Admin Admin Author
Title: Kau, Aku, Hantu Raya (TV2)
Author: Admin
Rating 5 of 5 Des:
JUDUL : KAU, AKU, HANTU RAYA SIARAN TV : MF Kencana PENGARAH : Vijey Mohen Rao TERBITAN : Triumbaka Sdn Bhd PELAKON : Shafie Naswip, Talha H...
Kau Aku Hantu Raya

JUDUL : KAU, AKU, HANTU RAYA
SIARAN TV : MF Kencana
PENGARAH : Vijey Mohen Rao
TERBITAN : Triumbaka Sdn Bhd
PELAKON : Shafie Naswip, Talha Harith, Mimi Lana, Shakila Khoriri, Azlee Senario

SINOPSIS KAU, AKU, HANTU RAYA
Memaparkan kisah sebuah kampung menjadi kecoh apabila Pak Usop mengeluarkan cerita mengenai Tok Jidin seorang bomoh di kampung tersebut yang telah meninggal dunia 100 hari yang lalu.

Ia kemudiannya dikaitkan dengan kehadiran hantu raya peliharaannya di kampung mereka. Ditambah dengan cerita penduduk kampung yang mendakwa pernah melihat lembaga berambut panjang dan berkain kapan berkeliaran ke sana sini.

Fifie anak ketua kampung secara bergurau telah mencabar teman lelakinya Azlim supaya membawa hantu raya kepadanya sekiranya dia benar-benar cintakannya. Menyahut cabaran itu Azlim telah berjumpa dengan Pak Akob dan secara bergurau menyatakan paku yang dipinjamnya itu pernah digunakannya untuk menangkap pontianak.
 
Top