Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)


Misi Penculikan Cinta

Saksikan telefilem sempena AJL 33 bertajuk Misi Penculikan Cinta lakonan Sissy Imann, Niezam Zaidi dan Sweet Qismina pada Sabtu, 2 Februari pukul 9:30 malam di TV3. 

JUDUL: MISI PENCULIKAN CINTA
WAKTU SIARAN: Sabtu, 2 Februari 2019, 9:30 malam
SIARAN TV: Slot Cerekarama TV3
PENGARAH: Amor Rizan
PRODUKSI: Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON: Sissy Imann, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nor Aliah Lee

SINOPSIS MISI PENCULIKAN CINTA
Mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas.

Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta. Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?