Telefilem Kilas (Astro Citra)

kilas

Slot Citra Exclusive kembali dengan telefilem bertajuk 'Kilas' yang menampilkan lakonan Aiman Hakim, Budi Citawan dan Rania Humairah. Akan disiarkan pada 1 September ini jam 9 malam di Astro Citra dan Mustika HD.

JUDUL : KILAS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENULIS SKRIP : Nik Naemah Nik Mahir
PENGARAH : Thiyagaraja M.
TERBITAN : KL Motion Pictures
PELAKON : Aiman Hakim, Budi Citawan, Rania Humairah, Mustaqim Mohamed, Haeriyanto Hassan

SINOPSIS KILAS 
Amran mengambil hantu raya bagi menggantikan dirinya yang akan ke luar negara sebagai alibi bagi menutup kegiatan jenayahnya. Masalah timbul apabila hantu rayanya mula jatuh cinta pada isteri Amran.

Telefilem Diari Abah (TV3)

Diari Abah

Saksikan telefilem istimewa sempena Hari Kebangsaan berjudul Diari Abah. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd dan Amyza Aznan pada Khamis, 30 Ogos jam 10 malam di TV3.

JUDUL : DIARI ABAH 
WAKTU SIARAN : Khamis, 30 Ogos 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Merdeka)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Bade Hj. Azmi
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan, Nad Zainal, Arash Mohd, Amyza Aznan, Watie Sadali, Ariff Aziz, Silfeny Osman

SINOPSIS DIARI ABAH
Kisah Rahmat, dipulaukan oleh tiga anaknya setelah dia bernikah lagi dengan Ashikin, janda anak satu. Khalijah redha kerana dia juga sakit dan mahu anak-anaknya juga redha.

Drama Cintaku Di Bumi Izmir

Cintaku Di Bumi Izmir

Dama bersiri terbaru terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd berjudul Cintaku Di Bumi Izmir yang dibintangi oleh Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali dan Syafie Naswip. Drama bersiri 30 episod ini diarahkan oleh  Idora Abdul Rahman. Drama cinta romantis ini disiarkan bermula 27 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 9 malam di Unifi T saluran HyppSensasi 116. Boleh juga menontonnya menerusi aplikasi playtv@unifi.

JUDUL : CINTAKU DI BUMI IZMIR
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin & Selasa, 9.00 malam
SIARAN TV : Unifi TV (Hyppsensasi 116)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Raja Azidah
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman, Helvera Susanti 

WATAK PELAKON 
Hefny Sahad sebagai Aidid Fahmy
Raysha Rizrose sebagai Sharifah Suzan Sevgi
Nabila Razali sebagai Fara
Syafie Naswip sebagai Zafuan
Noniswara sebagai Haryati
Ieka Zulkifli sebagai Sherry
Wanna Ali sebagai Juliana
Syafnida Shuhaimi sebagi Sharifah Kamariah
Zera Hariz sebagai Marissa

LAGU TEMA / OST 
Nova - Mimpi Yang Berulang

SINOPSIS CINTAKU DI BUMI IZMIR
Usahawan muda, Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati selepas kematian ibu bapa. 

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.

Telefilem Renjana (ntv7)

Renjana ntv7

Saksikan telefilem Renjana yang membawaka kisah seorang wanita yang obses dengan kecantikan tubuh badannya. Dibintangi oleh Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen dan Nik Adam Mika. Telefilem arahan Shuhaimi Lua akan disiarkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

JUDUL : RENJANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 26 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdulllah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Adeline Tsen, Nik Adam Mika, Faizul, Farra Shaharudin, Lyna Taufek, Norazlina Ismail

SINOPSIS RENJANA
Nora, seorang wanita muda yang bahagia di sampung suaminya Iqbal. Perkahwinan mereka lebih sempurna dengan kurniaan seorang cahaya mata yang pintar, Adib. Iqbal telah dinaikkan pangkat di syarikatnya. Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu yang jauh dari keluarga mereka berdua. Iqbal percaya Nora mampu menjaga rumahtangganya dengan baik. Bermulalah rutin harian Nora sebagai seorang suri rumah dan dia merasakan kehidupannnya telah lengkap dan bahagia.

Teman rapatnya Izyan melihat kehidupan Nora amat bosan. Konflik bermula apabila Izyan menegur Nora semakin berisi. Teguran itu telah menggangu fikiran Nora yang selalu berfikiran secara negatif atau bukan-bukan.

Sikap Nora telah mencuri tumpuan Iqbal. Iqbal tidak mengambil kisah dan terima Nora seadanya tetapi Nora mahu dirinya kelihatan cantik dan ramping hanya untuk suaminya. Atas ajakan Izyan, Iqbal membenarkan Nora pergi ke gimnasium.

Nora dan Izyan sering meluangkan masa bersama di gimnasium. Mikaad seorang jurulatih yang berbadap tegap dan kacak telah menarik minat Izyan. Nora tidak senang dengan sikap Izyan yang hanya fokus kepada Mikaad. Pada mulanya, Nora tidak mengendahkan Mikaad, namun dia dikejutkan dengan tindakan beranai Mikaad yang sering menari peluang untuk mendekatinya.

Lama-kelamaan hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat hingga Mikaad berani munculkan diri di rumah Nora. Malah Mikaad berkenalan dengan Iqbal dan memberitahu yang dia tinggal di kawangan yang berdekatan.

Pujuk rayu Mikaad berjaya melenturkan hati Nora. Ternyata Mikaad lebih romantis daripada Iqbal. Nora mula hanyut dalam lamunan. Adib selalu mengadu kepada ayahnya tetapi Iqbal yakin dengan Nora. Akibat terlalu leka dengan cinta. Nora telah mengabaikan Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini. Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia berdenpan dengan Iqbal nanti. 

Kenyalang I'm In Love (TV3)

Kenyalang Im In Love

Nantikan drama bersiri Kenyalang I'm In Love yang akan disiarkan menerusi slot DahliaTV3. Sebuah drama terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd arahan Feroz Kader. Menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa dan ramai lagi. Drama Kenyalang I'm In Love akan disiarkan bermula 26 Ogos ini, setiap hari Sabtu dan Ahad pukl 6.58 petang di TV3.

JUDUL : KENYALANG, I'M IN LOVE!
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS SKRIP : Salwana Sawi
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa, Anding Indrawani, Ady Hamiz, May May, Zack Kool, Zila Bakarin, Manan Sulaiman, Aida Khalida, Shima Anuar, Aida Othman, Ali Mohamad 

WATAK PELAKON 
Hafeez Mikail sebagai AJ (Jeffri)
Ain Edruce sebagai Wanda
Syaffiq Sahli sebagai Khairul
Intan Najuwa sebagai Sutra
Anding Indrawani sebagai Daniel
Ady Hamiz sebagai Ben
May May sebagai Jun
Zack Kool sebagai Kamal
Zila Bakarin sebagai Nadia
Manan Sulaiman sebagai Johar
Aida Khalida sebagai Marissa
Shima Anuar sebagai Mona
Aida Othman sebagai Ros
Ali Mohamad sebagai Bran

LAGU TEMA 
Tajuk : Kenyalang I'm In Love
Penyanyi : Aepul Drama Band & Mimie Haris

SINOPSIS KENYALANG IM IN LOVE
Mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

GAMBAR PELAKON
Kenyalang I'm In Love

Pelakon Kenyalang Im In Love
Pelakon drama Kenyalang Im In Love

Haji Gugel (TV3)

Haji Gugel

Saksikan telefilem istimewa Aidiladha, Haji Gugel yang akan ditayangkan pada Rabu, 22 Ogos pukul 10 malam di TV3. 

JUDUL : HAJI GUGEL
WAKTU SIARAN : Rabu, 22 Ogos 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewawa Aidiladha)
PENGARAH : Bade Hja Azmi
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Kazar Saisi, Liyana Jasmay, Aida Aris, Reza Hasbi, Ridzuan Hashim, Putra Amaris

SINOPSIS HAJI GUGEL
Kisah Arman yang tak pernah langsung ke Mekah, apatah lagi mengerjakan haji, sentiasa menjual temberang dengan lagaknya kepada orang-orang kampung tentang haji, dengan berdasarkan internet "Google" sahaja. Tiap kali musim haji, Arman paling galak mendominasi warung Tok Ki bercerita mengenai perkara itu. 

Drama Alamatnya Cinta (Astro Ria)

Alamatnya Cinta

Nantikan drama Full House versi Malaysia adaptasi daripada drama popular Korea yang akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. Drama berjudul Alamatnya Cinta ini diarahkan oleh Bernard Chauly. Akan ditayangkan mulai 20 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : ALAMATNYA CINTA (MY FULL HOUSE)
TARIKH : Mulai 20 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS SKRIP : Adzim Shahabudin & Ayuni Zamani
PENGARAH : Bernard Chauly
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Yusry Abdul Halim, Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Louisa Alissa Chong, Shah Rezza, Dian P Ramlee, Jad Hidhir

WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Faliq Assad
Hannah Delisha sebagai Ellie Farhana
Yusry Abdul Halim sebagai Damon Degawan
Alicia Amin sebagai Jasmine Aziz
Jad Hidhir sebagai Jay
Cik Manggis sebagai Emma Harith
Fahad Iman sebagai Omar Qalish
Jasmine Suraya sebagai Natalia
Dian P Ramlee sebagai Melati
Louisa Chong sebagai Melur
Dato Seri Shah Rezza sebagai Tuan Herman
Azhar Sulaiman sebagai Hamzah 

LAGU TEMA / OST 
Hana - Aziz Harun & Hannah Delisha

SINOPSIS ALAMATNYA CINTA
Kisah Ellie Farhana seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad. Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali.

Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie.  Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara reporter Natalia. Emma, manager Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya.

Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan itu, makin huru hara hidup Ellie. Namun Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat Faliq menyiasat perihal ayahnya dan dia mendapatkan semula hak milik rumahnya apabila tiba waktunya. Faliq turut mengenakan syarat yang dia perlu mengemas rumah dan memasak untuknya.

Selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu apabila terpedaya dengan rancangan Omar. Sejak itu mereka semakin rapat. Dalam sama yang sama, Jay pengarah filem cuba mendekati Ellie. Jasmine pula cuba mendapatkan semula Faliq.

GAMBAR PELAKON
My Full House

Alamatnya Cinta
Pelakon drama Alamatnya Cinta

Mimpi Sumi (ntv7)

Mimpi Sumi

Jangan lupa saksikan telefilem Mimpi Sumi yang dibintangi oleh Sazzy Falak, Redza Rosli dan Alyssa Dezek. Kisah mengenai pedofilia yang ditulis oleh Abdul Nasir Abdul Khalil dan diarahkan oleh Raja Mukhriz. Akan ditayangkan di ntv7 pada Ahad, 19 Ogos jam 8:30 malam. 

JUDUL : MIMPI SUMI 
WAKTU SIARAN : Ahad, 19 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna ntv7
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir Abdul Khalil
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
TERBITAN :  Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Sazzy Falak, Redza Rosli, Aryannya Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zaleha Khairene Ismail, Jasmine Marie Kehrhahn, Zizan Nin

SINOPSIS MIMPI SUMI
Keluarga baru Daniella cukup bahagia apabila anaknya Eyda and suami barunya Asyar serasi bersama. Bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.

Telefilem Retak (TV3)

Retak tv3

Saksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha dibintangi oleh Ayda Jebat dan Azrel Ismail. Telefilem Retak diarahkan oleh Azman Haji Yahya. Akan ditayangkan pada Sabtu, 18 Ogos jam 9 malam di TV3. 

JUDUL : RETAK
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Ogos 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama)
PENULIS SKRIP : Jan Jira, Amka Ahmad, Rozie Rashid
PENGARAH : Azman Hj Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud

SINOPSIS RETAK 
Iskandar dan Saida adalah pasangan yang bahagai. Bagaimanapun rumah tangga mereka diuji selepas Saida beberapa kali mengalami keguguran. Atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan untuk mengandung lagi menyebabkan Saida rasa rendah diri. Orang sekelling menambah lar apabila mejadi bau api supaya Iskandar meninggalkan Saida.

Tajuk Lagu : Bukan Yang Terbaik
Penyanyi : Adrzin
Lirik & Lagu : Zyn & Wafi

KL Gangster Underworld (iflix)

KL Gangster Underworld

Iflix dengan kerjasama Skop Production hadir dengan drama aksi bertajuk KL Gangster Underworld (KLGU) yang membariskan pelakon-pelakon ternama tanah air antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan Amerul Affendi. Drama siri 6 episod ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan skrip oleh Nazri Vovinski Annuar. KL Gangster Underworld akan disiarkan secara percuma di kesemua platform digital iFlix bermula 16 Ogos 2018.

JUDUL : KL GANGSTER UNDERWORLD
JUMLAH EPISOD : 6 episod
TARIKH : 16 Ogos 2018
PENULIS SKRIP : Nazri Vovinski Annuar 
PENGARAH : Faisal Ishak
TERBITAN : Skop Productions
PELAKON : Beto Kushairy, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A.Galak, Daniella Sya, Fikhree Bakar

WATAK PELAKON 
Beto Kushairy sebagai Shah
Ezzaty Abdullah sebagai Elina
Hasnul Rahmat sebagai Zan
Nabila Huda sebagai Shameen
Azhan Rani sebagai Tauke
Zahiril Adzim sebagai Adi
Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong
Daniella Sya sebagai Sherrina

SINOPSIS KL GANGSTER UNDERWORLD
KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster 1 (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

KL Gangster Underworld 2018


Drama Ketika Masa Terhenti (TV1)

Ketika Masa Terhenti

RTM akan menyiarkan drama bersiri bertajuk ‘Ketika Masa Terhenti’ yang menampilkan Arja Lee, Jue Aziz dan Julia Ziegler sebagai teraju utama. Drama arahan Khalid Nadzri ini akan mula bersiaran pada 12 Ogos ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 malam mengisi slot Widuri di TV1.

JUDUL : KETIKA MASA TERHENTI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions
PELAKON : Arja Lee, Jue Aziz, Julia Ziegler, Qazem Nor, Abby Nadzri, Farzana Latiff, Nik Adam Mika, Laila Nasir

SINOPSIS KETIKA MASA TERHENTI
Mengisahkan Hairie (Arja Lee) seorang usahawan berjaya yang menjalani kehidupan dengan dua orang isterinya yang tersayang. Isteri pertama Hairie, Hawa (Jue Aziz) adalah ketua chef di sebuah kafe eksklusif di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zahra dan Irfan. Manakala isteri kedua Hairie, Haizie (Julia Ziegler) merupakan seorang pramugari.

Hawa menerima baik Haizie sebagai madunya namun, perasaan cemburu Haizie sering timbul dan mengganggu emosinya. Dia berusaha untuk menjadi lebih tenang agar kehidupannya suami isteri dapat berjalan dengan aman dan bahagia.

Permulaan cerita menonjolkan Haizie cemburu dengan madunya Hawa. Pelbagai cara digunakan oleh Haizie untuk menyakiti Hawa sedangkan madunya itu melayan dia dengan baik sekali. Haizie melayan Hawa dengan teruk sekali dan memfitnah madunya tersebut membuatkan Hairie marah kepada Hawa.

Satu hari, Hairie kemalangan jalan raya kerana fikirannya berkecamuk dengan bermacam-macam masalah yang ditimbulkan oleh Haizie. Semasa di hospital, doktor memberitahu Hawa bahawa keadaan suaminya agak kritikal dan perlu ditempatkan di bilik Kawalan Rapi (ICU). Hawa cukup bimbang dengan keadaan suaminya. Namun sebaliknya Haizie pula tidak ambil kisah dan pulang ke rumah. Tindakannya menimbulkan kemarahan Puan Syarifah Maznah.

Keluarga Hairie berduka kerana Hairie masih belum sedar dari koma. Hawa pula tidak jemu-jemu menemani suaminya di hospital. Iqbal, sepupu Hairie juga turut bersama-sama bergilir menjaga Hairie di hospital.

Haizie pula telah menyembunyikan diri kerana berasa malu dan segan selepas dimarahi oleh Puan Syarifah Maznah. Disebabkan risau, Iqbal telah mengubah seorang penyiasat untuk mengenalpasti di manakah menghilangnya Haizie.

Syarikat perniagaan Puan Syarifah Maznah telah disabotaj oleh sebuah syarikat lain yang telah cuba untuk merampas perjanjian pembelian sewa beli tanah di Jakarta Indonesia untuk membuka kafe mereka.

Iqbal dan Hawa telah berusaha untuk mencari siapakah dalang dalam melakukan kerja kotor seperti itu. Aina, pekerja di kafe Hawa telah membuat siasatan dan mendapati syarikat yang cuba mencantas rundingan mereka adalah milik kepada seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Tan Sri Saifuddin yang juga merupakan rakan baik Puan Syarifah Maznah.

Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah Tan Sri sanggup mencantas perniagaan sahabat baiknya sendiri?

Hairie sedar dari komanya. Walau bagaimanapun, masalah lain muncul apabila Hairie hanya boleh mengingat ibunya dan Iqbal sahaja. Isterinya Hawa terkilan namun terpaksa memahami keadaan suaminya.

Hairie tidak dapat menerima kenyataan yang dia mempunyai isteri. Dia melayan Hawa dengan kasar dan seperti orang asing. Anak-anak Hairie, Zehra dan Irfan juga tidak dilayan.

Hairie kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah. Selang beberapa hari, Haizie kembali ke Malaysia selepas bertugas di Sydney. Haizie sangat gembira selepas mengetahui suaminya telah sedar dari koma. Namun, nasib masih tidak menyebelahi Haizie apabila Hairie juga tidak mengenalinya.

Ingatan Hairie masih belum pulih. Hairie hanya mengingati Ain, bekas kekasihnya sejak zaman sekolah yang kini menjadi guru sekolah Zahra. Keluarga Hairie meminta jasa baik Ain mengembalikan ingatan Hairie terhadap keluarga terutama isteri dan anakanaknya.

Ain dalam dilema kerana tunangnya, Khalid cemburu dia rapat dengan Hairie. Sedangkan niatnya hanya mahu membantu Hawa yang sangat menyayangi suaminya itu.

Begitu juga bagi menolong Zahra, anak muridnya mengembalikan saat manis keluarga bahagia itu.

Lalu apakah kesudahannya? Adakah Hairie dapat mengingat semula? Bagaimana pula dengan Haizie yang mula menerima hakikat sayang Hairie terhadap Hawa dan anak-anaknya tidak dapat mengatasi segala-galanya?

Telefilem Miss & Mrs (ntv7)

Miss & Mrs

Saksikan gandingan Juliana Evans, Rupini Krishnan dan Pualine Tan dalam telefilem Miss & Mrs pada Ahad, 12 Ogos jam 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : MISS & MRS
WAKTU SIARAN : Ahad, 12 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Eja Lorena
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Rupini Krishnan, Pualine Tan, Mat Daud, Eve, Ramasundran, Muaz Aydil, Geoff Andre Feyaerts, Kit Mah, Kitty See Geok Ping, Mili Supina

SINOPSIS MISS & MRS
Kisah tiga sekawan iaitu Geetha, Airin and Chew, yang berjumpa di hari minggu and mereka akan mengadakan sesi gossip and sharing problem. Masing-masing dengan tekanan and konflik tersendiri.

Telefilem Arafah (TV3)

Arafah tv3

Jangan lupa menyaksikan telefilem Arafah lakonan Nabila Huda, Luqman Hafidz, dan Ucop. Telefilem arahan Raja Mukhriz ini akan disiarkan pada Sabtu, 11 Ogos jam 9 malam di slot Cerekarama TV3.

JUDUL : ARAFAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 11 Ogos 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yuson

SINOPSIS ARAFAH
Kisah bermula di mana, Arafah bersama anaknya berusia dua tahun duduk di bangku stesen kereta api di Kuala Lumpur. Kemudian, muncul seorang gadis remaja bernama Shiren duduk di sebelahnya. Dia sedang memandang ke satu arah dengan riak wajah seperti ada masalah.

Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terkenang kisah lamanya. Arafah dibesarkan nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah. Ketika di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih ‘urban’. Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

Drama Cinta Bukan Kristal (TV3)

Cinta Bukan Kristal

Nantikan drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Turut dibintangi oleh Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli. Akan disiarkan bermula 8 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3.

JUDUL : CINTA BUKAN KRISTAL
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Ayda Jebat sebagai Aryana
Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina
Raja Afiq sebagai Syafiq
Dayana Roza sebagai Ika
Nazrief Nazri sebagai Faiz
Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
Farzana Latiff sebagai Danisya
Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim
Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
Esma Dainal sebagai Dato Manan
Hazman Al-Idrus sebagai Ali
Amanda Misbun sebagai Syira
Bella Nazari sebagai Laila

LAGU TEMA / OST
Sufian Suhaimi - Di Matamu

SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL
Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?

GAMBAR PELAKON
Cinta Bukan Kristal
Pelakon Cinta Bukan Kristal
Pelakon drama Cinta Bukan Kristal

Sinopsis Filem Langsuir (2018)

Langsuir

Filem Langsuir merupakan cerita seram romantis yang menemukan gandingan Syafiq Kyle dan artis kelahiran Singapura, Hannah Delisha. Filem arahan Oslam ini adalah filem sulung terbitan Guam Teamwork Sdn Bhd dengan kerjasama produksi Nuansa Films. Akan ditayangkan di pawagam bermula 20 September 2018.

TAJUK : LANGSUIR
Tarikh Tayangan : 20 September 2018
Genre : Seram / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Julia Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Shahkimin, Halim Radzi, Daaim Jailani, Nazri John, Naza Manas
Terbitan : Guam Teamwork Sdn Bhd, Nuansa Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Azlan
Hannah Delisha sebagai Suri
Firdaus Nadxaman sebagai Zaman
Julia Farhana Marin sebagai Dewi
Halim Radzi sebagai Kamal
Shah Kimin sebagai Udin
Nazri sebagai Alias
Daaim Jailani sebagai Eron 

SINOPSIS LANGSUIR
Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?


LAGU TEMA / OST
Lara Suri - Hannah Delisha

Drama Cinta Lemon Madu (TV3)

Cinta Lemon Madu

Nantikan drama bersiri Cinta Lemon Madu yang bakal menampilkan gandingan utama Aidil Aziz, Ruhainies dan Riena Diana. Drama genre romantik komedi, sentuhan pengarah Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Bakal ditayangkan di slot Lestary tv3 bermula 8 Ogos ini, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam. 

JUDUL : CINTA LEMON MADU 
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 9:00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani
IDEA ASAL : Engku Hairolizam / Siti Solehah
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Jaafar Hassan, Abil, Farah, Siti Riwiyani, Hanis Kamal Bakar

WATAK PELAKON 
Aidil Aziz sebagai Firash
Riena Diana sebagai Aisyah
Ruhainies sebagai Haida
Eyra Hazali sebagai Amy
Epy Kodiang sebagai Daus
Kazar Saisi sebagai Haji Kamsan
Mubarak Majid sebagai Aji Razal
Helvera Susanti sebagai Jamilah
Siti Noor Fadilla sebagai Kak Yan
Eylla Diefila sebagai Pelanggan
Zya Naziha sebagai Suriati
Carolia sebagai Shida

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Bulan Indah
Penyanyi : Zara Ali

SINOPSIS KISAH LEMON MADU 
Firash telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida. Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah.

Cinta Lemon Madu

Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)

Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung
Nantikan drama bersiri berjudul 'Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung' yang menampilkan pelakon seperti Hafidz Roshdi, Risteena Munim, Ezany Nizariff, Noorkhiriah, Jalil Hamid dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Khalid Nadzri. Akan mula besiaran pada 7 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang di slot Iris TV3.

TARIKH TAYANGAN : 2018
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
CERITA ASAL : Amar Abd. Aziz
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Risteena Munim, Noorkhiriah, Mak Jah, Che Puteh, Jalil Hamid, Ezany Nizariff, Kecik Ogie, Chemat Raja Lawak, Fendi London

WATAK PELAKON 
Hafidz Roshdi sebagai Ahmad
Nur Risteena Munim sebagai Aisyah
Noorkhiriah sebagai Senah
Ezany Nizariff sebagai Sarjan Hisyam
Jalil Hamid sebagai Pak Long
Kecik Ogie sebagai Fauzi

SINOPSIS AHMAD ROSLI ARWAHKAN KETUA KAMPUNG
Ahmad Rosli secara tak sengaja telah terbunuh Pak Longnya pada majlis pernikahan Pak Long dengan Aisyah. Ahmad terus menjadi musuh utama penduduk kampung kernama mereka semua, terutamanya Sarjan Hisyam Hassan, Senah Dinrose dan Geng Buskets Buta. Pak Long ada mewasiatkan sesuatu kepada Ahmad.

GAMBAR PELAKON
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung

Formula Cinta (ntv7)

Formula Cinta

Jangan lupa saksikan telefilem Formula Cinta yang menemukan gandingan Isa Khan, Aprena Manrose, Asfan Shah dan Riena Diana. Akan disiarkan di saluran ntv7 pada Ahad, 5 Ogos jam 8:30 malam.

JUDUL : FORMULA CINTA
WAKTU SIARAN : Ahad, 5 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : 1Big Green 3 Sdn Bhd
PELAKON : Aprena Manrose, Isa Khan, Asfan Shah, Riena Diana, Azhar Osman, 

SINOPSIS FORMULA CINTA
Anisya and Nonis adiknya dalam diam menyukai lelaki yang sama iaitu Izhan. Mereka cuba untuk menarik perhatian Izhan. Dalam masa yang sama Syafiq seorang photographer sering menjengkelkan Anisya.

Miss Sakura (TV2)

Miss Sakura

Saksikan telefilem Miss Sakura gandingan Ben Amir bersama pelakon Indonesia iaitu Disha Devina. Telefilem arahan Feroz Kader ini akan disiarkan di TV2 hari Jumaat, 3 Ogos ini, pukul 9:30 malam. 

JUDUL : MISS SAKURA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 3 Ogos 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Feroz Abdul Kader
TERBITAN : UnoMedia Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Disha Devina, Meor Mohd, Nurliana Yahya, Kay Maria

SINOPSIS MISS SAKURA
Mengisahkan Hadi seorang jurugambar tanpa sengaja telah terambil gambar seorang gadis berkimono semasa bercuti di Jepun. Sekembali ke Malaysia, Hadi telah jatuh cinta dengan gadis tersebut walaupun tidak mengenalinya. Dia memanggil gadis itu sebagai Sakura. Nama sebenar Sakura ialah Nadira yang tinggal di Kuala Lumpur, namun dia dihantar bekerja di Jepun. 

Sementara itu emak Hadi sibuk mencarikan jadoh untuk Hadi. Atas desakan emaknya Hadi berkenalan dengan Nadia. Hadi ke Jepun lagi dan kali ini dia ternampak Sakura lalu mengekorinya sehingga ke tempat perkuburan.

Setelah pulang ke Malaysia Hadi bersetuju untuk mengahwini Nadia kerana menganggap Sakura adalah hantu. Namun dia sekali lagi terserempak dengan Nadira di pasar raya dan cuba mendekatinya.

Khalifahkah Aku (TV3)

Khalifahkah Aku

Telefilem Khalifahkah Aku hasil arahan Hashim Rejab bakal ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : KHALIFAHKAH AKU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 4 Ogos 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Fyzal Babjan
PENULIS SKRIP : Aiesya Nur Adam
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
PELAKON : Wanns Ahmad, Aishah Azman, Izzy Reef, Fauzi Nawawi, Datin Ira Ghani, Wanna Ali, Datuk Normashayu Puteh

SINOPSIS KHALIFAHKAH AKU 
Kisah Fatah anak kepada Datuk Amran dan Datin Marissa. Kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan urusan dunia dan kerap alpa dalam urusan ibadat seharian. Mereka menghantar Fatah belajar di sekolah agama dengan harapan dia menjadi anak yang soleh.

Tahun Akhir persekolahannnya. Fatah tidak sabar mahu pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama ibu bapanya. Amran dan Marissa sudah berjanji akan mengambil Fath di asrama tetapi membatalkan hasrat itu pada saat akhir. Fatah kecewa dan pulang menaiki bas.