Drama Cinta Non Grata (TV3)

Cinta Non Grata

Drama bersiri Cinta Non Grata bakal mengisi slot Lestary di TV3. Drama 20 episod arahan Feroz Kader, terbitan Orangetree Production. Dibintangi oleh Raja Afiq, Amelia Henderson, Mona Allen, Edika Yusof, Adeline Tsen dan ramai lagi. Akan disiarkan bermula 20 Mac 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : CINTA NON GRATA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Amar Amir
IDEA ASAL : Raja Azidah Raja Jaafar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Raja Afiq, Mona Allen, Adeline Tsen, Edika Yusof, Maria Farida, Jay Iswazir, Radhi khalid, Faez Nick, Susan Manen, Esma Dainal, Wilma Muhammad, Nur Ezzanie, Hadi Nawawi, Feiyna Tajudin, Idzham Ismail, Zaefrul Nordin, Ramli Saleh, Jasper Supayah, Qara Lyana, Hafiz Bahari


WATAK PELAKON 
Amelia Henderson sebagai Darlina
Raja Afiq sebagai Hakim
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Mona Allen sebagai Zatul
Maria Farida sebagai Datin Jannah
Wilma Muhammad sebagai Ramlah
Esma Dainal sebagai Abdullah
Radhi khalid sebagai En Malik
Zaefrul Nordin sebagai En Sahar
Susan Manen sebagai Hasnah
Adeline Tsen sebagai Kartini
Sara Amelia sebagai Sarah
Jay Iswazir sebagai Fendi
Idzham Ismail sebagai Aziz
Hadi Nawawi sebagai Jeff
Ramli Saleh sebagak Pak Idris
Jasper Supayah sebagai Wawa
Nur Ezzanie sebagai Dayana
Qara Lyana sebagai Irene
Hafiz Bahari sebagai Haikal
Faez Nick sebagai Danial

LAGU TEMA
Diam Saja - Forteen

SINOPSIS CINTA NON GRATA 
Mengisahkan tentang Darlina yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim, seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.

Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya,Haikal yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepadaDatuk Marzuki (Edika Yusuf). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah dan seorang anak perempuan Zatul. Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.

Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.

Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.

Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas?