Sinopsis Rise Ini Kalilah (2018)


TARIKH TAYANGAN: 13 September 2018
GENRE: Aksi/Thriller
PELAKON: Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia
PENGARAH: ik Amir Mustapha, Saw Teong Him dan Prem Nath

SINOPSIS:
Filem yang diinspirasikan daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini mengikuti kehidupan rakyat biasa yang bergabung demi matlamat yang sama, yakni, kasih terhadap negara.

Rise: Ini Kalilah memaparkan enam cerita individu yang saling berkait, ia menggambarkan suasana penuh ketegangan waktu akhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia.

Seorang pelajar yang berada di London cuba dengan sedaya upayanya untuk mengirim balik undi pos yang penting; seorang ahli peniaga yang terkongkong dalam emosi ketakutan kerana politik; seorang wartawan yang berdekad melaporkan kebenaran; seorang polis yang terperangkap dalam dilemma untuk melakukan apa yang betul dan apa yang terbaik demi keluarganya; kisah cinta larang antara pasangan dari dua kaum berbeza, seorang penjaja Singapura yang tidak mempunyai matlamat hidup dan seorang agen pengundian di Malaysia.

Tiba masa 4:58 petang pada 9hb Mei 2018, keenam-enam watak ini akan bertembung bersama. Menjelang ketibaan zaman baru, pilihan yang mereka buat akan dicerminkan dan meninggalkan kesan nyata dalam kehidupan mereka.