Admin Admin Author
Title: Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)
Author: Admin
Rating 5 of 5 Des:
Nantikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan g...

Kerana Dia Manusia Biasa

Nantikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON 
Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
Mimi Ernida sebagai Suraya 
Zera Hariz sebagai Najwa 

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

 
Top