Drama Nur 2 (TV3)

Nur 2

Nantikan sambungan drama Nur 2 di slot Samarinda TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini bakal menyaksikan barisan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan pemampilan baru Azar Azmi dan Eyra Hazali. Drama Nur 2 bakal menemui penonton bermula 2 April, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Elmy Moin, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Atiq Azman sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee
Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul
Elmy Moin sebagai Marzuki
Jijie Zainal sebagai Jojo
Riena Diana sebagai Qhadeeja
Mathni Razak sebagai Mukriz
Zalif Sidek sebagai Tuan Jalal
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid

LAGU TEMA / OST 
Tetap Kamu - Amylea X Megat [ Link ]
Bimbang - Artis: Marsha Milan [ Link ]
Pudar - Indah Ruhaila [ Link ]
Dua - Roman
Cintaku - Megat
Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer Azami

SINOPSIS NUR 2
Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Drama Cinta Non Grata (TV3)

Cinta Non Grata

Drama bersiri Cinta Non Grata bakal mengisi slot Lestary di TV3. Drama 20 episod arahan Feroz Kader, terbitan Orangetree Production. Dibintangi oleh Raja Afiq, Amelia Henderson, Mona Allen, Edika Yusof, Adeline Tsen dan ramai lagi. Akan disiarkan bermula 20 Mac 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : CINTA NON GRATA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Amar Amir
IDEA ASAL : Raja Azidah Raja Jaafar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Raja Afiq, Mona Allen, Adeline Tsen, Edika Yusof, Maria Farida, Jay Iswazir, Radhi khalid, Faez Nick, Susan Manen, Esma Dainal, Wilma Muhammad, Nur Ezzanie, Hadi Nawawi, Feiyna Tajudin, Idzham Ismail, Zaefrul Nordin, Ramli Saleh, Jasper Supayah, Qara Lyana, Hafiz Bahari


WATAK PELAKON 
Amelia Henderson sebagai Darlina
Raja Afiq sebagai Hakim
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Mona Allen sebagai Zatul
Maria Farida sebagai Datin Jannah
Wilma Muhammad sebagai Ramlah
Esma Dainal sebagai Abdullah
Radhi khalid sebagai En Malik
Zaefrul Nordin sebagai En Sahar
Susan Manen sebagai Hasnah
Adeline Tsen sebagai Kartini
Sara Amelia sebagai Sarah
Jay Iswazir sebagai Fendi
Idzham Ismail sebagai Aziz
Hadi Nawawi sebagai Jeff
Ramli Saleh sebagak Pak Idris
Jasper Supayah sebagai Wawa
Nur Ezzanie sebagai Dayana
Qara Lyana sebagai Irene
Hafiz Bahari sebagai Haikal
Faez Nick sebagai Danial

LAGU TEMA
Diam Saja - Forteen

SINOPSIS CINTA NON GRATA 
Mengisahkan tentang Darlina yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim, seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.

Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya,Haikal yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepadaDatuk Marzuki (Edika Yusuf). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah dan seorang anak perempuan Zatul. Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.

Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.

Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.

Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas?

Drama Mama Papa Ekspres (TV3)

Mama Papa Ekspres

Drama bersiri Mama Papa Ekspres akan menemui penonton di slot Iris TV3. Menemukan gandingan Azrel Ismail dan Julia Farhana. Drama 20 episod arahan Emi Suffian terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.

JUDUL : MAMA PAPA EKSPRESS
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Julia Farhana, Azrel Ismail, Danish Hazriq, Sharifah Shahora, Hamdan Senario, Muntazar Ghufran, Ain Sufia

WATAK PELAKON 
Azrel Ismail sebagai Emir
Julia Farhana sebagai Fiona

SINOPSIS MAMA PAPA EXPRESS
~akan dikemaskini

Drama Encik Imam Ekspres (Astro)

Encik Imam Ekspres

Nantikan drama adaptasi novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tet yang disiarkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Mengandingkan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies. Encik Imam Ekspres akan bersiaran bermula 11 Mac 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

JUDUL : ENCIK IMAM EKSPRES
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia

WATAK PELAKON 
Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)
Elisya Sandha sebagai Atun
Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi
Ruzana Ibrahim sebagai  Zura
Anne Abdullah sebagai Suriani
Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien

LAGU TEMA / OST 
Ismail Izzani - Bidadari
Sempurna - Naim Daniel
Sekali Lagi - Naim Daniel
Yang Pertama - The Faith

SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES
Diya pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad. Diya menumpang dirumah rakannya, Atun yang juga adik kepada Iyad dan Ajim. Diya pulang bersama Atun ke kampung untuk majlis aqiqah anak Myza dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya.

Sementara itu, Ajim selalu menghantar anak angkatnya, Awish ke rumah keluarganya. Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna sehingga mahu memanggilnya Umi, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad yang mengetahui kepulangan Diya juga pulang ke kampung. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

SINOPSIS NOVEL ENCIK IMAM EKSPRES
Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Asalkan Dia Bahagia

Nantikan drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Ayda Jebat. Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

JUDUL : ASALKAN DIA BAHAGIA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Hani Fazuha
PENULIS SKRIP : PGR Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Pokmudo Seri, Fiqa Zamri, Rostan Man, Sheila Mambo


WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Adira Imani
Shukri Yahaya sebagai Haris Aryan
Idris Khan sebagai Ikmal Reza
Nadiyah Shahab sebagai Afida
Safura Ya'cob sebagai Puan Zarina
Esma Dainal sebagai Dato Hijaz
Marisa Yasmin sebagai Datin Maria
Rahhim Omar sebagai Tuan Bakhtiar
Fatin Afeefa sebagai Anna
Pokmudo Seri sebagai Tan Sri Jamil
Kay Maria sebagai Puan Sri Aminah
Syazuwan Hassan sebagai Azrin
Fiqa Zamri sebagai Naura
Rostan Man sebagai Haji Derus
Sheila Mambo sebagai Hajjah Kalsom
Datin Fadilah Mansor sebagai Zainab
Bella Dowanna sebagai Nina

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
Mengisahkan Adira yang menjadi rebutan abang angkatnya sendiri. Adira tahu selama ini bahawa dia adalah anak angkat kepada Puan Zarina dan Tuan Bakhtiar. Hubungan Adira dan anak lelaki mereka, Ikmal Reza juga sangat rapat. Menginjak dewasa, Ikmal tinggal di luar negara setelah tamat belajar lalu bekerja di sana. Ikmal merasakan tidak selesa jika dia pulang kerana Adira bukan mahramnya tetapi sebaliknya ada sesuatu yang cuba disembunyikan Ikmal.

Tidak mahu Ikmal berterusan membawa diri di luar negara kerana Adira, Puan Zarina bercadang mahu mengahwinkan Adira. Adira yang terdengar perbualan ibu angkatnya itu merasakan sedikit terkilan dan seperti mahu menghalaunya secara halus. Sudah terlalu banyak budi yang diberikan Puan Zarina kepada Adira. Kerana kasihnya Adira pada ibu angkatnya itu,  dia menerima untuk dijodohkan dengan Haris Aryan, anak teman baik keluarga angkatnya iaitu Datin Maria dan Dato Hijaz.

Haris juga merupakan teman baik Ikmal. Apabila mengetahui Haris bakal berkahwin dengan Adira, Ikmal terus pulang ke Malaysia dan meminta Adira untuk menolak lamaran tersebut. Ikmal berang kerana selama ini, dia sebenarnya mencintai Adira dan perasaan itu disembunyikan. Tetapi malangnya, perkahwinan Adira dan Haris tetap berlangsung. Perkahwinan mereka diuji dengan lebih-lebih lagi masing-masing tidak pernah meluahkan rasa cinta.

Timbul rasa curiga, lebih-lebih lagi Haris membuat pengakuan dia sudah berkahwin sebelum ini. Pengakuan tersebut sering mengganggu Adira. Masing-masing merasa curiga, mungkin adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Bagi Haris, orang ketiga itu adalah Ikmal dan bagi Adira, Afida adalah isteri pertama Haris. Adira sering meluahkan perasaan sedihnya kepada Ikmal. Tanpa pengetahuan Adira, Ikmal adalah racun yang merosakkan dalam senyap.

Di belakang Adira, Ikmal sentiasa mencari peluang untuk merebut Adira dan apabila Adira sering mengadu pada Ikmal, Haris tahu Ikmal akan menggunakan peluang itu untuk merampas Adira daripadanya.  Tanpa sedar,  kedua mereka sebenarnya sudah saling jatuh cinta tetapi tidak diluahkan kerana ego.

Bintang Bersama Bintang Musim 3 (2019)

Bintang Bersama Bintang 3

Program realiti Bintang Bersama Bintang Musim 3 kembali menghiburkan penonton TV3 yang akan mula bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. BBB 2019 menampilkan lima pelawak tanah air iaitu Achey, Shuk, Chaiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Juara BBB musim lalu Mark Adam akan bergandingan dengan Saiful Apek sebagai juri tetap manakala Elly Mazlein sebagai hos. Juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019 

Peserta diberi masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan. RM10,000 ditawarkan sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Para Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka. Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir. 

Drama Cikgu Papa Kirim Salam (TV3)


Nantikan drama romantik komedi berjudul 'Cikgu, Papa Kirim Salam' arahan Shuhaimi Lua. Dibintangi oleh Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Aprena Manrose, dan ramai lagi. Akan menemui penonton di slot Dahlia TV3 pada bulan Ogos nanti. 

JUDUL : CIKGU, PAPA KIRIM SALAM
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Marziah Manaf, Zyza Backy, Raja Azidah, Noralleiysaj
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, Iswan Ismail, Kuna Muzani, Anas Ridzuan, Aman Graseka, Rashidah Jaafar, Amanda Misbun, Kismah Johar, Julia Farhana Marin, Rafasya


WATAK PELAKON 
Amar Asyraf sebagai Adam Haikal
Liyana Jasmay sebagai Cikgu Siti Munirah
Rania Humaira sebagai Soraya
Zee Zainal sebagai Paan
Aprena Manrose sebagai Normala
Anas Ridzuan sebagai Anas Lokman
Kuna Muzani sebagai Hasimah
Aman Graseka sebagai Rahman
Shasha Raman sebagai Cikgu Intan
Iswan Ismail sebagai Sufian
Rashidah Jaafar sebagai Rohaya
Kismah Johar sebagai Salmah
Amanda Misbun sebagai Ibu Mimi
Julia Farhana Marin sebagai Atia
Rafasya sebagai Mimi

LAGU TEMA / OST 
Akim & The Majistret - Stereotype

SINOPSIS CIKGU PAPA KIRIM SALAM
Mengisahkan Adam Haikal, seorang duda berusia 30an tidak menyangka cikgu baru yang selalu diceritakan oleh anaknya, Soraya (8 tahun) adalah bekas kekasihnya yang juga cinta pertamanya, Siti Munirah. Bermulalah kisah bagaimana Adam berusaha memikat hati Siti Munirah dan ianya bukan semudah disangkakan, Siti Munirah sangat terluka dengan cara Adam meninggalkannya suatu masa dulu tanpa sebarang pesan. Dengan bantuan orang-orang di sekeliling Adam, mampukah Adam terus bertahan melembutkan hati Cikgu Siti itu?

Drama Cinta Tanpa Henti (TV3)


Cinta Tanpa Henti
Drama bersiri Cinta Tanpa Henti akan bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafril, Siti Elizad, Farahdhiya, Shah Jazle, Isa Khan, Nadia Brian dan ramai lagi. Drama 20 episod, terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Zamri Zakaria. Akan menemui penonton bermula 26 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : CINTA TANPA HENTI
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Februari 2019
WAKTU SIARAN :  Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Elizad Sharifuddin, Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian,  Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Hafidz Roshdi, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Noniswara, Zaefrul Nordin, Sharmaine Farouk, Azhar Amir, Qistina Raisah, Gen Darwish, Mia Deen



WATAK PELAKON 
Aeril Zafrel sebagai Hisyam
Elizad Sharifuddin sebagai Maya (Sumayyah)
Farahdhiya sebagai Salina
Isa Khan sebagai Zarif
Nadia Brian sebagai Zakiah
Arash Mohd sebagai Tuan Rahim
Sherie Merlis sebagai Puan Mahani
Marisa Yasmin sebagai Puan Hawa
Syazwan Zulkifly sebagai Daniel
Shahz Jaszle sebagai Arman
Hafidz Roshdi sebagai Saiful
Nynaa Harizal sebagai Hajar
Noniswara sebagai Puan Laila
Zaefrul Nordin sebagai Tuan Zaid
Sharmaine Farouk sebagai Puan Rozita
Azhar Amir sebagai Zakaria
Mahsuri Jesuli sebagai Mail
Mak Wan sebagai Cik Som
Hadi Nawawi sebagai En. Ikram
Effa Nareesha sebagai Dr Royaha
Qistina Raisah sebagai Syifa
Gen Darwish sebagai Ekal
Mia Deen sebagai Sophia

LAGU TEMA / OST 
Teristimewa - Erul Samah

SINOPSIS CINTA TANPA HENTI
Kisah Sumayyah anak Tuan Rahim disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Sumayyah bercinta dengan Hisyam, seorang pelukis jalanan tetapi mendapat tentangan dari Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif, anak kepada Tan Sri Zaid untuk mengembangkan empayar business.

Akhirnya mereka berkahwin atas bantuan kakak Maya, Salina yang sebenarnya membenci Maya yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam keluarga. Namun keluarga Maya tidak boleh menerima Hisham yang berbeza darjat.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak. Namun Maya disahkan menghidapi menyakit Sirosis (liver failure). Hisyam berusaha keras menampung kos rawatan Sumayyah dan untuk mendapatkan rawatan Hisham terpaksa terima syarat bapa mertuanya iaitu menyerahkan kembali Maya.

Drama Jodoh Jodoh Annisa (Astro)


Jodoh-Jodoh Annisa

Nantikan drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa yang bakal disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima dan Prima HD pada 19 Februari 2019 menggantikan drama Selafaz Cinta.. Drama 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Membariskan pelakon seperti Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq , Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Daniella Sya, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Prima HD (saluran 121).

JUDUL : JODOH-JODOH ANNISA
JUMLAH EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN TV : Astro Prima 105 & Prima HD 121
PENULIS SKRIP : La Ode M.Farhan & hanan Novianti
PENGARAH : Mohamad Riza Baharudin
TERBITAN : Elite Forsure Sdn Bhd

PELAKON : Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Shah Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin, Zalfa Zin

WATAK PELAKON 
Izara Aishah sebagai Annisa
Aaron Aziz sebagai Nizam
Amar Baharin sebagai Rizal
Shah Iskandar sebagai Syafiq
Afiq Muiz sebagai Ishak
Raja Afiq sebagai Roy
Fizz Fairuz sebagai Rykarl
Hilal Azman sebagai Tuan Azhar
Rosnah Johari sebagai Hayati
Shiqin Kamal sebagai Rita
Fikhree Bakar seagai Haris
Adam Corrie sebagai Jackie
Daniella Sya sebagai Ballin
Fatin Afeefa sebagai Shiela
Ekin Kamarudin sebagai Liza
Khalis Dean Zaqwan sebagai Adam
Aryanna Alyssa Dezek sebagai Sophia

LAGU TEMA / OST 
Jdudul : Sambil
Penyanyi : Irfan Haris & Amira Othman
Lagu : Haiqal Iskandar & Irfan Haris
Lirik : Ubaidillah

SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA
Berkisarkan konflik keluarga dan percintaan. Annisa terpaksa menempuh jalan hidup yang berliku baik dari segi kerjaya dan percintaan. Dugaan hidup memaksa Annisa memilih antara lima jejaka, sementara dia bersaing dalam industri yang didominasi lelaki.

Drama Leftenan Zana (TV3)


Leftenan Zana

Nantikan drama baharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Leftenan Zana. Menampilkan Janna Nick sebagai watak utama. Turut dibintangi oleh Redza Rosli, Tunku Hanis, Aprena Manrose, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama berkonsep ketenteraan ini diarahkan oleh Azman Yahya bakal disiarkan di TV3 bermula 8 Februari 2019, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.
  
JUDUL : LEFTENAN ZANA
TARIKH TAYANGAN : 8 Februari 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Azman Hj Yahya @Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera



WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Zana
Tunku Hanis sebagai Raz
Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
Zarul Husin sebagai Arul
Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
Nazrief Nazri sebagai Zaidi
Aprena Manrose sebagai Tisya
Izzat Mushtaq sebagai Faiz
Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra

SINOPSIS LEFTENAN ZANA

Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)


Misi Penculikan Cinta

Saksikan telefilem sempena AJL 33 bertajuk Misi Penculikan Cinta lakonan Sissy Imann, Niezam Zaidi dan Sweet Qismina pada Sabtu, 2 Februari pukul 9:30 malam di TV3. 

JUDUL: MISI PENCULIKAN CINTA
WAKTU SIARAN: Sabtu, 2 Februari 2019, 9:30 malam
SIARAN TV: Slot Cerekarama TV3
PENGARAH: Amor Rizan
PRODUKSI: Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON: Sissy Imann, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nor Aliah Lee

SINOPSIS MISI PENCULIKAN CINTA
Mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas.

Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta. Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?



Drama Senafas Rindu (Astro)


Nantikan drama adaptasi novel Senafas Rindu karya Damya Hanna yang bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Drama arahan Amor Rizan ini menemukan gandingan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Bakal menemui penonton pada bulan Februari tahun depan.

JUDUL : SENAFAS RINDU
TARIKH TAYANGAN : Februari 2019
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Damya Hanna
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Arash Mohd, Liza Abdullah, Aziza Kazan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Fariz Ashman
Elizabeth Tan sebagai Vivianne/ Siti Nur Ain
Kahoe Hon sebagai Kelvin
Alya Iman sebagai Shafika

SINOPSIS SENAFAS RINDU
Kisah Fariz dan Vivianna yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab. 

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Senafas Rindu
Pelakon drama Senafas Rindu

Drama Setelah Cinta Itu Pergi (TV3)


Setelah Cinta Itu Pergi
Drama adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. Turut dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture.

JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi

WATAK PELAKON 
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?


Drama Dia Menantu Rahsia (TV3)


Nantikan drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan dan Mona Allen. Drama 28 episod arahan Pali Yahya. Akan menemui penonton pada bulan Januari 2019. 

JUDUL : DIA MENANTU RAHSIA
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad


WATAK PELAKON 
Ashraf Muslim sebagai Syakir 
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia 

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu? 

Telefilem Mak Cik Acapella (TV3)


Mak Cik Acapella

Saksikan telefilem Mak Cik Acapella lakonan Aiman Tino, Liza Abdullah, Didie Alias dan Amyza Aznan pada Sabtu pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : MAK CIK ACAPELLA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 Januari 2019
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Syahid Johan
PRODUKSI : Balang Rimbun
PELAKON : Aiman Tino, Liza Abdullah, Didie Alias, Amyza Aznan, Putri Hanan, Amir Raja Lawak, Rawi Muhamad, Syafiq Asyraff

SINOPSIS MAK CIK ACAPELLA
Mengisahkan Sofjan, seorang penyanyi terkenal telah menghilangkan diri selepas kontroversi hebat menimpa dirinya. Saat kejatuhannya itu, dia telah lari ke kampung Mak Longnya, Salmiah. Mak Long seorang yang pendiam dan menjadi persoalan kepada Sofjan, apabila setiap pagi Mak Long akan mendengar lagu kegemarannya tetapi Sofjan tidak tahu akan lagu itu. Sejak dia berada di kampung itu, dia berkenalan dengan Mak Timah, Mak Ya dan Mak Liza yang masing-masing mempunyai bakat dalam nyanyian sehingga berjaya menubuhkan Kumpulan Acapella di bawah bimbingan Sofjan.



Drama Mek Gyver 2 (UnifiTv)


Mek Gyver 2

Drama rantaian Mek Gyver 2 menampilkan lakonan Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Azam Pitt dan ramai lagi. Drama arahan Rusdi Ramli terbitan A.Aida Production. Akan bersiaran bermula 4 Januari setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD saluran 113, Unifi TV .

JUDUL : MEK GYVER 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Salam HD 113 (Unifi TV)
PENULIS SKRIP : Rosmadewi Zain
PENGARAH : Rusdi Ramli
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Azam Pitt, Azlan Mokhtar, Afzan A.Rahman , Zoey Rahman, Syuhaida Abraz, Aida Khalida, Khaty Azian, Sheila Hassan

WATAK PELAKON
Aisya Hasnaa sebagai Zarra
Reza Hasbi sebagai Aris
Azam Pitt sebagai Aizul
Afzan A.Rahman sebagai Izlan
Azlan Mokhtar sebagai Zainal
Zoey Rahman sebagai Razif
Syuhaida Abraz sebagai Jenab
Sheila Hassan sebagai Munah

SINOPSIS MEK GYVER 2
Kisah Zarra seorang wanita yang mahir melakukan kerja baik pulih. Zara memilih Aris sebagai kekasih. Aizul, Izlan dan Zainal berpakat untuk memisahkan mereka.

Pelakon Mek Gyver 2
Pelakon drama Mek Gyver 2

Telefilem Misteri Tasik Biru (Astro Citra)


Misteri Tasik Biru

Saksikan telefilem seram Misteri Tasik Biru arahan Pitt Hanif yang akan ditayangkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada Sabtu, 5 Januari 2019, pukul 9 malam. 

JUDUL : MISTERI TASIK BIRU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 malam, 5 Januari 2019
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENGARAH : Pitt Hanif
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Nik Adam Mika, Rykarl Iskandar, Mystique Innaya, Aniq Iffat, Anwar Syafiq, Henzi Andalas

SINOPSIS MISTERI TASIK BIRU 
Sekumpulan kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang bergabung untuk menyiasat mengenai misteri sebuah tasik, namun apakah yang bakal berlaku kepada mereka?

Sinopsis Filem XX Ray 3 (2019)


XX Ray 3

Pengarah tersohor Aziz M Osman kembali menghasilkan filem bergenre fiksyen sains berjudul XX Ray III sekuel kepada filem XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995). Filem terbitan Ace Motion Pictures ini menelan belanja sekitar RM2.5 juta. Akan ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2019.

TAJUK : XX RAY III
Tarikh Tayangan : 24 Januari 2019
Genre : Fiksyen Sains 
Pengarah : Aziz M. Osman
Produksi : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Izzue Islam​, Nonny Nadirah,​ Ardell Aryana,​ Dazrin Kamarudin,​ Saiful Apek​, Ashraf Muslim,​ Adam John,​ Dato Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman

WATAK PELAKON 
Izzue Islam sebagai Rayyan
Nonny Nadirah sebagai Lana
Adam John sebagai Sam
Dazrin Kamaruddin sebagai Rosman
Ardell Aryana sebagai Adel
Ashraf Muslim sebagai Rizal
Saiful Apek sebagai Azli
Dato Rahim Razali sebagai Tan Sri Ismail
Dato Jalaludin Hassan sebagai Hang Tuah
Razak Ahmad sebagai Harun
Aziz M.Osman sebagai Amir

SINOPSIS FILEM XX RAY III
Mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan (sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.

Insiden tersebut disebabkan wormhole yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.

Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.

Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.


Drama Destinasi Ukhuwah (TV1)


Destinasi Ukhuwah

Drama bersiri Destinasi Ukhwah arahan Shuhaimi Zulkefli menerapkan genre ‘roadmovie’ secara santai serta diselitkan juga mesej keagamaan. Bersiaran mulai 31 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

JUDUL : DESTINASI UKHUWAH
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11.30 pagi
SIARAN TV : Slot Kejora TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ikhwan Shah & Shuhaimi Zulkefli
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Zalif Sidek, Amerul Affendi, Fendy Bakry, Adam Shahz

SINOPSIS DESTINASI UKHUWAH
Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal.

Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.

Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain.

Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.
Zalif Sidek
Amerul Affendi
Fendy Bakry
Adam Shahz

Drama Kariah Cak Pong (TV3)


Kariah Cak Pong

Drama bersiri Kariah Cak Pong akan menemui penonton di slot Iris TV3. Menmenampilkan pelakon Razak Ahmad, Kazar Saisi, Shamsul Ghau Gahu, Amelina, Hanna Aqeela dan ramai lagi. Drama komedi arahan Shuhaimi Lua. Akan ditayangkan pada bulan Mac 2019. 

JUDUL : KARIAH CAK PONG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Mac 2019
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amelina, Kuna Muzani, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Hanna Aqeela, Feiyna Tajudin, Sissy Imann, Faez Nick, Zahir, Amyza Aznan, Amar Asyraf, Abil, Ilman Saldi

WATAK PELAKON
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Nan
Kazar Saisi sebagai Pak Nin
Razak Ahmad sebagai Pak Non
Amelina sebagai Mak Ndak Bella
Kuna Muzani sebagai Mak Shidah
Ashraf Jamaludin sebagai Daud
Zee Zainal asebagai Murad
Hanna Aqeela sebagai Shuhaiza
Feiyna Tajudin sebagai Rokiah
Faez Nick sebagai Joe Mutalib

SINOPSIS KARIAH CAK PONG
Mengisahkan tiga orang sahabat baik Pak Nan, Pak Nin dan Pak Non yang mengambil keputusan untuk menghabiskan usia tua mereka di kampung kelahiran dan mengimarahkan Surau Cak Pong.

Telefilem Sesaat Bahagiaku (ntv7)


Sesaat Bahagiaku

Jangan lupa saksikan gandingan Redza Rosli dan Emma Maembong dalam telefilem Sesaat Bahagiaku pada Ahad, 30 Disember, 8:30 malam di ntv7

JUDUL : SESAAT BAHAGIAKU
WAKTU SIARAN : Ahad, 30 Januari 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna NTV7
PENULIS SKRIP : Rozie Ahamad, PGRs Team
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Emma Maembong, Didie Alias, Laila Nasir, Shasha Raman, Ashraf Jamaludin, Muhammad Burhanudin, Faizal Ismail, Nor Helmi Nordin, Wan Nur Syafiqa

SINOPSIS SESAAT BAHAGIAKU
Kisah suami isteri yang berperang dengan suka dan duka semasa menerima cahaya mata selepas 10 tahun penantian. Bayi itu hanya mampu hadir dalam hidup mereka selama beberapa minggu sahaja.

Hubungan Ishak dan Zila mula retak setelah hampir 10 tahun berumah tangga. Ishak tertekan apabila emaknya sering bercakap bukan–bukan mengenai isterinya yang gagal memberi zuriat. Puas mereka berusaha melalui cara moden dan tradisional, namun tetap tidak berjaya.. Namun rezeki allah tiba-tiba datang, Zila disahkan mengandung dan hubungan mereka bertaut semula. Tiba saat untuk melahirkan anak, sekali lagi mereka diduga apabila kereta mereka rosak dan terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan teksi. Kebetulan rakan sekerja Ishak, Romi juga sedang menghadapi masalah, apabila bayi yang baru dilahirkan isterinya, mengalami masalah organ dalaman. Romi buntu mencari penderma organ sehingga mereka sesat dan berlaku pertengkaran antara Romi dan Ishak.

Zila dan Ishak begitu gembira dengan kelahiran bayi mereka, namun kegembiraan itu hanya sementara kerana bayi yang dilahirkan tidak mampu hidup lama kerana mengalami  masalah demam panas dan tidak dapat diselamatkan. Ishak buntu dan ketika itu Romi datang memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Ishak. Zila tidak dapat menerima hakikat kehilangan anaknya sehingga dia  mengalami kemurungan.

Ishak membawa Zila bertemu dengan anak Romi & Zaitun, Zila kembali ceria dan menganggap seperti anaknya sendiri.  Mereka juga berjanji akan menganggap Zila sebagai ibu kedua anak mereka.