Drama Aku Cinta Dia (TV3)


Aku Cinta Dia

Drama bersiri Aku Cinta Dia bakal mengisi slot Lestary di TV3. Menemukan gandingan Aiman Hakim dan Hannah Delisha. Drama 20 episod ini diarahakan oleh Bahri Uma. Bakal menemui penonton pada bulan Disember nanti.

JUDUL : AKU CINTA DIA
TARIKH TAYANGAN : Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian, Ikmal Amry, Fahad Iman, Nasz Sally, Yuna Rahim, Catriona Brian, Fauzi Nawawi, Hafiz Bahari, Mona Allen, Elly Mazlein, Raja Hakim


WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Affan 
Hannah Delisha sebagai Laila 
Ikmal Amry sebagai Akbar 
Hafiz Bahari sebagai Ili
Catriona Brian Ross asebagai Puan Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar

SINOPSIS AKU CINTA DIA

Kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.

Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.

Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)

Pujaan Hati Kanda

Nantikan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Menemukan sekali lagi gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama bersiri terbitan Mache All Star United dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Disember nanti. 

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
TARIKH TAYANGAN : Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish / Danny
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kasyah



SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA
Kisah Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut. 

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara dan Reena. Pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu. 

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)

Jika Masih Ada Rindu

Nantikan drama bersiri Jika Masih Ada Rindu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3. Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha. Drama terbitan FJ Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader. Akan menemui penonton pada bulan November nanti. 

JUDUL : JIKA MASIH ADA RINDU
TARIKH : November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Siti Saleha, Kamal Adli, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON 
Siti Saleha sebagai Wahida 
Kamal Adli sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun
Ellyas Abdullah sebagai Johan
Zarynn Min sebagai Laila



SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU

Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu (Astro)


Nantikan drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari yang bakal mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Bakal menemui penonton pada bulan Disember nanti. 

JUDUL : KAN KU KEJAR CINTA KAMU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam  
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari 

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail 
Elya Miera sebagai Dilaila

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU
Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. 

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Senarai Program TV

Senarai Filem

Senarai Telemovie

Senarai Drama

Telefilem Genesis (TV3)


Genesis tv3

Telefilem Genesis terbitan Kuasatek Pictures di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu pukul 9 mlaam. 

JUDUL : GENESIS 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Mohd Noor Kadir
PRODUKSI : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Azizah Mahzan, Miera Leyana, Tash Yong

SINOPSIS GENESIS 
Lebih kurang 30 tahun yang lampau, Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Apabila mendapati Zakiah telah mengandung dan enggan menggugurkannya, Bakhtiar terus menghilangkan diri.

Drama Opsss Terpikat Cik Sombong (UnifiTv)


Opsss Terpikat Cik Sombong

Drama adaptasi novel Opsss Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida bakal ditayangkan di Unifi TV. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda. Drama 30 episod arahan Khalid Nadzri. Akan bermula pada 10 Disember ni, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9 malam di Unifi TV: Hyppsensasi Saluran 116.

JUDUL : OPSSS... TERPIKAT CIK SOMBONG

JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 9 malam
SIARAN TV : HyppSensasi 116 (Unifi TV)
PENULIS NOVEL : Cici Aida
PENGARAH : Khalid Nadzri
PRODUKSI :Khalida Productions Sdn Bhd ,
PELAKON : Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Shakilla Khoriri, Khalida Balqis, Azlan Mokhtar, Jesse Lim

WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Hans
Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
Ariff Aziz sebagai Imran
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia

SINOPSIS OPSS TERPIKAT CIK SOMBONG

 Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong, Tetapi Ira Harisya, bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!

Drama Waliuddin 2 Ringgit (TV2)


Waliuddin 2 Ringgit

JUDUL : WALIUDDIN 2 RINGGIT
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 2:30 petang
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Ollynn Khadri & Hashim Rejab
PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd
PELAKON : Rykarl Iskandar, Syafie Naswip, Aishah Azman, Fathil Dani, Lisdawati, Anne Abdullah, Wanns Ahmad, Adeq Jiey, Syarizam Sheryy, Elanie, Lizza Abdullah 

WATAK PELAKON
Rykarl Iskandar sebagai Waliuddin
Syafie Naswip sebagai Abdul Aziz
Aishah Azman sebagai Jannah
Fathil Dani sebagai Aziyan
Wanns Ahmad sebagai Razi
Adeq Jiey sebagai Umar

SINOPSIS WALIUDDIN 2 RINGGIT
Waliuddin (Wali) tinggal bersama ibu dan kakaknya setelah kematian ayahnya. Wali seorang budak yang pintar dan sangat manja tetapi perangainya agak sedikit nakal yang kadang-kadang menjadi keluhan penduduk kampung. Dalam pada itu, Aziz yang sampai ke kampung itu dibenarkan tinggal di masjid. Dia mula berkawan rapat dengan Wali. Wali sangat gemar membantu orang-orang kampung seperti membelikan barang-barang di kedai atau menunjukkan arah jalan dengan syarat membayar upah dua ringgit kepadanya. 

Satu hari Wali dituduh mencuri buah betik kepunyaan Makcik Suraya. Namun Wali memberikan alasan mengambil buah berkenaan yang sudah jatuh ke tanah dan dianggap membazir jika dibiarkan begitu saja. Pada masa sama duit tabung masjid didapati hilang dan Pak Mat menuduh Wali yang mencurinya. Wali berpakat dengan Tok Imam untuk memasang CCTV. Akhirnya pencuri berkenaan berjaya ditangkap. 

Kenakalan Wali berterusan bila dia berani mengambil basikal kakaknya Jannah dan melarikan diri dari masjid kerana tidak mahu mengaji. Bagaimanapun Wali sebenarnya banyak melakukan kebaikan. Dia turut membantu Pak Latif membaca Al-Quran yang bakal mengerjakan umrah tidak lama lagi.  Sementara itu, hubungan Jannah dan Aziz semakin rapat. Namun Mak Timah menuduh Jannah dan Aziz sering berdua-duaan di bangsal kampung. Aziz yang dituduh bukan-bukan terus menghilangkan diri. 

Waliuddin 2 Ringgit
Pelakon drama Waliuddin 2 Ringgit

Telefilem Kau Roadblock Hatiku (Astro Citra)


Kau Roadblock Hatiku

Jangan lupa saksikan telefilem Kau Roadblock Hatiku lakonan kumpulan Floor88, Eyra Hazali dan Elizabeth Tan pada hari Sabtu, 1 Disember 2018 jam 9 malam di Astro Citra 131 dan Astro Citra HD 126.

JUDUL : KAU ROADBLOCK HATIKU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENGARAH : Irwan Rauf & Dian Mayasari
PRODUKSI : Shutterspeak Studio Production
PELAKON : Kumpulan Floor88 (Ayiel Elham, Eric Fuzi, Zai Hamzah, Faloque Ghazali, Akram K. AMirul Affeq), Eyra Hazali, Elizabeth Tan

SINOPSIS KAU ROADBLOCK HATIKU 
Kisah kumpulan yang sedang meningkat naik: FLOOR88 dalam perjalanan pulang dari sesi bertemu peminat. Dalam perjalanan, mereka membincangkan idea untuk single terbaru dan keluarlah kisah cinta pertama mereka