Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Cik Reen Encik Ngok Ngek

Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira akan diadaptasi ke sebuah drama untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dibawah arahan Hadith Omar. Nantikan tayangannya bermula 1 Oktober 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

JUDUL : CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Maya Adira
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

WATAK PELAKON 
Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan
Haneesya Hanee sebagai Zaza
Iswan Ismail sebagai Iman
Scha Elinnea sebagai Izyan
Farhan Asri sebagai Iqram
Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish

LAGU TEMA / OST
Satu Peluang - Andi Bernadee

SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. 

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. 

GAMBAR PELAKON
Cik Reen Encik Ngok Ngek

Cik Reen & Encik Ngok Ngek
Pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek

Telefilem Dilema (ntv7)

Dilema ntv7

Saksikan telefilem Dilema lakonan Scha Alyahya, Vince, Izzue Islam, dan Bella Dowanna pada Ahad, 30 September pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : DILEMA
WAKTU SIARAN : Ahad, 30 September 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Azaromi Ghozali
TERBITAN : Metrowealth
PELAKON : Scha Alyahya, Vince, Izzue Islam, Bella Dowanna, Doria Rachel Jolly

SINOPSIS DILEMA 
Robert lelaki berbangsa Cin dan berkahwin dengan Rebecca yang menetap di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ruby. Bagaimanapun kelahiran Ruby tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Perkahwinan Robert dan Rebecca tidak mendapat restu keluarga. Sejak awal hubungan mereka sering bergaduh. Tengku Nafrin dan Zandra Amelia pasangan suami isteri yang sering bersama dengan Robert saat jatuh bangunnya. Hubungan rapat mereka menyebabkan Robert sering berkongsi masalah dengan Tengku Nafrin dan Zandra.

Dilema ntv7

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018)



Anugerah Planet Muzik 2018 berlangsung di Singapura pada 28 September 2018  disiarkan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9 malam. Majlis anugerah muzik berprestij nusantara yang menyatukan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Acara ini menampilkan gandingan hos tiga negara, Fiza O, Nabil dan Daniel Mananta serta persembahan hit oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, Ryan Sufiyan, Mimifly, Khai Bahar, Sara Fajira, Adrian Khalif, Farhan Shah, Jaz , GAC dan The Pinholes.

SENARAI PEMENANG APM 2018

ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)
ADRIAN KHALIF - FLAWLESS / MERONA

ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
SARA FAJIRA - YOU KNOW

KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)
DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA - KISAH KU INGINKAN

DUO/KUMPULAN TERBAIK
GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) - SUARA

BAND TERBAIK
SHEILA ON 7 - FILM FAVORIT

LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)
AKU SENDIRI - SUFI RASHID

LAGU PALING POPULAR APM
TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI

IKON MEDIA SOSIAL
KHAI BAHAR

ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)
SUFI RASHID

ARTIS PALING POPULAR APM
KHAI BAHAR 

LAGU TERBAIK (SINGAPURA)
RACUN - FARHAN SHAH

LAGU TERBAIK (INDONESIA)
JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

LAGU TERBAIK (MALAYSIA)
MATA - AYDA JEBAT

LAGU TERBAIK APM
JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 

ARTIS TERBAIK (LELAKI)
JUDIKA - JIKALAU KAU CINTA

ARTIS TERBAIK (WANITA)
ISYANA SARASVATI - LEMBARAN BUKU

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
ROSSA


SENARAI CALON APM 2018

ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)
1 ADRIAN KHALIF - FLAWLESS / MERONA
2 AS’AD MOTAWH - SENYUM
3 FRELO - KEMBALILAH
4 KUDIEN RAFEE - RUANGAN GELAP GERHANA
5 NAIM DANIEL - SEKALI LAGI

ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
1 CHARIS - SUPERNOVA
2 MIMIFLY - SUPERFLY
3 RAHMANIA ASTRINI - MENUA BERSAMA
4 SARA FAJIRA - YOU KNOW
5 TIESHA - BONEKA

DUO/KUMPULAN TERBAIK
1 CALIPH BUSKERS & FAIZAL TAHIR - BUTA
2 D’MASIV & ROSSA FEAT. DAVID NOAH - PERNAH MEMILIKI
3 GAMALIEL AUDREY CANTIKA (GAC) - SUARA
4 JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH - ONLY
5 RAN FEAT. YURA YUNITA - MELAWAN DUNIA

BAND TERBAIK
1 INSOMNIACKS - SELALU
2 LAST CHILD - DUNIA UNTUKMU
3 NOAH - JALANI MIMPI
4 SEARCH - NAMA YANG KAU LUPA
5 SHEILA ON 7 - FILM FAVORIT

KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)
1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA & JUDIKA - KISAH KU INGINKAN
2 FAZURA & SAMSONS - CINTA LANGKA
3 ISMAIL IZZANI & ALIF - LUAR BIASA
4 RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ - INDAH PADA WAKTUNYA
5 RYAN SUFIYAN & MIMIFLY - GILA

KOLABORASI TERBAIK (LAGU)
1 AKU SENDIRI - SUFI RASHID (SUFI RASHID & HAQIEM RUSLI)
2 BUKAN MAKSUDKU - ROSSA (TAUFIK BATISAH) 
3 JANGAN - AZIZ HARUN (FAIZAL TAHIR, EZRA KONG,MIKE CHAN & ROMEO)
4 TAK PERLU KATA APA-APA - HANNAH DELISHA (HANNAH DELISHA, ROMEO,
FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN)
5 TEMAN BAHAGIA - JAZ (RAMADHAN HANDY “SOULVIBE” & ASTA ANDOKO “RAN”)

ARTIS TERBAIK (LELAKI)
1 FAIZAL - TAHIR MENANG
2 JAZ - TEMAN BAHAGIA
3 JUDIKA - JIKALAU KAU CINTA
4 KUNTO AJI - KONON KATANYA
5 NOH SALLEH - RENJANA

ARTIS TERBAIK (WANITA)
1 DATO’ SRI SITI NURHALIZA - SEGALA PERASAAN
2 DAYANG NURFAIZAH - SEPARUH MATIKU BERCINTA
3 ISYANA SARASVATI - LEMBARAN BUKU
4 RAISA - TEDUHNYA WANITA
5 RINNI WULANDARI - CINTAI AKU

LAGU TERBAIK (SINGAPURA)
1 ADAKAH DIA - LIWANI IZZATI
2 BONEKA - TIESHA 
3 BUAT SELAMANYA - ALIF 
4 ONLY - JAGAD EDGE FEAT. FIRWAN JOHAN & MIIKO THE 13TH
5 RACUN - FARHAN SHAH

LAGU TERBAIK (MALAYSIA)
1 MATA - AYDA JEBAT
2 NAMA YANG KAU LUPA - SEARCH 
3 SENYUM - AS’AD MOTAWH 
4 SEPARUH MATIKU BERCINTA - DAYANG NURFAIZAH 
5 SUPERFLY - MIMIFLY 

LAGU TERBAIK (INDONESIA)
1 JERA (HATIKU MASIH MILIKMU) - BUNGA CITRA LESTARI
2 JIKALAU KAU CINTA - JUDIKA 
3 KEMBALILAH - FRELO 
4 LEMBARAN BUKU - ISYANA SARASVATI 
5 LOVE AGAIN - AFGAN 

IKON MEDIA SOSIAL
1 RAISA
2 ISYANA SARASVATI
3 RIZKY FEBIAN
4 JAZ
5 SHEILA ON 7
6 AYDA JEBAT
7 KHAI BAHAR
8 AIMAN TINO
9 AS’AD MOTAWH
10 ALIFF AZIZ
11 AISYAH AZIZ
12 HANNAH DELISHA

ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)
1 BHUMIBAND
2 SUFI RASHID
3 ALIF
4 HAIKAL ALI
5 FARHAN SHAH
6 DIDICAZLI
7 THE PINHOLES
8 HAQIM MOKHTAR
9 JAGAD EDGE
10 AISYAH AZIZ
11 RYAN SUFIYAN
12 ISNINA

LAGU PALING POPULAR (SINGAPURA)
1 HANYA KAMU - BHUMIBAND
2 AKU SENDIRI - SUFI RASHID
3 BUAT SELAMANYA - ALIF
4 KAULAH MIMPI - STEREOHYPE
5 RACUN - FARHAN SHAH
6 SEJUJURNYA - DIDICAZLI
7 SABARLAH SAYANG - DIN ILANGO
8 ANTARA NASIB DAN TAKDIR - HAQIM MOKHTAR
9 ONLY - JAGAD EDGE FEAT. MIIKO THE 13TH & FIRWAN JOHAN
10 KEPALA BATU - THE PINHOLES
11 IYALAH - DEFFI
12 WARNA - ISNINA

LAGU PALING POPULAR APM
1 AKU SENDIRI - SUFI RASHID
2 GILA - RYAN SUFIYAN & MIMIFLY
3 BUAT SELAMANYA - ALIF
4 DI MATAMU - SUFIAN SUHAIMI
5 BUNGA - ALTIMET
6 TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI
7 ZALIKHA - FLOOR 88
8 SENYUM - AS’AD MOTAWH
9 LEMBARAN BUKU - ISYANA SARASVATI
10 FILM FAVORIT - SHEILA ON 7
11 INDAH PADA WAKTUNYA - RIZKY FEBIAN & AISYAH AZIZ
12 BUKTI - VIRGOUN

ARTIS PALING POPULAR APM
1 SUFI RASHID
2 AISYAH AZIZ
3 ALIF
4 JAZ
5 ISYANA SARASVATI
6 RAISA
7 SHEILA ON 7
8 ANJI
9 AS’AD MOTAWH
10 AIMAN TINO
11 AYDA JEBAT
12 KHAI BAHAR 

Pengantin Lari Culik Artis (Astro)

Pengantin Lari Culik Artis

Jangan lupa menyaksikan gandingan pelakon Syafiq Kyle dan Nabila Razali dalam telefilem Pengantin Lari Culik Artis yang akan ditayangakan di Citra Exclusive pada Sabtu, 29 September puku 9 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD.

JUDUL : PENGANTIN LARI CULIK ARTIS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 29 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra (131) & Mustika HD (134)
PENULIS SKRIP : Mariana Hashim & Dil
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : TSAR Asia Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Nabila Razali, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana

PENGANTIN LARI CULIK ARTIS
Fammy adalah peminat fanatik Jay Johan, seorang artis. Dia sanggup menculik Jay Johan untuk membawanya road trip demi untuk memenangi hati idolanya dan berkahwin.

LAGU OST The Lipstik - Teruna dan Dara

Pelakon Pengantin Lari Culik Artis
Pelakon telemovie Pengantin Lari Culik Artis

Sinopsis Paskal The Movie (2018)

Paskal The Movie

Filem Paskal The Movie diinpirasikan daripada kisah benar kejayaan pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). Filem yang menelan kos RM10 juta ini mendapat sentuhan pengarah Adrian Teh. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Namron, Amerul Affendi dan ramai lagi. Akan menemui penonton bermula pada 27 September 2018 di pawagam seluruh tanah air.

TAJUK : PASKAL THE MOVIE
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo


SINOPSIS PASKAL THE MOVIE
Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.

LAGU TEMA  /OST
Tajuk : Cabang Tiga
Artis : Aman Ra

Filem Paskal 2018

Drama Budak Usin (TV3)

Budak Usin

Drama komedi terbaru terbitan Radius One Sdn Bhd bertajuk Budak Usin akan menemui penonton di slot Iris TV3. Dibintangi oleh Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Shanie, Zalif Sidek dan ramai lagi. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini akan ditayangkan mulai 16 Oktober pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 6:30 petang di TV3.

JUDUL : BUDAK USIN
TARIKH TAYANGAN : 16 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin 
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Shanie, Zalif Sidek, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Amy Mastura, Azhan Rani, Noorkhiriah, Munaabella, Hafiyah Hafiz, Hafiy Aiman

SINOPSIS BUDAK USIN
Drama mengenai sebuah keluarga berdepan pelbagai isu selepas pindah ke bandar besar. Walaupun Usin berdepan dengan isu buli serta diskriminasi, dia tidak mengalah dan hanyut dengan budaya buli itu.

Drama Ammar & Opie (TV3)

Ammar dan Opie

Nantikan drama bersiri arahan Raja Mukhriz bertajuk Ammar & Opie (tajuk asal Bila Tuhan Berbisik Cinta). Menampilkan lakonan Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, dan ramai lagi. Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan mulai 20 September, setiap hari Rabu & Khamis pukul 9 malam di slot Zehra TV3.

JUDUL : AMMAR & OPIE
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 September 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENULIS SKRIP : Nurull Halawati & Khairul Kiasan
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin, Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya, Maimunah Ahmad (Mak Jah)

WATAK PELAKON 
Hazama sebagai Ammar Kefli
Irfan Rajali sebagai Opie
Datuk Awie sebagai Tok Wi
Syerinie Myra sebagai Wardah
Mak Jah sebagai Faridah
Kodi Rasheed sebagai Nizam
Sharifah Shahora sebagai Shahahim
Rafasya sebagai Mawar
Aril Pilus sebagai Malik
Riz Amin  sebagai Jay

LAGU TEMA / OST 
Tunggu Aku Datang - Hazama
Janji - Blackpapaer Band
Berbisik Cinta - Kautsar
Terbang Denganmu - Panic Room

SINOPSIS AMMAR & OPIE
Kisah Ammar yang dikenali ramai dan menganggap popularitinya itu adalah tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, populariti juga mampu menghanyutkan sekaligus memusnahkan kerjaya seseorang artis. Itulah yang telah berlaku kepada Ammar, dan fitnah yang tercetus membuatkan dia terus terdampar kecewa

Selepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dengan sebuah fitnah yang membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yang teruk sekali.

Ammar sangkakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk menaikkan namanya kembali, apabila dia menerima tawaran baharu mengenai sebuah konsert di Thailand. Apakan daya, setelah tiba di negara jiran, Ammar sedar yang sebenarnya dia telah ditipu. Tidak mempunyai apa-apa selain gitarnya, kehidupan Ammar semakin berantakan sehingga dia terpaksa menjadi gelandangan.

Ketika Ammar sedang termenung mengenangkan nasibnya yang malang itu, seorang pengemis cilik bernama Opie telah muncul dan menyerahkan sebungkus makanan kepada Ammar. Siapa sangka, pertemuan dengan Opie ini memberikan harapan baharu baginya. Sejak itu, mereka berdua sering menyanyi di jalanan sama-sama demi sesuap nasi. Kembara baharu Ammar ini banyak mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan, serta kembali ke pangkal jalan.

Adakah Ammar bertul-betul sudah berubah? Mampukah dia meraih kembali popularitinya seperti sebelum ini?

GAMBAR PELAKON
Bila Tuhan Berbisik Cinta

I Heart You Cik Yah (Astro)

I Heart You Cik Yah

Saksikan gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha dalam telefilem I Heart You Cik Yah arahan Ungku Ismail Aziz. Mengisi slot Citra Exclusive pada Sabtu, 22 September jam 10 malam di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134).

JUDUL : I HEART YOU CIK YAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 September, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Ungku Ismail Aziz
TERBITAN : Pandang Timur Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Fezrul Khan, Ikhram Ruzzaman, Tiz Zaqyah

SINOPSIS I HEART YOU CIK YAH
Zulkefli dan Badariah tidak sehaluan namun kerana ingin menyelamatkan kilang tempat mereka bekerja daripada ditutup oleh Qarina, mereka harus bekerjasama. Daripada benci timbul perasaan cinta.
Pelakon I Heart You Cik Yah
Pengarah dan pelakon telemovie I Heart You Cik Yah

Neraka Kasih Maisarah (TV3)

Neraka Kasih Maisarah

Saksikan telefilem Neraka Kasih Maisarah lakonan Mimi Lana, Shahz Jaszle dan Laila Nasir. Bakal ditayangkan di TV3 sempena Hari Malaysia pada 16 Sepetember ini, jam 9 malam.

JUDUL : NERAKA KASIH MAISARAH
Tarikh : Ahad, 16 September 2018, 9:00 malam
Siaran TV : TV3 (Istimewa Hari Malaysia)
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : Layar Ceritera Sdn Bhd
Pelakon : Mimi Lana, Shahz Jaszle, Laila Nasir, Sura Sojangi Mustaqim Bahadon, Raja Afiqq, Ainina Ahmad, Aisyah

SINOPSIS NERAKA KASIH MAISARAH
Maisarah merupakan anak bidan terkenal, Mak Midah. Perkenalannya dengan Zakuan melalui Wechat, menyebabkan maruah dia tergadai.  Maisarah disahkan hamil 2 bulan dan meminta Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Hampir 6 bulan tidak pulang ke kampung, pelbagai alasan Maisarah berikan kepada ibunya. Akhirnya, Maisarah pulang juga ke kampung ketika kandungannya berusia 8.  Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya. Namun ternyataan meleset apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah dalam “kolong” belakang rumah sehingga Maisarah selamat melahirkan bayi.

Anak Maisarah diberikan kepada Dijah. Saat itu Maisarah menjadi gila kerana rindukan anaknya hingga Maisarah melarikan diri dan mengambil anaknya dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung. Akhirnya Mak Bidah sedar Maisarah sangat memerlukan bayinya. Dijah akhirnya merelakan  bayi itu  diberikan semula kepada ibu kandungnya.

Telefilem Kahwin Kahwin (Astro)

Kahwin Kahwin

Saksikan telefilem adaptasi cerpen berjudul 'Kahwin Kahwin' yang menampilkan gandingan Fendy Bakry dan Eyra Hazali. Telefilem arahan Eyra Rahman ini mengandungi 3 kisah berbeza. Akan menemui penonton pada Sabtu, 15 September pukul 9 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD. 

JUDUL : KAHWIN KAHWIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 15 September 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd 
PELAKON : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Mak Wan, PU Rizz, Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS KAHWIN KAHWIN
Tiga kisah di dalam satu telefilem iaitu :
1.Sedang Suka Kamu 
2.Rindu Yang Kembali 
3.Assalamualaikum Ustazah

Pelakon Kahwin Kahwin
Pelakon telemovie Kahwin Kahwin

Akil & Juan (TV3)

Akil & Juan

Saksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Malaysia bertajuk 'Akil & Juan' yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya, ZSyazwan Zulkifli, Boniface Uyan dan Muhammad Shahidan Abdullah. Akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 September pada pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : AKIL & JUAN
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 15 September, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Zarina Zainuddin. Syazwan Zulkifli, Boniface Uyan, Muhammad Shahidan Abdullah.

SINOPSIS AKU & JUAN
Mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.

Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf. Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.

Telefilem Di Sisi (TV1)

Di Sisi

Saksikan telefilem khas sambutan Mall Hijrah bertajuk "Di Sisi" karya Wan Afzam Wan Daud. Lakonan Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka dan ramai lagi. Akan ditayangkan di TV1 pada Isnin, 10 September pukul 9.00 malam.

JUDUL : DI SISI
WAKTU SIARAN : Isnin, 10 September 2018, 9:00 malam 
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Amin Masyhur
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Kamal Bakar, Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, Raihan Kamal Bakar, Fariz Isqandar, Darren dan Rosli Mad Zin

SINOPSIS DI SISI
Kisah Udin (15 tahun), menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Walaupun sering dimarahi, Udin tidak melawan dan akur dengan setiap yang terbit daripada mulut ayahnya. Malah dia terus sabar mengurus dan menjaga Pak Jali yang lumpuh separuh badan. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah walaupun kasar bahasanya, tapi sering menasihati Udin tentang Pak Jali. Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu. Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

DM Hati Awak (ntv7)

DM Hati Awak

Saksikan telefilem DM Hati Awak lakonan Daler Yusuf, Amelia Henderson, Sweet Qismina, dan Thanuja Ananthan pada Ahad, 9 September pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : DM HATI AWAK 
WAKTU SIARAN : Ahad, 9 September 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production
PELAKON : Daler Yusuf, Amelia Henderson, Sweet Qismina, Thanuja Ananthan, Donna Muslim, Sharifah Husna, Natrah, Fadlan Hazim, Anna Melissa, Sharmaine Farouk

SINOPSIS DM HATI AWAK 
Danial buntu memikirkan calon isteri yang memenuhi citarasa ibunya, Hanipah. Semuanya dengan alasan mereka tidak boleh menjaga Danial seperti yang diinginkannya.

Telefilem Lalang (TV1)

Lalang tv1

RTM akan menyiarkan sebuah telefilem sempena Bulan Kemerdekaan bertajuk 'Lalang' yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, QI Razali, Ooi Teck Wooi, Hasnul Rahmant dan ramai lagi. Karya arahan Hisyamudin Ahmad dan skrip oleh Mazlan Mana. Akan menemui penonton pada Sabtu, 8 September pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : LALANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Mazlan Abdul Manan
PENGARAH : Hisyamudin Ahmad
TERBITAN : Unit Drama RTM
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, Qi Razali, Ooi Teck Wooi, Muhammad Raif Ikhwan Rajali, Hasnul Rahmat, Ain Evon Tay, Tiffany Sia May Sim

SINOPSIS LALANG
Kisah yang berlatarkan sekitar tahun 1942 era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mengisahkan Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat) untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri) menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh (Hushairi Husain) yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.

Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

Pelakon lalang

Sinopsis One Two Jaga (2018)

One Two Jaga

Filem One Two Jaga arahan Nam Ron mula ditayangkan dipawagam pada 6 September 2018. Filem ini telahpun menyertai beberapa festival filem antarabangsa seperti 20th Far East Film Festival di Italy, 17th New York Asian Film Festival di Amerika Syarikat dan 21st Shanghai International Film Festival (SIFF) di China.

TAJUK : ONE TWO JAGA
Tarikh Tayangan : 6 September 2018
Genre : Aksi / Drama
Skrip : Ayam Fared, Nam Ron, Amri Rohayat
Pengarah : Nam Ron (Sahili Abdan)
Pelakon : Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Timothy Castillo, Iedil Putra, Amerul Affendi, Chew Kin Wah, Asmara Abigail, Along Eyzendy, Azman Hassan, Izuan Fitri, Rahhim Omar, Vanida Imran
Terbitan : Pixel Play Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Zahiril Adzim sebagai Hussein
Ario Bayu sebagai Sugiman
Rosdeen Suboh sebagai Hassan
Asmara Abigail sebagai Sumiyati
Amerul Affendi sebagai Adi
Chew Kin Wah sebagai James
Timothy Castillo sebagai Rico
Iedil Putra sebagai Marzuki


SINOPSIS ONE TWO JAGA
Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Seorang pendatang asing Indonesia, Sugiman (Iman) merupakan bapa tunggal mengalami mimpi buruk yang penuh keganasan dan darah. Anaknya, Joko yang tidak mendengar kata meluangkan terlalu banyak masa dengan Adi yang tidak boleh dipercayai dan adiknya Sumiati lari daripada kerja sebagai pembantu rumah kerana mahu pulang ke Indonesia.

Sugiman meminta bantuan daripada majikannya, Sarip yang merupakan seorang bos syarikat pembinaan dan juga bapa kepada si Adi untuk menghantar adiknya menaiki bot haram, tapi ada harga yang perlu dibayarnya.

Pada masa sama, dia harus melindungi Sumiati daripada pihak polis dengan menyembunyikannya di sebuah hotel murah. Bilik hotel di sebelah pintunya pula disewa oleh Rico, seorang tukang atur Filipina yang sentiasa tertekan untuk menghantar wang kepada ibunya.

Dia bekerja dengan rakannya Marzuki untuk seorang bos besar bergelar Datuk dan `meminjam' wang daripada laci majikannya untuk memenuhi keperluannya. Tetapi, Datuk mahu wang itu kembali. Hassan pula sudah berkahwin dan memiliki dua anak serta sentiasa tidak cukup wang.

Dia mengambil sedikit wang perlindungan daripada beberapa pekedai dan kerap menerima rasuah daripada penjahat untuk membiarkan mereka terlepas. Ketika majikannya James mengarahkan agar dia merekrut rakan baharu, Hussein. dia melayan rakannya itu dengan ramah, tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar bahawa dia menerima rasuah.

Bagaimanapun, Hussein berang apabila dia tahu mengenai wajah sebenar Hassan dan ingin membawa pesalah undang-undang itu ke muka pengadilan. Apabila orang-orang Datuk menangkap Marzuki dan membawa mereka kepada Rico, kekecohan yang berlaku menemukan Hassan dan Hussein dengan insiden tersebut.

Di luar hotel, Hassan bertembung dengan Sumiati yang gagal menjelaskan sebab dia tidak memiliki pasport. Satu panggilan meyebabkan Sugiman cuba menyelamatkan adiknya daripada polis.

Sementara itu, Datuk telah senyap-senyap merakam permintaan ketua polis James untuk dirasuah. Namun, sebelum sesiapa tahu apa sebenarnya sedang berlaku, keadaan sudah menjadi huru-hara.

Hilang Akal (Astro Citra)

Hilang Akal

Saksikan gandingan Farid Kamil dan Tiz Zaqyah dalam telefilem romantik komedi bertajuk 'Hilang Akal' yang akan disiarkan di slot Citra Exclusive pada Sabtu ini pukul 9 malam di saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD. 

JUDUL : HILANG AKAL
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Dato'Farid kamil, Tiz Zaqyah, Jasmin Hamid, Zaki Azeman, Adira Salahudi, Shah Kimin, Firdaus Nadxaman

SINOPSIS HILANG AKAL
Akibat terdesak untuk mencari duit kahwin, seorang lelaki nekad menculik seorang datin bagi mendapatkan wang tebusan. Keadaan menjadi huru hara apabila datin yang diculik itu adalah bakal ibu mertuanya!

Bebaskan Anak Kita (TV3)

Bebaskan Anak Kita

Saksikan telefilem khas kemerdekaan berjudul Bebaskan Anak Kita. Dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin dan Fizz fairuz. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 8 September jam 9 malam.

JUDUL : BEBASKAN ANAK KITA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Feroz Kader 
PELAKON : Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin, Fizz fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan, Husna Mustaffa

SINOPSIS BEBASKAN ANAK KITA
Kisah Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka duka bangunan Stadium Merdeka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembangunan Malaysia, malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Razak malu dengan semangat dan perbuataan ayahnya itu lalu meminta ayahnya tidak meneruskan rancangannya itu. Rahim tetap degil, lama kelamaan, Razak perasaan ayahnya semakin lemah. Akhirnya Razak mendapat tahu, ayahnya sedang bertarung ngan kanser tulang tahap akhir. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu.

Razak yang pada mulanya tidak menganggap hari merdeka penting untuk diri, mula meneruskan perjuangan ayahnya yang tidak kesampaian itu. Akhirnya dia berjaya mengumpul ramai orang ke Stadium Merdeka sempena hari merdeka itu. Mulai dari tahun itu, Razak bercita-cita untuk memberitahu generasi baru tentang pentingnya nilai kemerdekaan dan juga Stadium Merdeka itu sendiri.

About


Nama artis/selebriti/kenamaan yang disebut dalam weblog ini adalah cadangan semata-mata & gossip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam weblog ini telah digunakan tanpa izin untuk tujuan pengenalan sahaja. Kami tidak mempunyai apa-apa hubungan atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan.

Kami juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak.

Terima kasih.
KakiTube

Vivi Si Perigi (ntv7)

Vivi Si Perigi

Saksikan telefilem arahan Yusry Abdul Halim bertajuk Vivi Si Perigi. Dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Amar Asyraf dan Riz Amin. Akan disiarkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

JUDUL : VIVA SI PERIGI 
WAKTU SIARAN : Ahad, 2 September 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Mermaid Studios Sdn Bhd
PELAKON : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Amar Asyraf, Riz Amin, Zain Hamid,  Khaty Azian, Adam Shahz, Nik Adam Mika

SINOPSIS VIVA SI PERIGI 
Vivi Syarina mengetuai mesyuarat penting di bilik serba canggih. Seorang yang cantik, bergaya, tegas, ditakuti dan disegani, Vivi bukan calang-calang wanita. Dia berjaya menjadi pegawai pemasaran di sebuah firma pengiklanan antarabangsa pada usia muda. Dia menjadi aset bagi kejayaan syarikat. Ramai pekerja ingin menjadi seperti Vivi, namun tidak semua mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Telefilem Purnama (TV3)

Purnama tv3

Saksikan telefilem khas Hari Kebangsaan ke-60 berjudul 'Purnama' yang menampilkan lakonan Remy Ishak, Azhan Rani, Eira Syazira dan Kodi Rasheed. Akan ditayangkan di TV3 pada Ahad, 2 September pukul 9 malam. 

JUDUL : PURNAMA
WAKTU SIARAN : Ahad, 2 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Merdeka)
PENGARAH : Yeop Hitler
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail 

SINOPSIS PURNAMA
Mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan. Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

Bahagia Bukan Bidaan

Nantikan drama adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad yang akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham dan Ika Nabella. Terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton mulai 3 September, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : BAHAGIA BUKAN BIDAAN
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 September 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Hessa Widad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
Adi Putra sebagai Nik Zachary
Zamarul Hisham sebagai Azlan
Ika Nabella sebagai Aina
Wan Sharmila sebagai Murni
Arja Lee sebagai Talha
Jonathan Putra sebagai Danny
Lisdawati sebagai Maksu
Fauzi Nawawi sebagai Paksu
Azri Sabri sebagai Lokman
Mak Wan Julia sebagai Rosnah
Sheryy Ibrahim sebagai Kartini 

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Sang Pemilik Hati
Penyanyi : Ronnie Hussein

Tajuk : Kekasihku
Penyanyi : Syam Razalie

SINOPSIS BAHAGIA BUKAN BIDAAN
Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.

Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksi. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?

GAMBAR PELAKON

Bahagia Bukan Bidaan

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan
Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan