Drama Pencuri Cinta Kelas Satu

Pencuri Cinta Kelas Satu

Nantikan drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang akan disiarkan untuk slot Raihana. Menampilkan gandingan Hafreez Adam dan Emma Maembong selaku teraju utama. Akan menemui penonton bermula 2 Julai 2018, pada setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD. 

JUDUL : PENCURI CINTA KELAS SATU  
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
SKRIP : Amin Shakib, Eja Lorena, Azmy Arif, Norimal
PENULIS NOVEL : Illa Shanahila
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafreez Adam, Emma Maembong, Mawar Rashid, Zarul Husin, Ariz Lufias, Scha Elinnea, Raf Yaakob, Nazeera Sardi, Dato Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora, Beego, Amanda Misbun, Firdaus Ghufran, Feiyna Tajudin, Iswan Ismail

WATAK PELAKON 
Hafreez Adam sebagai Firzal
Emma Maembong sebagai Aira (Aisya Humaira)
Mawar Rashid sebagai Hanisa
Zarul Husin sebagai Farhan
Nazeera Sardi sebagai Jiha
Raf Yaakob sebagai Jidin
Ariz Lufias sebagai Zulfa
Scha Elinnea sebagai Hardena
Iswan Ismail sebagai Farish

SINOPSIS PENCURI CINTA KELAS SATU
Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

Menantu Nista (TV3)

Menantu Nista

Saksikan telefilem arahan Shuhaimi Lua bertajuk 'Menantu Nista'. Dibintangi oleh Sheris Merlis, Normah Damanhuri, Emma Maebong, Mahmud Ali Basha, dan Syazuwan Hassan. Disiarkan pada Sabtu ini jam 9 malam di slot Cerekararama TV3.

JUDUL : MENANTU NISTA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 30 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Che Soo
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi

SINOPSIS MENANTU NISTA
Mengisahkan Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

Menantu Nista

Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati

Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati

Saksikan telefilem terbaru, Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati lakonan Sabri Yunus, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Saidi Sabri dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Citra Exclusive saluran Astro Citra dan Mustika HD pada 30 Jun (Sabtu) jam 9 malam.

JUDUL : POK YA CONG CODEI, SITI DI HATI 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 30 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astri Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Balang Rimbun Production Sdn Bhd
PELAKON : Sabri Yunus, Mawar Rashid, Issey Fazlisham, Wan Hanafi Su, Mazlan Sulaiman, Saidi Sabri, Asrulfaizal Kamaruzaman, Ku Hanafi, Mazlan Sulaiman

SINOPSIS POK YA CONG CODEI, SITI DI HATI 
Pok Ya masih tidak dapat melupakan Siti, isterinya yang telah lari. Untuk mengubati luka hatinya, Pok Ya bernikah dengan anak kawannya, tetapi isteri barunya tidak selembut Siti.

Telefilem Bini Aku Dari…

Bini Aku Dari…

JUDUL : BINI AKU DARI...
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 4:00 petang
SIARAN TV : Astro Warna 132 & HD 124
PENGARAH : Helmi Yusof
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas, Sharifah Shahora, Puteri Khareeza, Shahmir Afzan Idris

SINOPSIS BINI AKU DARI...
Dua tahun selepas cinta mereka di dalam Girlfriend Aku Dari Neraka, kini mereka sudah berumah tangga dan membuatkan Rudi mula sedar terdapat sisi lain tentang perangai isterinya. 

Lydia dan Rudy telah berkahwin. Lydia inginkan anak walaupun Rudy belum bersedia. Perangai Lydia makin menjadi-jadi apabila mengikut hukum-hakam dari kakiberamal.com

Drama Jangan Benci Cintaku (TV3)

Jangan Benci Cintaku

Nantikan drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Izzue Islam, Amelia Henderson dan ramai lagi. Akan bersiaran bermula 29 Jun 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Emy Roberto
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross, Nada Nursyuhada, Laila Nasir, Zul Edward, Meor Mohd, Emelie Hanif, Elya, Farah, Ayu Azlina, Siti Ruwiyani, Ainin Batriya

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Niena Baharun sebagai Husna
Luqman Hafidz sebagai Faris
Izzue Islam sebagai Syazwi
Amelia Henderson sebagai Damia
Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin
Laila Nasir sebagai Puan Julia
Zul Edward sebagai Uncle Jay
Meor Mohd sebagai Hazri
Emelie Hanif sebagai Nelly 

LAGU TEMA / OST 
Misha Omar - Sampai Bila
Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

GAMBAR PELAKON
Jangan Benci Cintaku

Pelakon Jangan Benci Cintaku
Pelakon drama Jangan Benci Cintaku

Striker Hati Ayah (Astro Ria)

Striker Hati Ayah

JUDUL : STIKER HATI AYAH
WAKTU SIARAN : Rabu, 20 Jun 2018, 10:00 pagi
SIARAN TV : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Bobby Husaini
TERBITAN : Playwright Pictures Sdn. Bhd.
PELAKON : Nabil Aqil, Adam Lee, Elfira Loy, Saiful Apek, Fify Azmi

SINOPSIS STIKER HATI AYAH
Sofia susah untuk memilih antara dua calon, Raf atau Noah, lalu meminta pendapat ayahnya, Adam. Kini dua lelaki tersebut terpaksa memenangi hati ayah Sofia, seorang peminat fanatik bola.

Batang Buruk Batu Lesung (Astro Ria)

Batang Buruk Batu Lesung

JUDUL : BATANG BURUK BATU LESUNG 
WAKTU SIARAN : Ahad, 17 Jun 2018, 10:00 pagi
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
CERITA ASAL : Dayang Kartinah
PENGARAH : Ungku Ismail Aziz
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : As'ad Motawh, Sweet Qismina, Ismail Izzani, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Ungku Ismail Aziz, Nisa Rissa, Hadi Tahir, Rosnah Johari, Bea Ramesha

SINOPSIS BATANG BURUK BATU LESUNG 
Kerana kuih batang buruk, seorang atuk dan dua cucunya telah mula mengenali tentang cinta dan penerimaan apabila mereka terpaksa beraya tanpa nenek kesayangan di sisi.

Senarai lagu :
Demi Kita - Ismail Izzani
Sabar - Ismail Izzani
Senyum - As'ad Motawh
Seloka Hri Raya - As'ad Motawh & Sweet Qismina

Drama Inai Yang Hilang (ntv7)

Inai Yang Hilang

JUDUL : INAI YANG HILANG
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8.30 malam
SIARAN TV : Slot Glam Drama (NTV7)
SKRIP : Eenaz Mokhar, CTNA Marzuki, Farah Bani, Zuli Ismail
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kaka Azraff, Aishah Azman, Ben Amir, Ikmal Amry, Syainie Aida, Dynas Mokhtar, Wilma Muhammad, Arash Mohd, Ridzuan Hashim, Edika Yusof, Nor Aliah Lee

WATAK PELAKON 
Kaka Azraff sebagai Ika
Aishah Azman sebagai Sara
Ikmal Amry sebagai Nadim
Ben Amir sebagai Razif
Syainie Aida sebagai Mimi
Wilma Muhammad sebagai Wan Zaleha
Arash Mohd sebagai Ahmad
Dynas Mokhtar sebagi Noraini
Edika Yusof sebagai Wan Jamil
Ridzuan Hashim sebagai Zainal
Nor Aliah Lee sebagai Mastura

LAGU TEMA / OST
Pilu - Taja MUH feat Adi & Kaka

SINOPSIS INAI YANG HILANG
Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Wan Jamil.

Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil telah hilang dari rumah pada keesokan harinya.

Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan pasangan pengantin itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil.

Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan.

Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit

Inai Yang Hilang

Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Pengantin 100 Hari

Nantikan drama siri terbaru berjudul 'Pengantin 100 Hari' yang menampilkan lakonan Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh Amor Rizan. Bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

JUDUL : PENGANTIN SERATUS HARI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat, Fanna Azizan, Fizi Amer, Ayu Azlina, Hafiyah Hafiz, Rose Idris, Radin Suhaimi

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Amar
Amelia Henderson sebagai Erina
Aishah Azman sebagai Sofia
Zila Bakarin sebagai Puan Yasmin
Edika Yusof sebagai Rusdi
Dato Rahim Razali sebagai Dato Fahmi
Jasmine Suraya sebagai Farah
Fazreen Rafi sebagai Iqbal
Ieka Zulkifli sebagai Wardah
Azhar Amir sebagai Haji Ismail
Shahriza Mahmud sebagai Hajjah Aishah

LAGU TEMA / OST 
Sulit - Aman Aziz

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

GAMBAR PELAKON
Pengantin 100 Hari

Telefilem Sha Vs Shah

Sha Vs Shah

JUDUL : SHA vs SHAH
WAKTU SIARAN : Isnin, 18 Jun, 10 pagi 
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd 
PELAKON : Kamal Adli, Syatilla Melvin, Rania Humaira, Nik Hadiff Dani, Nazeera Sardi, Aizat Hassan, Carolina Binur, Rahim Jailani, Kartina Aziz, Syaa Nasir

LAGU Hati-Hati - Amira Othman 

SINOPSIS SHA vs SHAH
Kisah romantik komedi antara Sha dan Shah yang telah berpisah tetapi disatukan semula oleh anak-anak dan ibu bapa mereka.

Drama Sejuta Rasa Buat Adelia

Sejuta Rasa Buat Adelia

Nantikan drama bersiri 'Sejuta Rasa Buat Adelia' adaptasi daripada novel 'Ulam Kasih Sambal Cinta' karya Norzailina Nordin. Menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha selaku teraju utama. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman. Akan disiarkan di slot Megadrama, Astro Ria mulai 25 Jun 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

JUDUL : SEJUTA RASA BUAT ADELIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENULIS NOVEL : Norzailina Nordin
PENULIS SKRIP : Rizuan Mat Nor
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Beats Sdn. Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Fikhree Bakar, Jasper Supayah, Shukri Tahir, Vicha Saywho, Shah Kimin, Esma Dainal, Sabrina Ali, Zalif Sidek, Ikmal Amry, Sheila Mambo, Kartina Aziz, Anam Azizani, Faris Fitri, Nikzam Firdaus, Amreen Shukri, Akmal Rahman, Ashraf Moghni, Serena Redzuawan, Datin Khatijah Ibrahim

WATAK PELAKON 
Daiyan Trisha sebagai Adelia Naurah
Aliff Aziz sebagai Syed Idlan
Adam Lee sebagai Hafidz
Elvina Mohamad sebagai Joanna
Fikhree Bakar sebagai Chef Razi
Jasper Supayah sebagai Kayla
Shukri Tahir sebagai Nedim
Vicha Saywho sebagai Stella
Shah Kimin sebagai Rozhan
Esma Dainal sebagai Dato Talhah
Sabrina Ali sebagai Madam Mona
Zalif Sidek sebagai En Zubir
Ikmal Amry sebagai Nik
Sheila Mambo sebagai Zaiton
Kartina Aziz sebagai Mak Tok

LAGU TEMA / OST 
Haqiem Rusli feat Aman Ra - Jatuh Bangun
Hael Hussaini feat Dayang Nurfaizah - Haram
Daiyan Trisya - Kau Tahu

SINOPSIS SEJUTA RASA BUAT ADELIA
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

GAMBAR PELAKON
Sejuta Rasa Buat Adelia

pelakon Sejuta Rasa Buat Adelia
Barisan pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia

Mama Tak Akan Sama (ntv7)

Mama Tak Akan Sama

Saksikan telefilem Mama Tak Akan Sama gandingan Idris Khan, Nadiyah Shahab dan Farah Nadiah pada Ahad ini pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : MAMA TAK AKAN SAMA
WAKTU SIARAN : Ahad, 24 Jun 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : Suhaila Kamsol & Asya Kamaruddin
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Qaisworks Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Nadiyah Shahab, Farah Nadiah, Ikmal Amry

SINOPSIS MAMA TAK AKAN SAMA
Anak tunggal yang rapat dengan ibunya itu tidak dapat menerima kenyataan dia sudah kehilangan ibu dalam sekelip mata. Bapanya, Fawas juga buntu dengan sikap Jihan. Walaupun kemalangan itu sudah dua tahun berlalu, namun Jihan masih murung.

Pelbagai cara dilakukan Fawas untuk menggembirakan Jihan dan membuatnya kembali seperti sediakala. Namun, semuanya tidak berhasil sehingga Fawas bertemu Nasha yang saling tak tumpah mirip arwah isterinya, Aleeya. Mereka berkenalan lalu saling jatuh cinta.

Suatu hari Fawas membawa Nasha berjumpa Jihan untuk memperkenalkan Jihan kepada bakal ibu barunya. Alangkah terkejutnya Jihan apabila melihat Nasha yang saling tak tumpah seperti wajah ibunya sehingga air matanya mencurah-curah. Nasha menjadi keliru dan cuba memujuk Jihan. Fawas memberitahu Nasha yang Jihan menghadapi masalah kemurungan selepas pemergian ibunya. Nasha langsung tidak tahu dia menyerupai wajah Alesya.

Pendosa Ingin Ke Syurga (TV3)

Pendosa Ingin Ke Syurga

JUDUL : PENDOSA INGIN KE SYURGA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 22 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Rosyam Nor, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Sherry Merlis

SINOPSIS PENDOSA INGIN KE SYURGA
Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn adalah bapa kandungnya. Mereka bercinta. Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar daripada mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.

Matilahnak (Astro Citra)

Matilahnak

Saksikan telefilem komedi seram 'Matilahnak' lakonan Shuib Sepahtu, Shukri Yahya, Mark Adam, Mat Dan dan Izzue Islam pada Sabtu ini pukul 9 malam di slot Citra Exclusive (Astro Citra dan Mustika HD). 

JUDUL : MATILAHNAK 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 23 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Azmir Affandi
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Shuib Sepahtu, Shukri Yahya, Mark Adam, Mat Dan, Izzue Islam, Ruhainies

SINOPSIS MATILAHNAK 
Apabila penduduk Kampung Matilahnak tidak lagi takut pada hantu, Boss, selaku ketua hantu perlu mencari jalan supaya orang kampung kembali takutkan mereka.

Wan Peah Balik Beraya (TV3)

Wan Peah Balik Beraya

JUDUL : WAN PEAH BALIK BERAYA
WAKTU SIARAN : Khamis, 21 Jun 2018, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Raya)
PENGARAH : Azman Hj Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick, Sheila Rusly

SINOPSIS WAN PEAH BALIK BERAYA
Niat jahat Mas Ayu dapat dihidu oleh Wan Peah, memaksanya untuk kembali ke Kampung Kuala Pari Hilir. Niat baiknya untuk menyelamatkan penduduk kampung dari gangguan Malika disalahertikan oleh Yeh, Li dan Ghani. Orang kampung beserta tiga sekawan itu meminta maaf kepada Wan Peah kerana menyalahanggap tentang kehadirannya itu. Segalanya kembali jernih apabila Wan Peah mematahkan cucuk sanggul pusakanya membuatkan Malika hilang. Mas Ayu pula mendapat kifarah kerana mempunyai niat jahat terhadap Malika.

Wan Peah Balik Beraya
Barisan pelakon telefilem Wan Peah Balik Beraya

Cruise Cinta Lebaran (ntv7)

Cruise Cinta Lebaran

JUDUL : CRUISE CINTA LEBARAN 
WAKTU SIARAN : Rabu, 20 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : ntv7
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Fadzil Teh
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Amy Mastura, Jasper Supayah, Ali Reza, Fendi Seman

SINOPSIS CRUISE CINTA LEBARAN 
Aida Maria putus cinta dan membawa dirinya bercuti menaiki sebuah kapal mewah ‘cruise’ pada bulan Ramadan. Di cruise, dia berkenalan dengan Maizal Hairi, mereka banyak meluangkan masa bersama. Maizal yang memujuk Aida untuk pulang beraya bersama keluarga. Setibanya Aida pulang ke rumahnya, hadirnya Maizal datang untuk beraya dan rupa-rupanya itu perancangan neneknya yang ingin Maizal berkenalan dengan Aida.

Mak Cun Pi Amerika Lagi

Mak Cun Pi Amerika Lagi

JUDUL : MAK CUN PI AMERIKA LAGI
WAKTU SIARAN : Rabu, 20 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Erma Fatima, Umie Aida, Betty Rahmad, Mira Filzah

SINOPSIS MAK CUN PI AMERIKA
Mak Cun dan Manisah berkeras ingin mengikut Maya ke LA. Satu hari Mak Cun dan Manisah keluar sendiri apabila Maya tinggalkan mereka di rumah. Manisah mengajak Mak Cun berjalan-jalan kononnya hendak berjumpa dengan artis Hollywood. Ketika sedang berjalan-jalan mereka berkenalan dengan Kelvin tanpa mnyedari Kelvin sebenarnya ialah penipu. Dia mencuri bag tangan Manisah dan Mak Cun sehingga tinggal sehelai sepinggang. Akhirnya mereka terjumpa dengan Joyah. Joyah membantu mereka untuk mnyelesaikan masalah mereka. Mak Cun mengamuk kerana Manisah cuba menggoda suami Joyah. Joyah naik angin apabila mengetahui tentang hal itu dan menghalau mereka keluar. Joyah mencari mereka semula kerana tidak sampai hati. Setelah passport Mak Cun dan Manisah siap, mereka pun berkemas untuk pulang ke Malaysia tanpa diduga Manisah berubah fikiran sebelum berlepas ke Malaysia.

Renyai Takbir Raya (Astro)

Renyai Takbir Raya

JUDUL : RENYAI TAKBIR RAYA 
WAKTU SIARAN : Selasa, 19 Jun 2018, 10:00 pagi
SIARAN TV : Astro Ria & Raya HD
IDEA ASAL : Wanisha
PENULIS SKRIP : Soula & Chinta Nadeesha
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Sharifah Sakinah, Anzalna Nasir, Azhar Amir

SINOPSIS RENYAI TAKBIR RAYA
Summayyah dan Rais telah ditimpa bencana di malam raya sehingga Summayyah disahkan tidak dapat mengandung lagi. Setelah 3 tahun berlalu, Summayyah diuji lagi pada malam raya

Sinopsis The Hantus (Astro)

The Hantus

Filem TV (FTV) bergenre komedi-seram merupakan arahan pertama Nabil Ahmad bergandingan bersama pengarah berpengalaman, saudara Helmi Yusof. ‘The Hantus’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 (RM15) mulai 15 Jun 2018 (Jumaat), bersempena dengan sambutan Aidilfitri. 

JUDUL : THE HANTUS
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2018 (Jumaat)
SIARAN TV : Astro First Eksklusif 480 
SKRIP : Nabil Ahmad
PENGARAH : Nabil Ahmad & Helmi Yusof
TERBITAN : KMN Production Sdn. Bhd
PELAKON : Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan

SINOPSIS THE HANTUS 
‘The Hantus’dihasilkan dalam lima bab yang berhubung kait di antara satu sama lain. 

1. Bab Pertama yang menceritakan kisah seorang individu yang dilahirkan pekak dan bisu, ‘Din Pekak’. Beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas ekspres telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands, melalui lebuh raya Karak. Kemalangan tersebut telah menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (lakonan Alif Satar). Fami, ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah dan mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan.

2. Bab Kedua pula menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’, yang diinspirasikan dari sebuah kisah misteri yang dikatakan sering menganggu pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya Karak. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi telah melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuh raya tersebut, namun tiada satu pun berhenti untuk membantu. Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (lakonan Faizal Hussein) merupakan jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti beliau tidak menyedari yang beliau kini berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia dan alam barzakh.

3. Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan beliau dengan ‘rakan-rakannya’, yang mana salah seorang darinya adalah ‘Kak Pon’ atau Pontianak (lakonan Khatijah Tan), yang diinspirasikan dari cerita ‘Hantu Kak Limah’. Bab Ketiga menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan barunya’ ini di sebuah taman yang digambarkan seakan-akan taman tema pertama di Malaysia, ‘Taman Mimaland’ yang dikatakan berhantu kerana pelbagai perkara misteri berlaku di situ sejak ianya ditutup pada tahun 1994.

4. Di situ, Fami berkenalan dengan ‘Dhiya’ (lakonan Hannah Delisha), Babak Keempat ‘The Hantus’. Dhiya merupakan seorang gadis cantik yang terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta. Secara kebetulan, Fami dan Dhiya kini perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab. Setelah mengenali Dhiya dengan lebih rapat lagi, Fami kini mendapat tahu bahawa Dhiya merupakan penyumbang organ hati untuk beliau. Hati Fami telah mengalami kerosakan sepenuhnya oleh kerana kemalangan nahas yang dialaminya.

5. Babak Kelima pula menyorot kembali kisah ‘Fami’ sendiri dan bagaimana beliau berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan jatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ beliau ke alam ghaib.

LAGU TEMA 
Kugiran Masdo - Pesta Muda Mudi

Bahulu Untuk Opah (TV3)

Bahulu Untuk Opah

JUDUL : BAHULU UNTUK OPAH
WAKTU SIARAN : Ahad, 17 Jun 2018, 5:00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal) 
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Ruminah Sidek, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan

SINOPSIS BAHULU UNTUK OPAH
Badrul, seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah. Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri. Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer. Dia susah mencari kerja kerana seorang bekas banduan. Badrul teringat masakan kegemaran Opahnya, dan terjumpa resepi Opah. Sejak itu, dia giat membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Ia mendapat sambutan yang baik namun sesuatu yang tidak dijangkakan bakal tiba.

Amira Rose (TV3)

Amira Rose

Jangan lupa, saksikan gandingan Aiman Hakim dan Farah Nabilah dalam drama siri mini 'Amira Rose' yang ditayangkan pada 17 Jun, Ahad ini jam 11.15 pagi di TV3.  

Episod Raya Amira Rose sepanjang 30 minit akan disiarkan buat kali pertama pada hari Ahad, 17 Jun 2018, jam 11.15 pagi di saluran TV3. Enam episod seterusnya masing-masing terdiri daripada siri mini berdurasi 10 minit akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam dari 25 Jun hingga 10 Julai 2018.

JUDUL : AMIRA ROSE
WAKTU SIARAN : Ahad, 17 Jun 2018, 11:15 pagi
SIARAN TV : TV3 
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof 
PELAKON : Aiman Hakim, Farah Nabilah, Sharifah Sakinah, Amyza adnan, Mark Adam, Daler Yusof, Ismail Izzani 

SINOPSIS AMIRA ROSE
Rahman dan Amira merupakan rakan sekerja yang bertugas sebagai vlogger dan penulis. Bagaimanapun, Rahman telah meletak jawatan untuk menyertai sebuah syarikat pesaing beberapa hari sebelum Hari Raya. Amira berasa kecewa dan dikhianati lantas membuat keputusan untuk mengikut rakan sekerja seniornya Mun balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya tanpa Rahman.

Setibanya di kampung halaman Mun, Amira bertemu dan tertarik dengan Amir, iaitu sepupu kacak Mun. Rahman yang berasa bimbang bahawa Amira berkemungkinan akan memutuskan hubungan mereka, bergegas ke kampung Mun untuk cuba menambat hati Amira semula.

Istana Firdaus (TV3)

Istana Firdaus

JUDUL : ISTANA FIRDAUS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama)
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Mel Corporation (M) Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Redza Rosli, Nik Adam Mikael, Datin Fadilah Mansor

SINOPSIS ISTANA FIRDAUS
Kisah Liza dan Kamal yang mempunyai dua orang anak. Disebabkan kekangan kehidupan dan kesibukan bekerja, anak bongsunya, Darwish yang baru berusia dua bulan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.

Malangnya, hari pertama anaknya itu dihantar ke sana, Darwish meninggal dunia kerana tersedak susu. Kematian si anak menyebabkan Liza mula meroyan dan tidak dapat menerima hakikat kematian anak bongsunya sehingga mengabaikan anak sulungnya, Danial yang baru berusia lapan tahun.

Lamaran Perfect (Astro)

Lamaran Perfect


JUDUL : LAMARAN PERFECT 
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 10:00 pagi
SIARAN TV : Astro Ria & Raya HD
PENGARAH : Faliq Sharif
TERBITAN : Lumatic Films
PELAKON : Iedil Putra, Yana Samsudin, Azman Hassan, Afifah Nasir, Fathi Shafie, Nasz Sally

SINOPSIS LAMARAN PERFECT 
Faizal bersetuju menyertai rancangan realiti untuk melamar teman wanitanya setelah dipaksa oleh bos. Tanpa diduga ketika menyediakan kejutan untuk program tersebut timbul pula perasaan cinta antara mereka.

Wish List Raya (ntv7)

Wish List Raya

JUDUL : WISH LIST RAYA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 6:00 petang
SIARAN TV : TV9 (Istimewa Syawal)
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Dear Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Mimi Lana, Donna Muslim, Esma Danial, Raja Azura, Daniel Fong, Emily Lim

SINOPSIS WISH LIST RAYA
Setiap kali raya, Aiman akan cuba menyempurnakan semua permintaan ibu bapanya. Aiman bercadang untuk menghantar ibu bapanya menunaikan Umrah pada Syawal nanti. Belum apa-apa jadi, ibubapanya menghebohkan kepada satu kampung! Kebetulan, Aiman pula mempunyai konflik mencari agensi ke Tanah Suci. Dia takut ibu bapanya akan malu, namun ibu bapa Aiman redha.

Din Sardin Beraya (TV3)

Din Sardin Beraya

JUDUL : DIN SARDIN BERAYA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 9:30 pagi
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Aprena Manrose, Kazar Saisi, Dalimawati, Raja Afiq, Azira Shafinaz, Bell Ngasri, Qazem Nor

SINOPSIS DIN SARDIN BERAYA
Che Ta (Mira Filzah) pula sudah tiada dan berpindah ke Johor. Hubungan mereka dah 6 bulan berakhir . Flash back din akan ceritakan punca perpisahan mereka dengan pelbagai sebab seperti perbezaan pangkat antara Din dan Che Ta. Kemudian Che Ta terlalu tegas kepada Din. Din yang jauh lebih muda daripada Che Ta, menjadikan Din tidak matang. Begitu juga sifat Din yg kuat cemburu menyebabkan Che Ta kesal. Mereka terus bergaduh, hilang keserasian dan akhirnya Din yg memutuskan perhubungan dengan Che Ta. Sejak itu Din bermurung. Kebetulan pula Che ta sudah dinaikkan pangkat ke JPJ Johor. Suatu malam, Din sedang membantu unit penguatkuasaan meronda. Ketika itu muncul Aisyah yang melarikan diri daripada rumah, seuah kereta melanggar Aisyah dan kereta itu memecut pergi. Din menyelamatkan Aisyah dan membawa Aisyah ke hospital. Sejak itu, mereka berkenalan akrab sehinggalah Aisyah dibenarkan kelaur hospital. Tetapi Aisyah tidak ada hala tuju. Din menumpangkan Aisyah ke rumah rakannya Cik Siti.


Telefilem Mentari (TV3)

mentari tv3

Nantikan telefilem arahan Rashid Sibir bertajuk 'Mentari' yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle dan Adi Putra. Akan disiarkan pada malam raya jam 10 malam di TV3. 

JUDUL : MENTARI 
WAKTU SIARAN : Khamis, 14 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra

SINOPSIS MENTARI
Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid.

Jihan Nak Disiplin Anak (Astro)

Jihan Nak Disiplin Anak

Saksikan telefilem Jihan Nak Disiplin Anak gandingan Jihan Muse, Ungku Hariz dan Rania Humaira pada Sabtu ini jam 9 malam di slot Citra Exclusive.

JUDUL : JIHAN NAK DISIPLIN ANAK
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Johan Bahar
TERBITAN : KL Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan

SINOPSIS JIHAN NAK DISIPLIN ANAK
Jihan dan suami kalut apabila anak mereka tidak mahu pulang beraya di kampung. Mereka cuba untuk mendisiplinkan anak mereka sebelum hari raya

Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Nantikan drama adaptasi novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria. Menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Diarahkan oleh Michael Ang. Akan ditayangkan pada 15 hingga 19 Jun jam 7 malam menerusi saluran Astro Ria dan Raya HD.

JUDUL : TI AMO SWEETHERT 100 HARI
JUMLAH EPISOD : 5 episod
TARIKH TAYANGAN : 15-19 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Selasa, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123 & Raya HD
PENULIS SKRIP : Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania
Raja Afiq sebagai Hilman
Fahad Iman sebagai Faliq
Syerinie Myra sebagai Fatin
Elvina Mohamad sebagai Afrina Izzati
Adam Shadan sebagai Affendi

SINOPSIS TI AMO SWEETHERT 100 HARI
Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar.  Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

GAMBAR PELAKON
Pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Barisan pelakon drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Senarai Raya Papa (TV3)

Senarai Raya Papa

JUDUL : SENARAI RAYA PAPA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 9:30 pagi
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Akhmal Khalil
PENGARAH :  Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Bella Dowana, Alyssa Dezek, Mark Adam

SINOPSIS SENARAI RAYA PAPA
Raya bakal menjelang, Fairuz terpaksa bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan raya. Di dalam keluarga Fairuz, ahli keluarganya sering memberi senarai barang untuk hari raya. Tahun ini, senarainya itu lebih panjang dan mahal. Demi tidak mengecewakan keluarganya Fairuz bekerja lebih keras dan menyuruh pekerjanya kerja ‘overtime’ untuk mencapai target syarikat. Sehingga Fairuz mengalami stress.

Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Andainya Takdir 2

Nantikan kemunculan drama Andainya Takdir bagi musim kedua. Masih mengekalkan tunjang utamanya iaitu Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Turut menampilkan pelakon seperti Mas Khan, Syazuwan Hassan, Farahdhiya dan ramai lagi. Drama terbitan A. Aida Production ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan bersiaran mulai 13 Jun 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR II
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
IDEA ASAL : Dato A.Aida
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. AIda Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Ezzaty Abdullah, Jumal Yunus 

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Syazuwan Hassan sebagai Hafiz
Mas Khan sebagai Nizam
Neera Azizi sebagai Sofea
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Rosnah Mat Haris sebagai Limah
Dian P Ramlee sebagai Salmah
Annie Ariffin sebagai Norlin
Farahdhiya sebagai Rogayah
Adiba Yunus sebagai Liza
Erry Putra sebagai Mushin
Putra Amaris sebagais Rozali 
Anne Abdullah sebagai Siah
Jasmine Ashraff sebagai Kak Long

LAGU TEMA / OST 
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Yang Terindah - Escape Plan

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

GAMBAR PELAKON
Andainya Takdir 2

Pelakon Andainya Takdir 2

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya

Telefilem Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya gandingan pelakon Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail dan Ika Nabella akan disiarkan pada 3 Syawal pukul 9:30 pagi di TV3. 

JUDUL : PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN RAYA
WAKTU SIARAN : Ahad, 17 Jun 2018, 9:30 pagi
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Country & Universal
PELAKON : Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail, Sheila Hassan, Zulkifli Ismail, Ika Nabella

SINOPSIS PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN RAYA
Hani, Mizan dan anak mereka, Ghazali terjebak dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan Hani hilang ingatan. Dia cuma mengingati ibu bapanya serta bekas kekasihnya, Nizam. Mizan cuba untuk mengingatkan Hani tentang memori mereka bersama tetapi Hani nekad hendak berkahwin dengan Nizam. Dia meminta Mizan menceraikannya dan melarikan diri. Akhirnya, ingatan Hani kembali dan dia menyesal kerana meninggalkan anak dan suaminya. Namun, Mizan dan Ghazali maut dalam kemalangan jalanraya ketika bergegas pulang ke kampung untuk bertemu dengannya.

Telefilem Baju Raya Eksklusif (TV3)

Baju Raya Eksklusif

Telefilem genre komedi berjudul Baju Raya Eksklusif menampilkan lakonan Scha al Yahya, Lia Natalia, Didie Alias, Issey Fazlisyam dan Fazlina Ahmad Daud. Telefilem arahan Shuhaimi Lua ini akan menemui penonton di TV3 pada 17 Jun ini, jam 5 petang.

JUDUL : BAJU RAYA EKSKLUSIF
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 5.00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Zeck Vion (Zaharuddin Md Desa )
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Lia Natalia, Didie Alias, Issey Fazlisyam, Fazlina Ahmad Daud, Sara Amelia, Amir Raja Lawak

SINOPSIS BAJU RAYA EKSKLUSIF
Shunurin dan Hazwani merupakan sepupu. Tahun ini, mereka merancang untuk menjual baju raya yang eksklusif atas talian. Di pekan, dia berkenalan dengan Ramlah yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen di butik yang popular. Mendengar pelan perniagaan Ramlah, Shunurin dan Hazwani tertarik lalu menghabiskan wang simpanan untuk dijadikan modal. Permulaan perniagaan mereka memang laris dan banyak menerima tempahan. Namun, di penghujung Ramadan, Ramlah menghilangkan diri bersama-sama duit mereka.

Di Penghujung Sujud (TV3)

Di Penghujung Sujud

Nantikan telefilem khas hari raya Bertajuk Di Penghujung Sujud menampilkan gandingan Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan. Disiarkan pada Hari Raya Pertama jam 2 petang di TV3.

JUDUL : DI PENGHUJUNG SUJUD
WAKTU SIARAN : Jumaat, 15 Jun 2018, 2.00 petang
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin

SINOPSIS DI PENGHUJUNG SUJUD
Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?

Telefilem Vlog Laura (ntv7)

Vlog Laura

Saksikan telefilem Vlog Laura lakonan Alyssa Dezek, Naim Daniel, Zamarul Hisham, dan Anzalna Nasir pada Ahad ini jam 8:30 malam di ntv7

JUDUL : VLOG LAURA
WAKTU SIARAN : Ahad, 10 Jun 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna ntv7
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Reza Baharudin
TERBITAN : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON : Alyssa Dezek, Naim Daniel, Zamarul Hisham, Anzalna Nasir, Mia Nasir

SINOPSIS VLOG LAURA
Laura anak tunggal pasangan Kamal dan Ainon. Ainon merupakan isteri kedua Kamal. Pada raya tahun ini, giliran Kamal beraya dengan Munirah. Ramadan itu, Laura berpakat dengan Fahmi iaitu anak sulung Munirah untuk merealisasikan impian Laura beraya bersama-sama. Laura akan mencatat aktiviti Ramadannya dan angan-angan untuk beraya bersama.


Ketupat Untuk Ariana (TV3)

Ketupat Untuk Ariana

Saksikan gelagat empat kanak-kanak lakonan Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha dan Qistina Raisah dalam telefilem Ketupat Untuk Ariana pada hari Ahad ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KETUPAT UNTUK ARIANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 10 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad (TV3)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri / Khairul Kiasan
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : Primework Studios Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Aliff Yasraf

SINOPSIS  KETUPAT UNTUK ARIANA
Mengisahkan tiga kanak-kanak Anip, Bidin dan Caon, mereka merupakan sepupu dan sering balik ke kampung. Segalanya dilakukan bersama-sama sehinggalah Ariana muncul. Ariana, budak bandar yang menjadi kegilaan budak-budak kampung termasuklah Anip, Bidin dan Caon. Seminggu sebelum raya, mereka mula bertelagah dan bermasam muka sesama sendiri untuk cuba mengambil hati Ariana. Akhirnya, pak cik mereka Husin, terpaksa merancang sesuatu untuk merapatkan mereka kembali.

Telefilem Taubatku (TV3)

Taubatku tv3

JUDUL : TAUBATKU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadha, Syazuwan Hassan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli

SINOPSIS TAUBATKU
Ismail dan Maisarah merupakan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki seorang anak. Mereka berniaga sate dan hidup bahagia. Akhirnya, Maisarah disahkan mengandung dan melahirkan Yusuf. Kehidupan bahagia mereka hanya sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup. Tidak lama selepas itu, Maisarah pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dunia Ismail terus berubah, dia penat bekerja dan menjaga Yusuf sehinggakan kebajikan Yusuf mula terabai.

Telefilem Ayah (TV3) Fahrin Ahmad & Rita Rudaini

ayah tv3

Saksikan gandingan Rita Rudaini dan Fahrin Ahmad dalam telefilem Ayah yang akan bersiaran di slot Cerekarama pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : AYAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Dato Rahim Razali, Azar Azmi, Adik Duerra Mitilda, Faiz Fathullah, Mak Jah, Ali Reza, Syed Shafiq

SINOPSIS AYAH
Bebanan seorang ayah yang menanggung tanggungjawab untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit dan perlu mencari mata pencarian yang lebih demi menanggung kos perubatan. Sehinggalah si ayah cuba untuk merompak rumah, tetapi dihidu oleh penduduk kampung. Si ayah lari masuk ke hutan demi menyelamatkan diri lalu terdengar tangisan bayi. Si ayah terjumpa bayi di dalam satu kotak kosong lalu membawanya pulang dan menjaganya. Ia menimbulkan suatu kebahagiaan buat si ayah selepas kematian isterinya beberapa minggu kemudian. Anak angkatnya itulah yang menjaga ayah hingga nafasnya terakhir, sewaktu darah dagingnya sendiri tidak menghiraukannya.

A post shared by qal707 (@amiemaziah_makmie) on

Dekatkan Kami Dengan Mu (Solat TV3)

Dekatkan Kami Dengan Mu

Telefilem istimewa ramadan yang memaparkan kisah teladan mengenai kewajipan bersolat.

JUDUL : DEKATKAN KAMI DENGAN MU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 11:00 malam
SIARAN : TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Qiuara One Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad, Izzue Islam, Sura Sojangi, Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS DEKATKAN KAMI DENGAN MU
Doa seorang isteri supaya suami kembali taat kepada agama - Fauzi dan Zila senang hidup berfoya-foya. Zila mula insaf selepas kematian ibunya. Zila mengajak Fauzi mengerjakan solat namun Fauzi enggan. Fauzi riak dengan kemewahan dimilikinya. 


Tergantung Rindu (Astro Citra)

Tergantung Rindu

Jangan lupa menyaksikan telefilem Tergantung Rindu gandingan penyanyi remaja Haqiem Rusli, Tajul Ariff, dan Wany Hasrita. Akan bersiaran pada Sabtu, 9 Jun jam 9 malam di Astro Citra dan Mustika HD. 

JUDUL : TERGANTUNG RINDU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENULIS SKRIP : Raizal Affendy & Azreen Said
PENGARAH : Zainor Hisyam Samudin
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Haqiem Rusli, Tajul Ariff, Wany Hasrita, Hasnul Rahmat, Zarul Husin, Haida, Fikry Ceria Popstar, Aniq Ceria Popstar, Joe Aziz

SINOPSIS TERGANTUNG RINDU
Kisah dua beradik yang terpisah disebabkan hutang bapa saudara mereka berusaha untuk bertemu semula Mereka mengumpul duit dengan menjadi pemuzik jalanan.