Drama Setelah Cinta Itu Pergi (TV3)


Setelah Cinta Itu Pergi
Drama adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. Turut dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture.

JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi

WATAK PELAKON 
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?


Drama Dia Menantu Rahsia (TV3)


Nantikan drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan dan Mona Allen. Drama 28 episod arahan Pali Yahya. Akan menemui penonton pada bulan Januari 2019. 

JUDUL : DIA MENANTU RAHSIA
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad


WATAK PELAKON 
Ashraf Muslim sebagai Syakir 
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia 

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu? 

Telefilem Mak Cik Acapella (TV3)


Mak Cik Acapella

Saksikan telefilem Mak Cik Acapella lakonan Aiman Tino, Liza Abdullah, Didie Alias dan Amyza Aznan pada Sabtu pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : MAK CIK ACAPELLA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 Januari 2019
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Syahid Johan
PRODUKSI : Balang Rimbun
PELAKON : Aiman Tino, Liza Abdullah, Didie Alias, Amyza Aznan, Putri Hanan, Amir Raja Lawak, Rawi Muhamad, Syafiq Asyraff

SINOPSIS MAK CIK ACAPELLA
Mengisahkan Sofjan, seorang penyanyi terkenal telah menghilangkan diri selepas kontroversi hebat menimpa dirinya. Saat kejatuhannya itu, dia telah lari ke kampung Mak Longnya, Salmiah. Mak Long seorang yang pendiam dan menjadi persoalan kepada Sofjan, apabila setiap pagi Mak Long akan mendengar lagu kegemarannya tetapi Sofjan tidak tahu akan lagu itu. Sejak dia berada di kampung itu, dia berkenalan dengan Mak Timah, Mak Ya dan Mak Liza yang masing-masing mempunyai bakat dalam nyanyian sehingga berjaya menubuhkan Kumpulan Acapella di bawah bimbingan Sofjan.



Drama Mek Gyver 2 (UnifiTv)


Mek Gyver 2

Drama rantaian Mek Gyver 2 menampilkan lakonan Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Azam Pitt dan ramai lagi. Drama arahan Rusdi Ramli terbitan A.Aida Production. Akan bersiaran bermula 4 Januari setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD saluran 113, Unifi TV .

JUDUL : MEK GYVER 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Salam HD 113 (Unifi TV)
PENULIS SKRIP : Rosmadewi Zain
PENGARAH : Rusdi Ramli
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Azam Pitt, Azlan Mokhtar, Afzan A.Rahman , Zoey Rahman, Syuhaida Abraz, Aida Khalida, Khaty Azian, Sheila Hassan

WATAK PELAKON
Aisya Hasnaa sebagai Zarra
Reza Hasbi sebagai Aris
Azam Pitt sebagai Aizul
Afzan A.Rahman sebagai Izlan
Azlan Mokhtar sebagai Zainal
Zoey Rahman sebagai Razif
Syuhaida Abraz sebagai Jenab
Sheila Hassan sebagai Munah

SINOPSIS MEK GYVER 2
Kisah Zarra seorang wanita yang mahir melakukan kerja baik pulih. Zara memilih Aris sebagai kekasih. Aizul, Izlan dan Zainal berpakat untuk memisahkan mereka.

Pelakon Mek Gyver 2
Pelakon drama Mek Gyver 2

Telefilem Misteri Tasik Biru (Astro Citra)


Misteri Tasik Biru

Saksikan telefilem seram Misteri Tasik Biru arahan Pitt Hanif yang akan ditayangkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada Sabtu, 5 Januari 2019, pukul 9 malam. 

JUDUL : MISTERI TASIK BIRU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 malam, 5 Januari 2019
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENGARAH : Pitt Hanif
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Nik Adam Mika, Rykarl Iskandar, Mystique Innaya, Aniq Iffat, Anwar Syafiq, Henzi Andalas

SINOPSIS MISTERI TASIK BIRU 
Sekumpulan kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang bergabung untuk menyiasat mengenai misteri sebuah tasik, namun apakah yang bakal berlaku kepada mereka?

Sinopsis Filem XX Ray 3 (2019)


XX Ray 3

Pengarah tersohor Aziz M Osman kembali menghasilkan filem bergenre fiksyen sains berjudul XX Ray III sekuel kepada filem XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995). Filem terbitan Ace Motion Pictures ini menelan belanja sekitar RM2.5 juta. Akan ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2019.

TAJUK : XX RAY III
Tarikh Tayangan : 24 Januari 2019
Genre : Fiksyen Sains 
Pengarah : Aziz M. Osman
Produksi : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Izzue Islam​, Nonny Nadirah,​ Ardell Aryana,​ Dazrin Kamarudin,​ Saiful Apek​, Ashraf Muslim,​ Adam John,​ Dato Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman

WATAK PELAKON 
Izzue Islam sebagai Rayyan
Nonny Nadirah sebagai Lana
Adam John sebagai Sam
Dazrin Kamaruddin sebagai Rosman
Ardell Aryana sebagai Adel
Ashraf Muslim sebagai Rizal
Saiful Apek sebagai Azli
Dato Rahim Razali sebagai Tan Sri Ismail
Dato Jalaludin Hassan sebagai Hang Tuah
Razak Ahmad sebagai Harun
Aziz M.Osman sebagai Amir

SINOPSIS FILEM XX RAY III
Mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan (sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.

Insiden tersebut disebabkan wormhole yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.

Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.

Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.


Drama Destinasi Ukhuwah (TV1)


Destinasi Ukhuwah

Drama bersiri Destinasi Ukhwah arahan Shuhaimi Zulkefli menerapkan genre ‘roadmovie’ secara santai serta diselitkan juga mesej keagamaan. Bersiaran mulai 31 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

JUDUL : DESTINASI UKHUWAH
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11.30 pagi
SIARAN TV : Slot Kejora TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ikhwan Shah & Shuhaimi Zulkefli
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Zalif Sidek, Amerul Affendi, Fendy Bakry, Adam Shahz

SINOPSIS DESTINASI UKHUWAH
Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal.

Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.

Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain.

Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.
Zalif Sidek
Amerul Affendi
Fendy Bakry
Adam Shahz

Drama Kariah Cak Pong (TV3)


Kariah Cak Pong

Drama bersiri Kariah Cak Pong akan menemui penonton di slot Iris TV3. Menmenampilkan pelakon Razak Ahmad, Kazar Saisi, Shamsul Ghau Gahu, Amelina, Hanna Aqeela dan ramai lagi. Drama komedi arahan Shuhaimi Lua. Akan ditayangkan pada bulan Mac 2019. 

JUDUL : KARIAH CAK PONG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Mac 2019
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amelina, Kuna Muzani, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Hanna Aqeela, Feiyna Tajudin, Sissy Imann, Faez Nick, Zahir, Amyza Aznan, Amar Asyraf, Abil, Ilman Saldi

WATAK PELAKON
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Nan
Kazar Saisi sebagai Pak Nin
Razak Ahmad sebagai Pak Non
Amelina sebagai Mak Ndak Bella
Kuna Muzani sebagai Mak Shidah
Ashraf Jamaludin sebagai Daud
Zee Zainal asebagai Murad
Hanna Aqeela sebagai Shuhaiza
Feiyna Tajudin sebagai Rokiah
Faez Nick sebagai Joe Mutalib

SINOPSIS KARIAH CAK PONG
Mengisahkan tiga orang sahabat baik Pak Nan, Pak Nin dan Pak Non yang mengambil keputusan untuk menghabiskan usia tua mereka di kampung kelahiran dan mengimarahkan Surau Cak Pong.

Telefilem Sesaat Bahagiaku (ntv7)


Sesaat Bahagiaku

Jangan lupa saksikan gandingan Redza Rosli dan Emma Maembong dalam telefilem Sesaat Bahagiaku pada Ahad, 30 Disember, 8:30 malam di ntv7

JUDUL : SESAAT BAHAGIAKU
WAKTU SIARAN : Ahad, 30 Januari 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna NTV7
PENULIS SKRIP : Rozie Ahamad, PGRs Team
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Emma Maembong, Didie Alias, Laila Nasir, Shasha Raman, Ashraf Jamaludin, Muhammad Burhanudin, Faizal Ismail, Nor Helmi Nordin, Wan Nur Syafiqa

SINOPSIS SESAAT BAHAGIAKU
Kisah suami isteri yang berperang dengan suka dan duka semasa menerima cahaya mata selepas 10 tahun penantian. Bayi itu hanya mampu hadir dalam hidup mereka selama beberapa minggu sahaja.

Hubungan Ishak dan Zila mula retak setelah hampir 10 tahun berumah tangga. Ishak tertekan apabila emaknya sering bercakap bukan–bukan mengenai isterinya yang gagal memberi zuriat. Puas mereka berusaha melalui cara moden dan tradisional, namun tetap tidak berjaya.. Namun rezeki allah tiba-tiba datang, Zila disahkan mengandung dan hubungan mereka bertaut semula. Tiba saat untuk melahirkan anak, sekali lagi mereka diduga apabila kereta mereka rosak dan terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan teksi. Kebetulan rakan sekerja Ishak, Romi juga sedang menghadapi masalah, apabila bayi yang baru dilahirkan isterinya, mengalami masalah organ dalaman. Romi buntu mencari penderma organ sehingga mereka sesat dan berlaku pertengkaran antara Romi dan Ishak.

Zila dan Ishak begitu gembira dengan kelahiran bayi mereka, namun kegembiraan itu hanya sementara kerana bayi yang dilahirkan tidak mampu hidup lama kerana mengalami  masalah demam panas dan tidak dapat diselamatkan. Ishak buntu dan ketika itu Romi datang memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Ishak. Zila tidak dapat menerima hakikat kehilangan anaknya sehingga dia  mengalami kemurungan.

Ishak membawa Zila bertemu dengan anak Romi & Zaitun, Zila kembali ceria dan menganggap seperti anaknya sendiri.  Mereka juga berjanji akan menganggap Zila sebagai ibu kedua anak mereka.


Telefilem Hujan Manik (TV1)


Hujan Manik

JUDUL : HUJAN MANIK
WAKTU SIARAN : Isnin, 31 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung TV1 (RTM)
SKRIP: Afiza Asram & Ken Ridzuan
PENGARAH : Hisyamudian Ahmad
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Muhammad Raif Irfan Razali, Mohammad Hariry Abdul Jalil, Fauziah Nawi, Rominah Sedik, Irfan Rajali, Hairy Jalil, Eyza Aryza, Elaine Aidid, Reen Rahim, Kamarool Hj Yusof, Ken Ridzuan, Amai Kamaruddin

SINOPSIS HUJAN MANIK
Mengisahkan tentang Kalsom dan Samiah yang terpisah daripada kecil berikutan serangan Komunis semasa era darurat tetapi, akhinya mereka bertemu semula.

Bayu merupakan cucu kepada Kalsom dan tidak berminat ke sekoah akibat permasalahan yang berlaku di rumahnya. Manakala Nodin pula sebagai bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Bayu kerana sikap kecewanya yang masih menebal akibat kehilangan isterinya.

Bayu mendapat perhatian daripada neneknya, Kalsom namun ia belum cukup memberi kesan pada cara kehidupannya membesar. Sebagai anak dia mengharapkan perhatian lebih daripada ayahnya apatahlagi dia membesar tanpa belaian seorang ibu seperti rakan-rakannya yang lain.

Kisah Bayu mendapat perhatian Cikgu Wati yang menyedari tentang perilaku anak muridnya itu. Dengan bantuan rakannya, Balqis dan Sofea yang datang dari bandar, dia lalu merancang untuk mengaturkan kempen pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah hadir ke sekolah.

Secara kebetulan Balqis merupakan cucu kepada Samiah yang telah lama terpisah dengan adiknya, Kalsom. Pertemuan Balqis dan Kalsom semasa kehilangan Bayu membongkar rahsia pertemuan melalui gelang yang dipakai oleh Balqis hasil pemberian daripada Samiah sebelum Balqis berangkat ke kampung.

Adakah pertemuan Samiah dan Kalsom mampu mengubah perilaku Bayu dan memberi impak yang besar kepada cara Bayu membesar?

Telefilem Syaitan (Astro Citra)


Syaitan Astro Citra

Saksikan telefilem seram bertajuk 'Syaitan' lakonan Idris Khan, Tasha Shilla, Rita Rudaini serta adik Durra Milteda. Bakal disiarkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada Sabtu pukul 9 malam. 

JUDUL : SYAITAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 29 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra (131) & Citra HD (126)
SKRIP : Syed Taufik Al Attas
PENGARAH : Murali Abdullah
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Idris Khan, Tasha Shilla, Cynta Azura

SINOPSIS SYAITAN 
Kejutan yang dirancang oleh Zahid untuk meraikan ulangtahun perkahwinan bersama-sama isteri dan anaknya bertukar menjadi tragedi. Zahid harus memilih untuk menyelamatkan nyawa salah seorang di antara mereka. 

Pelakon Syaitan Astro
Pelakon telefilem Syaitan Astro

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)


Rezeki Tanpa Alamat

Jangan lupa saksikan telefilem Rezeki Tanpa Alamat lakonan Azrel Ismail, Jasmin Hamid dan Ahmad Iswazir Ismail pada Sabtu, 29 Disember pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : REZEKI TANPA ALAMAT
WAKTU SIARAN : Sabtu, 29 Disember 2018, 9:00 malam  
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ahmad Idham
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof

SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT
Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi.

Drama Petua Nenek (TV3)


Petua Nenek

Nantikan drama Petua Nenek yang akan mengisi slot Dahlia TV3. Drama bersiri 20 episod arahan Along Kamaludin. Dibintangi oleh Adiba Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Keena Mentor, Fazli Zainal dan ramai lagi.  Disiarkan mulai 22 Disember 2018 di slot Dahlia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam mulai 22 Disember ini.

JUDUL : PETUA NENEK
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Disember 2018
HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azlina Din & Azni Ishak
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adiba Yunus, Liza Abdullah, Fazli Zainal, Zaidi Omar, Julia Farhana Marin, Annie Arifin, Raja Afiq, Nafiez Zaidi, Angoh Ganu, Keena Mentor, Ieda Moin, Syuhaida Abraz, Jasmine Ashraff, Din Lawak Solo, Rahim Kidol, Halimah, Ikhlas Jalil, Talha Harith

WATAK PELAKON 
Adiba Yunus sebagai Qaseh Arina
Liza Abdullah sebagai Nek Embun
Fazli Zainal sebagai Dato Rafael
Zaidi Omar sebagai Lebai Daud
Julia Farhana Marin sebagai Zati
Annie Arifin DFKL sebagai Rina
Raja Afiq sebagai Nash
Nafiz Zaidi sebagai Rahimi
Angoh Ganu sebagai Ucop
Keena Mentor sebagai Leha
Ieda Moin sebagai Cik Lily
Syuhaida Abraz sebagai Jaja
Jasmine Ashraff sebagai Cikgu ROse
Din Lawak Solo sebagai Leman
Rahim Kidol sebagai Haji Naper
Halimah sebagai Mak Timah

SINOPSIS PETUA NENEK 
Mengisahkan Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dibesarkan oleh neneknya, Nek Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh. Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh.

Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?

GAMBAR PELAKON
Petua Nenek

Drama Sesegar Nailofar (TV1)


Sesegar Nailofar

Nantikan drama adaptasi novel Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar. Mebawakan gandingan utama Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman dan Kodi Rasheed. Drama terbitan produksi NS Star Studio ini diarahkan oleh Amor Rizan. Akan menemeui penonton mulai 23 Disember ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malam mengisi Slot Widuri di TV1.

JUDUL : SESEGAR NAILOFAR
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Zaid Akhtar
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : NS Star Studio
PELAKON : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Zarina Zainuddin, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nelissa Edreena, Shahriza Mahmud, Leeza Zain

WATAK PELAKON
Erwin Dawson sebagai Iqbal
Hanna Aqeela sebagai Hazwani
Aishah Azman sebagai Salsabila
Kodi Rasheed sebagai Nazim

SINOPSIS SESEGAR NAILOFAR
Hubungan persahabatan antara Iqbal dan Salsabila terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Salsabila kagum dengan kebijaksanaan Iqbal dalam pelajaran dan pada masa sama bertanggungjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa.

Ibu Salsabila, Shahera seringkali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan Sargoff. Dalam diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dengan Nazim, anak Zaiton yang baru menamatkan pengajian dari England. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi.

Ketika itu di kawasan perumahan mereka menjadi kecoh apabila ahli sebuah kumpulan jenayah, Kumpulan Gagak Merah telah ditangkap. Ditakdirkan Iqbal dan Marisa melanjutkan pengajian ke Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluarganya menyambung pelajaran dalam negara. Salsabila dan Iqbal berjanji akan setia dalam hubungan mereka dan Salsabila juga membantu kewangan Iqbal untuk perbelanjaan di Mesir.

Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yang membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwni menjadi rapat. Pada masa sama Iqbal seringkali menerima kiriman email daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Nailofar yang membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.

Rahsia percintaan mereka selama tiga tahun musnah bila Shahera mengetahui perkara tersebut. Salsabila pula menggesa Iqbal mempercepatkan usaha meminangnya. Iqbal akhirnya pulang ke Malaysia. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dengan Nazim kerana bimbangkan kesihatan ibunya yang mendesaknya berkahwin dengan lelaki itu. Rombongan Iqbal meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibunya walaupun ayah Salsabila merestui hubungan anaknya dengan Iqbal.

Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yang baran dan kasar. Perkara itu disampaikan kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita. Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yang digunakan sama seperti yang diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.

Sementara itu Salsabila terkejut melihat gambar Nazim berlatar belakangkan logo Kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dengan kumpulan penjenayah tersebut.

Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yang sama dengan Salsabila mengajar. Mereka mesra sebagai rakan sekerja. Iqbal dan Hazwani pula akhirnya selamat menjadi suami isteri.

Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitahu perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama. Di situlah Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.

Hazwani terkesan dengan kisah silam Salsabila dengan Iqbal yang menyebabkannya menjauhkan diri daripada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya meyakinkan Hazwani bahawa hubungan cinta dengan Iqbal telah lama berakhir.

Siasatan polis mendapati Nazim merupakan anggota Kumpulan Gagak Merah dan tidak menghabiskan pengajiannya di England. Salsabila berasa tertipu dengan kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dengan tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila. Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya. Dia memukul Salsabila hingga menyebabkan isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim.

Kejadian itu membuka hati Hazwani untuk menerima kehadiran Salsabila dalam hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya? 

Sesegar Nailofar

Telefilem Bawaku Terbang (ntv7)


Bawaku Terbang

Jangan lupa saksikan telefilem Bawaku Terbang lakonan Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari dan Ain Edruce pada Ahad, 22 Disember 2018, jam 9:30 malam di ntv7.

JUDUL : BAWAKU TERBANG
WAKTU SIARAN : Ahad, 22 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Kas Roshan
PRODUKSI : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari, Ain Edruce, Miera Rahim

LAGU : Terbang Denganmu - Panic Room

SINOPSIS BAWAKU TERBANG
Am seorang gamers yang sangat suka menghabiskan masa bermain game. Antara game kegemarannya adalah game penerbangan. Suatu hari Am dicabar oleh salah seorang gamer untuk masuk ek akademi penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang sebenar. Am berusaha mengambil semula SPM dan memohon pembiayaan untuk melayakkan dia untuk masuk ke Akademi penerbangan.

Setelah melalui pelbagai halangan akhirnya Am berjaya menjejakkan kaki ke Akedemi Penerbangan untuk menjadi juruterbang sebenar. Bagaimanapun,  sebaik diterima sebagai kadet, Am menyedari  satu lagi halangannya iaitu GAYAT!  Am hampir berputus asa namun setelah diberi semangat oleh jurulatihnya, Kapten Wan, Am berjaya mengatasi fobianya itu. Am yang sering menjadi bahan kutukan mengadu nasib kepada Julie, seorang kadet wanita yang sama-sama dalam akademi itu.

Lama-kelamaan hubungan antara mereka mula rapat tanpa mengetahui sebenarnya Julie merupakan gamers yang pernah mencabar Am dulu. Akhirnya Am dan Julie sama-sama berjaya menamatkan latihan mereka dan menjadi seorang juruterbang.


Drama Semua Salahku (TV3)


Semua Salahku

Nantikan drama bersiri Semua Salahku yang bakal ditayangkan slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz, Syed Aiman dan ramai lagi. Drama terbitan A.Aida Production dibawah arahan Along Kamaludin. Akan datang tahun 2019. 

JUDUL : SEMUA SALAHKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiz Muaz, Nafiez Zaidi, Zee Zainal, Neera Azizi, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan A Rahman, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON 
Fasha Sandha sebagai Sofhi
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Nafiz Muaz sebagai Harris
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran

SINOPSIS SEMUA SALAHKU
Mengisahkan Sofi, seorang anak derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab pada anaknya Harris.

Selekoh Terakhir (ntv7)


Selekoh Terakhir

Jangan lupa saksikan telefilem Selekoh Terakhir lakonan Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa dan Jasmine Suraya pada hari Ahad, 16 Disember, pukul 9.30 malam di ntv7. 

JUDUL : SELEKOH TERAKHIR
WAKTU SIARAN : Ahad, 16 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna Ntv7
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Ikmal Amry, Nadzmi Adhwa, Jasmine Suraya, Marisa Yasmin, Emelda Rosemila, Zaefrul Nordin, Tony Eusoff

SINOPSIS SELEKOH TERAKHIR
Kamal and Ridwan merupakan sepupu rapat and bercita-cita sama untuk menunggang motorsikal di peringkat antarabangsa. Kamal berjaya berlatih secara professional manakala Ridwan tidak mempunyai apa-apa.

Pelakon Selekoh Terakhir

Nadi Luna (TV3)


Nadi Luna

Saksikan gandingan Amelia Henderson dan Azrel Ismail dalam telefilem 'Nadi Luna' pada Sabtu, 15 Disember, pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : NADI LUNA 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 15 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Sefea J Rhyland
PENGARAH : Harris Fadzillah
PRODUKSI : Tenview Production
PELAKON : Amelia Henderson, Azrel Ismail, Nik Hadiff Dani, Qistina Raisah, Elisya Sandha, Afiq Muiz

SINOPSIS NADI LUNA
Kisah Fira yang sibuk dengan persiapan sambutan hari jadi untuk Riyaan yang kelima. Dia sanggup berbelanja lebih untuk merealisasikan tema hari jadi Riyyan. Amri tidak bersetuju langsung kerana baginya semua itu membazir.

Bagaimanapun, Amri mengalah kerana Fira terkenang susah payah mereka untuk mendapatkan anak. Sambutan hari jadi Riyyan bertemakan 'Comboy' dan dihadiri ramai tetamu. Riyyan yang bermain dengan gelongsor terjatuh apabila kanak-kanak tanpa sengaja mengolakknya.

Riyyan dikejarkan ke hospital dan doktor maklumkan dia alami pendarahan dalam otak menyebabkan koma. Amri menyalahkan Fira kerana beria-ia mahu mengadakan parti itu.

Sementara itu, Luna bergelut dengan maut akibat komplikasi jantung dan hanya pemindahan jantung yang dapat menyelamatkannya. Doktor memujuk keluarga Riyyan supaya menderma jantung kepada Luna tetapi Fira dan Amri tidak bersetuju.

Hubungan Fira dan Amri terpisah apabila Amri mendapat tahu Fira mendermakan jantung arwah anak mereka Rayyan tanpa mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Malah Fira juga merahsiakan kepada siapa dia mendermakan jantung Riyyan.

Pada mulanya Fira tidak bersetuju, namun apabila melihat rayuan ibu Luna, akhirnya dia bersetuju untuk mendermakan jantung Riyyan. Luna selamat menjalani pemindahan jantung. Pertemuan Amri dengan Rizal telah membongkar rahsia selama ini. Rupanya Rizal ayah kepada Luna yang menerima jantung anaknya.

Amri mula menghubunyi Fira dan memberitahu bahawa ‘Riyyan’ masih hidup. Pada mulanya Fira merasakan yang Amri sudah gila. Amri menjelaskan yang dia sudah menemui keluarga Luna, malah dia sedar yang dengup jantung Riyyan kini berada dalam tubuh Luna. Sejak itu, hubungan Amri dan Fira kembali bertaut.

Pelakon Nadi Luna
Pelakon telemovie Nadi Luna



Telefilem Janin (Astro Citra)


Janin Citra Exclusive

Saksikan telefilem Janin lakonan Erin Malek, Redza Rosli, Amar Baharin pada Sabtu, pukul 9 malam di Astro Citra slot Citra Exclusive.

JUDUL : JANIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 15 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Erin Malek, Redza Rosli, Amar Baharin, Zarina Zainoordin, Jasmin Hamid, Along Eyzendy

SINOPSIS JANIN
Erma dan Razak merupakan doktor yang menjalankan kegiatan pengguguran haram di klinik mereka. Disamping itu, janin yang digugurkan itu dijadikan makanan kecantikan dan dijual kepada pelanggan kaya.

Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)


Kerana Dia Manusia Biasa

Nantikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON 
Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
Mimi Ernida sebagai Suraya 
Zera Hariz sebagai Najwa 

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Telefilem Puteri (ntv7)


Puteri ntv7

Saksikan telefilem Puteri arahan Wan Hasliza dilakonkan oleh Duerra Mitilda, Rita Rudaini dan Zain Hamid pada Sabtu pukul 9:30 malam di ntv7. 

JUDUL : PUTERI
WAKTU SIARAN : Ahad, 9 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
IDEA ASAL : Nabila Ali
SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Ansar Creative Media
PELAKON : Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Zain Hamid, Nur Qaseh Shuhada, Khayrani Kemal, Kasseh Kishreena, Aresya Rania, Norazlina Ismail, Nur Qaseh Shuhada, Aina Syaza Tasniem, Shazzy Edora

SINOPSIS PUTERI
Puteri, 9 tahun, dibesarkan dalam kehidupan sederhana. Ibunya,Suraya hanya mengambil upah menjahit, oleh itu dia tidak pernah meminta apa-apa kerana sedar kepayahan ibunya. Rakan sekelasnya, Sarah sering menunjukkan koleksi buku-buku cerita seperti Cinderella, Snow White, Frozen & Beauty and The Beast. Bermula dari situ, Puteri menyimpan keinginan untuk memiliki gaun cantik seperti dilihatnya dalam buku itu. Puteri menyampaikan hasratnya untuk memiliki gaun seperti itu. Hasil cantuman perca kain, Suraya berjaya menghasilkan sepasang gaun buat Puteri. Biarpun bukan daripada kain mahal, Puteri menyukai gaun yang dijahit ibunya. Puetri menceritakan kepada Sarah yang dia sudah memiliki gaun cantik. Namun Sarah tidak percaya.

Suatu hari, Puteri telah menyertai Pertandingan Cerita Pendek dan dia dinobatkan sebagai pemenang. Ganjarannya, Puetri akan dilayan bak ‘Puteri’ dengan 3 persalinan puteri selama 3 hari. Puteri teruja menaiki kereta mewah dan tinggal di hotel 5 bintang. Namun dia sering teringatkan ibunya kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan ibunya. Hari terkahir, Puteri teruja untuk pulang ke rumah kerana terlalu merindui ibunya. Dia memeluk erat ibunya. Puteri memberikan sepucuk surat dengan tertulis “andai dia menjadi seorang ‘Puteri’ dia akan menunaikan segala impian ibunya dan tidak lagi ingin melihat ibunya bersengkang mata mengambil upah menjahit.


Drama Mimpi Sabrina (TV3)


Mimpi Sabrina

Drama bersiri Mimpi Sabrina bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Radius One Sdn Bhd. Akan datang pada tahun 2019.

JUDUL : MIMPI SABRINA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi

WATAK PELAKON 
Juliana Evans sebagai Sabrina
Josiah Hogan sebagai Riduan
Erwin Dawson sebagai Fahrin
Tasha Shilla sebagai Farah

SINOPSIS MIMPI SABRINA
Sabrina yang meminati bidang photography baru sahaja pulang ke Malaysia bersama bapanya setelah ibunya meninggal dunia di Amerika. Namun impiannya terhalang apabila bapanya membuat keputusan supaya dia berkahwin.

Telefilem Abah (Astro Citra)


Abah Astro Citra

Jangan lupa menonton telefilem 'Abah' lakonan Sara Ali, Sherie Merlis dan Azhari Zain pada Sabtu, 8 Disember jam 9 malam di Astro Citra slot Citra Exclusive.

JUDUL : ABAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 Disember 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS SKRIP : Rahhiemi Alias
PENGARAH : Azhari Zain
PRODUKSI : Arie Zaharie Production Sdn Bhd & Iskaf Malaysia
PELAKON : Sara Ali, Sherie Merlis, Azhari Zain, Azman Hassan, Azhar Zainal, Harith Nin

SINOPSIS ABAH
Dira menghadapi cabaran untuk mengharungi kehidupan tanpa kehadiran seorang abah. Dira terpaksa menjaga ibunya yang kemurungan dan juga abangnya yang kurang membantu dalam segala hal.

Drama Raisha 2 (TV3)


Raisha2

Drama Raisha musim kedua diarahkan oleh Nizam Zakaria dan skrip oleh Mufid Suhaimi. Dibintangi oleh Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim dan ramai lagi. Drama siri original tonton ini telah disiarkan sebanyak 12 episod secara eksklusif di tonton dan bakal bersiaran di slot Lestary TV3 mulai 5 Disember 2018, pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam.

JUDUL : RAISHA 2
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Sharifah Husna, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana, Aimi Said, Arwan Umar

WATAK PELAKON
Diana Danielle sebagai Raisha
Hafidz Roshdi sebagai Fuad
Mawar Rashid sebagai Ika
Fadlan Hazim sebagai Rashdan
Hafreez Adam sebagai Mikail
Azrel Ismail sebagai Azlan
Reen Rahim sebagai Mira
Tunku Hanis sebagai Tini
Ridzuan Hashim sebagai Datuk K
Datin Sri Noniswira sebagai Datin Sharina
Fara Mendoza sebagai Kiki
Mahsuri Jesuli sebagai Khairul
Lina Ayu sebagai Kak Lia
Suzana sebagai Liana
Aimi Said sebagai Sham

LAGU TEMA / OST
Tasha Manshahar - Bukan Aku

SINOPSIS RAISHA 2
Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur.

Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

GAMBAR PELAKON
Raisha 2

Drama Cinta Tanpa Henti (TV3)


Cinta Tanpa Henti

Drama bersiri Cinta Tanpa Henti akan bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafril, Siti Elizad, Farahdhiya, Shah Jazle, Isa Khan, Nadia Brian dan ramai lagi. Drama 20 episod, terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Zamri Zakaria. Akan menemui penonton pada bulan Februari 2019.

JUDUL : CINTA TANPA HENTI
TARIKH TAYANGAN : Februari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Elizad Sharifuddin, Nadia Brian, Farahdhiya, Isa Khan, Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Hafidz Roshdi

WATAK PELAKON 
Aeril Zafrel sebagai Hisyam
Elizad Sharifuddin sebagai  Sumayyah
Farahdhiya sebagai Salina
Nadia Brian sebagai Zakiah 
Arash Mohd sebagai Tuan Rahim

SINOPSIS CINTA TANPA HENTI
Kisah Sumayyah anak kepada Tuan Rahim disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Sumayyah berkahwin dengan Hisyam, seorang pelukis jalanan tetapi mendapat tentangan dari Tuan Rahim. Dibuang keluarga, Sumayyah meneruskan kehidupan bersama Hisyam sehingga dia disahkan mengidap penyakit.

Telefilem Haloba (ntv7)


Haloba ntv7

Saksikan telefilem Haloba arahan Khir Rahman yang menampilkan gadingan Kamal Adli, Tasha Shilla dan Mona Allen pada Ahad, 1 Disember pukul 9:30 malam di ntv7. 

JUDUL : HALOBA
WAKTU SIARAN : Ahad, 1 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Khir Rahman
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Kamal Adli, Tasha Shilla, Mona Allen, Redza Hasbi, Ezany Nizariff, Meor Mohd Arif

SINOPSIS HALOBA 
Mikael dan isterinya  Ayu hidup dalam kesederhanaan. Mikael yang bertemu dengan kawan lama dam mereka rancak menceritakan tentang kemewahan masing-masing. Mikael mula memikirkan tentang cara untuk mengubah hidup mereka sekeluarga. Suatu hari semasa pulang dari tempat kerja, Mikael kemalangan dan keretanya telah bergesel dengan sebuah kereta mewah. Pemandu kereta itu memperkenalkan dirinya sebagai Edy. Mikael binggung memikirkan cara untuk membayar ganti rugi kepada Edy. Akhirmya Mikael bercakap jujur tentang masalah kesempitan wang nya. Edy menawarkan diri untuk membantu dengan mengajak Mikael menjalankan business bersamanya.

Semenjak dari itu, kehidupan Mikael mula berubah. Mereka mula merasa hidup senang. Mikael merahsiakan pekerjaan nya ini dari Ayu. Ayu mula syak sesuatu dan mengupah orang upahan untuk mengintip aktiviti Miakel. Akhirnya Ayu tahu tentang penglibatan Mikael dalam pelaburan haram. Demi menyelamatkan suaminya, Ayu menghubungi polis untuk menghentikan aktiviti ini kerana Ayu tidak mahu bersubahat dengan penjenayah. Ayu kesal dengan tindakan bodoh Mikael yang sanggup melakukan kerja haram semata mata mahu hidup  dalam serba kemewahan tanpa memikir baik buruk pekerjaan itu.