
Eina Azman sebagai Kasma
Sweet Qismina sebagai Batrisya
Syamim Razi sebagai Aidil
Hafidz Roshdi sebagai Aiman
Safwan Syafiq sebagai Ustaz Helmi

SINOPSIS DOA KU MOHON
Mengisahkan Boy, seorang budak gemuk yang pantang melihat makanan. Dia akan makan dengan lahapnya tanpa baca doa. Kasma sudah puas menasihati anaknya. Boy akhirnya menyesal apabila dia terkena keracunan makanan. Sejak itu, Boy akan baca doa makan setiap kali mahu makan. Kakak Boy mengamalkan doa penenang hati untuk menduduki peperiksaan. Hana selalu mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas. Omar yang enggan baca doa tergelincir ketika masuk ke tandas dan menyebabkan kakinya patah. Sejak itu, Omar berjanji akan mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas.

GAMBAR PELAKON 
Doa Ku Mohon

Maafkan Aku Tuhan (Solat TV3)

Maafkan Aku Tuhan

JUDUL : MAAFKAN AKU TUHAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Mei 2018, 11:00 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Quiara One Productions Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Nina Iskandar, Dato Jalaluddin Hassan, Zulkifli Mohd Saleh, Luqman Hakim, Iris Alessandra,

SINOPSIS MAAFKAN AKU TUHAN
Kisah Akhbar, disebabkan restorannya terkenal, dia mempunyai ramai pelanggan tetap yang kaya raya. Jadi, dia menjadi sombong, angkuh, layan acuh tak acuh dengan pelanggan kelas bawahan.

LAGU 
Tafakkr - Opick
Maha Melihat - Opick & Amanda

Telefilem Cucu Atuk (TV3)

Cucu Atuk tv3

Telefilem mengenai kasih sayang atuk terhadap cucunya lakonan Jalil Hamid dan Danish Hazriq.

JUDUL : CUCU ATUK 
WAKTU SIARAN : Ahad, 20 Mei 2018, 9 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Qaseh Farina & Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Danish Hazriq, Tasha Shila, Amar Asyraf, Mubarak Majid, Taib Zamannuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ariff Aziz, Khairil Anwar, Noony Nadirah

SINOPSIS CUCU ATUK
Pak Zubir menjaga cucunya, Aiman yang menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Bapa Aiman seorang usahawan berjaya dan telah mewasiatkan harta yang banyak kepada Aiman. Pak Ngah dan Mak Ngahnya berniat jahat untuk membolot harta tersebut. Niat mereka didorong apabila Juwita meminjam wang daripada Ah Long dan gagal melunaskan pinjaman.

Aiman dibawa secara terpaksa dari kampung ke rumah Zaim dan Juwita di bandar. Di sana Aiman dilayan secara kasar, tidak dihantar belajar ke sekolah, malah disuruh membuat kerja-kerja rumah. Lebih teruk apabila Aiman sering dipukul oleh Juwita.

LAGU 
Segalanya - Haqiem Rusli
Lafaz Qaseh - Baron Bros
Bukan Aku - Tasha Manshahar 
Di Hujung Air Mata - Afee Utopia 
Mungkin - Dia Band 
Selepas Berpisah - Fitri Hakim

pelaon cucu atuk
barisan pelakon

Bulan Bintang Dan Sayang (ntv7)

Bulan Bintang Dan Sayang

Saksikan telefilem 'Bulan Bintang Dan Sayang' yang dilakonkan oleh Ben Amir, Siti Saleha, Aidil Aziz dan Ruminah Sidek. Bersiaran pada Ahad ini pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : BULAN, BINTANG DAN SAYANG
WAKTU SIARAN : Ahad, 20 Mei 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Siti Saleha, Ruminah Sidek, Aidil Aziz, Faez Mustaffa

SINOPSIS BULAN BINTANG DAN SAYANG
Lima minit pertama, Amir yang sedang sedih diceriakan oleh Lily, gadis cantik yang baru dikenalinya secara kebetulan di jalan raya. Lima minit seterusnya, Lily kemalangan dan hanya Amir yang ada berdekatan. Niat asal hanya mahu menolong, tapi kehidupan Amir bermula serta merta selepas kejadian itu. Amir perlu membantu menyatukan kembali keluarga Lily.